Surat dari sahabat 4


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat memberikan kesan yang mendalam di jiwa mereka yang benar-benar cintakan Allah, maka dengan itu mereka akan berusaha untuk mengikuti jalan-jalan yang telah diterangkan Allah di dalam Kitab Suci Al Quran bagi merintis jalan untuk kembali ke kampung Akhirat, untuk menemui kekasihnya di sana. Amin…..QS Thaha 20: 12. Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka tinggalkanlah kedua terompahmu, sebab engkau telah berada di Lembah Suci Tuwa.

Lembah Suci Tuwa, Masjidil Aqsa,nafsu Mutmainah dan Qalbu merupakan kalimat simbolik yang bermaksud sama dan ditujukan kepada orang telah mencapai makam Fakir. Makam Fakir adalah makam orang yang berserah diri kepada Allah.

Di  Lembah Suci Tuwa itulah diamanahkan Allah satu tahap yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya. Ia hanya diamanahkan kepada manusia yang telah mencapai tahap Khalifah Allah di muka bumi ini, yang telah mampu mendengar panggilan daripada Allah, iaitu melalui ilham (bagi manusia) dan wahyu (bagi para nabi). Maka dengan itu bertekadlah di dalam hati bahawa sesiapa pun yang ikhlas sudah pasti boleh menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini.

Cuba kita teliti panggilan-panggilan Allah tersebut terhadap mereka yang telah Fakir kepada Allah, iaitu mereka yang telah berserah diri sepenuhnya kepada Allah.
DI LEMBAH SUCI TUWA.
QS Thaha 20: 12. Tanggalkan dan tinggalkan terompahmu, Aku adalah Tuhanmu.

DI MASJIDIL AQSA
QS Al Israk 17: 1. Berangkatlah dengan kenderaan Borak yang telah disediakan untuk menuju Tuhanmu.

DI NAFS MUTMAINAH
QS AL FAJR 89: 27 DAN 28. Hai jiwa-jiwa nan tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan tenang dan tenteram.

DI QALBU
Hadis: Baitullah (Rumah Allah) berada di Qalbu orang mukmin.
Ingatlah Rasullulah SAW ingin memberitahu bahawa di Baitullah itu ada yang tinggal di situ, yang harus ditemui sebelum Ruh meninggalkan jasad . Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu mendengarkan panggilan Allah, maka hendaklah berusaha untuk memasuki Lembah Suci Tuwa atau Masjidil Aqsa atau sampai ketingkatan Nafsu Mutmainah, maka di tempat inilah panggilan itu akan tiba (kedengaran).

Di manakah Lembah Suci Tuwa, di manakah beradanya Nafsu Mutmainah (jiwa-jiwa nan tenang) dan di manakah Qalbu itu?
Semua ini mesti terjawab semasa masih hidup dengan jasad ini, dan manusia mestilah berusaha untuk menemukannya dan setelah ketemu maka selalulah memasukinya.

Ayat-ayat Al Quran ada yang diturunkan kepada Rasullulah SAW di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah.
Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut ayat Makiyah, ia dibahagikan kepada dua kumpulan, yang pertama disebut Muhammad, ayat seperti ini berbicara dengan lurus, tidak ada erti lain hanya satu. Yang Kedua, disebut ayat mutasyabihat, ayat ini berbicara dalam bentuk kiasan (al Ibarah), ia berbicara batin (hakikat) dahulu baru mengarah makna luar (lahiriah).Manakala ayat yang diturunkan di Madinah disebut ayat Madaniah yang berbicara makna lahiriah dahulu lepas itu baru menjurus makna batin.
Mari kita lihat ayat Al Baqarah, ayat mutasyabihat yang diturunkan di Mekah.
QS Al Baqarah 2: 223

“Isteri-isteri kamu seperti tempat bercocok tanam bagimu, maka datanglah tempat bercocok tanam milik kamu itu sebagaimana kamu kehendaki dan buatlah kebaikan untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNYA dan sampaikanlah berita gembira ini untuk orang-orang yang beriman”.

Apabila kita perhatikan ayat ini nampaknya ia seperti untuk kerukunan hidup berkeluarga antara suami dan isteri, tetapi disebalik ayat yang nampak terangmaksudnya ini ada rahsia atau kaedah bagaimana seseorang itudapat bertemu (makrifat) dengan Allah yang dikasihinya.

Hanya seseorang yang telah mempunyai kemakrifatan yang dapat menterjemahkan maksud hakikat ayat mutasyabihat seperti ini, kerana setiap huruf AlQuran memiliki pancaran cahaya atau maksud yang berlapis-lapis.
Marilah kita sama-sama perhatikan maksud ayat ini dari segi hakikatnya.

Isteri-isteri itu adalah empat inderawai atau  empat pintu nafsu yang terdapat di kepala, iaitu dua mata, dua lubang hidung, mulut dan dua telinga. Mata digunakan untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk merasa dan hidung untuk penciuman bau.

Manakala erti bercucuk tanam itu pula ialah bermaksud menutup. Secara lumrahnya isteri hanya milik suami dan ia mempunyai hak ke atas isterinyauntuk mendatanginya.

Sementara itu, makna suami adalah satu simbul kejantanan dan itu digambarkan oleh  sepuluh jari di tangan kita.
Tatkala takbiratul ihram, iaitu semasa mengangkat tangan dalam solat,  maka ia bermaksudtertutuplah pintu-pintu nafsu yang terdapat di kepala kita, maka dengan itu tertutuplah pula hubungan manusia itu dengan dunia luar (duniawi) dan  hawa nafsu.

Maka dengan itu Ruh yang sekian lama ini tertutup oleh hawa nafsu dan duniawi dapat membebaskan diri, maka kembalilah Ruh kepada penciptanya dan mulalah ia berinteraksi dengan Penciptanya. Dari sisi lain inilah yang dimaksudkan dengan Mekraj. Inilah  satu kegembira yang amat sangat bagi Sang Ruh.
Inilah maksud batin ayat tersebut, iaitu menerangkan kaedah bagaimana seseorang itudapat bermakrifat dengan Allah.

Inilah antara ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran,  yang mana ia mempunyai sisi makna batin, yang sengaja dibuat Allah begitu,bagi mereka yang berfikir dan mendapat ilham untuk  kembali kepada Allah.
Cubalah cari maksud batin ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran.

Di Alam Ahdat……. (KeEsaan)
Jikalau kamu adalah DIA,
Ini menunjukkan kepada Rabb.
Jikalau DIA adalah kamu,
ini menunjukkan kepada Abd.
Di Alam Wahidiyat…. (Ketunggalan)
Jikalau kamu adalah DIA,
Maka kamu bukanlah kamu,
Tetapi DIA adalah DIA.
Jikalau DIA adalah kamu,
Maka DIA bukanlah DIA,
Tetapi kamu adalah kamu.
Renung-renungkan………..
MasyaAllah.

Bermula haqiqat Takbiratul Ihram ketika solat  itu, hendaklah kita musyahadah (memandang dengan mata hati) kepada Dzat Allah terlebih dahulu, sebelum mengangkat tangan takbiratul ihram, maka hendaklah kita tetapkan  hati, Ruh, dan perasaan kita untuk tawajuh (menghadap) kepada liqa’ Allah SWT (aspek wujud Allah).Bila sudah demikian, baru kita kata usalli… (berniat) dan sudah mengembalikan (menyerahkan) amanat Allah Ta’ala yang ada pada kita, yakni wujud kita yang kasar ini (jasad) dan yang menanggung amanat,  iaitu diri kita yang bathin.

Adapun amanat itu kita serahkan kepada pemilik amanah, yakni Dzat Allah SWT. Itulah sebabnya kita disebut Ummat Muhammad SAW yang ditanyai mengenai amanat Allah Ta’ala itu seperti firmannya : Bahwasanya Allah Ta’ala memerintah kepadamu sekalian untuk mengembalikan amanat itu kepada pemiliknya.

Dengan dikembalikan (diserahkan) amanat Allah itu kepada pemiliknya, iaitu Dzat Allah SWT  itu sendiri, maka jadilah kita fana (lebur/hilang/karam) sekalian sifat tubuh (manusiawi) di dalam laut “Ruh Bahrul Qadim”, (lautan ruh yang kekal) adapun yang tinggal ketika itu hanya sifat Ruh semata-mata, dan itulah Ruh ilmu Allah, kemudian, kita Takbirdan katakan Allahhu Akbar.

Itulah yang dinamakan lebur (karam) sifat kehambaan diri kita, Fana dalam Allah, dan kemudiannya kekal (baqa) dalam Allah, di mana yang nyata hanyalah keadaan Dzat Allah semata-mata.

Inilah yang harus kita syuhudkan (pandang dengan mata hati) semasa solat mulai dari Takbiratul ihram hingga sampai kepada memberi salam. Maka janganlah kita lalai dari syuhud itu, di pandang dengan mata hati,  itulah pengetahuan Dzat dan ilmunya dan sebenar-benar ilmunya,  iman kepada kita dan sebenar-benar Sir Allah (Diri Rahsia Allah),  Cahaya KalamAllah yang tidak berhuruf, tidak bersuara (sebutan dalam hati), iaitu wujud Dzat Yang Mutlak.

Seperti yang tersebut dalam Hadits Qudsi : Tidak bersuara, tidak berhuruf dan tiada bertempat dan berbekas (sebutan dalam hati)
Firman Allah dalam Al-qur’an : Apakah mereka itu dijadikan bukan dari sesuatu atau mereka yang menjadikan mereka, dan bukanlah Aku yang menjadikan mereka.

Hendaklah Takbiratul ihram kita itu, dengan sah  lagi jazam, yakni yakin, hati kita hadir dengan Allah Ta’ala, iaitu  ingat kepada Allah, maka takbir kita serta membesarkan Allah Ta’ala (Allah maha meliputi). Pada waktu mengangkat takbir itu, (kita) menjadi tempat perhimpunan pada kalimah La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan kecuali Allah): yang kita pandang(dengan mata hati) hanya Dzat Allah semata-mata artinya kita fana sekali-kali tidak ada, yang ada hanya Wujud Allah semata.
Caranya adalah, sebelum mengangkat tangan untuk Takbiratul ihram sebelum solat, kita tarik nafas dengan Hu haqiqatnya Aku Allah Akbar yanglain semua kecil. Sesudah itu di angkat takbiratul ihram “Allahu Akbar” dengan qasat, ta’aradh, ta’ayyin (tubuh hati Ruh). Kemudian yang tinggal hanyalah Dzat Allah semata, yakinlah pada syuhud ini.
Makna Al Fatihah
Bismilah : Allah menamai akan dirinya
Arrahman : Ya Muhammad aku menciptakan engkau.
Arrahim : Ya Muhammad aku mengatakan Rahasiaku kepadamu
Alhamdulillahi : Ya Muhammad, sembahyangku itu ganti sembahyangmu untuk memuji diriku.
Robbil Alamin : Ya Muhammad, aku tau yang lahir dan yang bathin.
Arrahmannirrahim : Ya Muhammad, Yang membaca Fateha itu aku dan sembahyang itu aku memuji diriku.
Maliki Yaumiddin : Ya Muhammad, Aku Tuhan yang maha besar pada isi sekalian alam, kamu ganti kerajaanku.
Iyya kana budu : Ya Muhammad, tiada lain yang sembahyang itu melainkan aku memuji diriku.
Waiyyakanas Ta’in : Ya Muhammad, yang ghaib aku jua tiada aku engkau ganti kerajaanku.
Ihdinasshirathal Mustaqim :  Ya Muhammad, tiada yang tau…engkau jua yang mengetahui aku.
Shiratallazi Na’an Amta’Alaihim : Ya Muhammad, tiada murka aku kepadamu, tiada nyata aku jika tiada engkau.
Ghoyiril Maghdubi alayhim walad dalin : Ya Muhammad, jika tiada kasihku tidak ada engkau dan tiada Rahasiaku sekaliannya.
Amin : Ya Muhammad, adamu itu ganti Rahasiaku.

Makna Al Ikhlas
Qul Huwallahu Ahad : Aku nyata dengan dirimu.
Allahus shamad : Aku jadi penolong dunia dan akhirat
Lam Yakid Walam Yulad: Aku Esa Ghaib kepadamu.
Walam Yakul Lahu Kupuan Ahad : Aku nyata dengan dirimu

Jikalau anda ingin menyatu dengan Allah,  hanya setelah lenyapnya kejahatan dan terhapusnya dosa-dosa yang telah anda lakukan,  maka nampaknya  anda tidak akan pernah menyatu  dengan NYA. ‘ Bagaimana pun  jikalau Allah ingin menyatukan diri anda dengan diriNYA, maka  Dia akan menutupi sifat-sifat buruk anda dengan sifat-sifat muliaNYA dan menyembunyikan kekurangan anda  dengan kurnia NYA. ‘ Dan demikianlah Dia menyatukan anda dengan  diri NYA melalui kebaikan apa yang diberikan NYA kepada anda. Dan sesungguhnya bukan melalui kebaikan yang anda berikan kepada NYA. ‘ NikmatNYA sungguh tidak terkirakan, nampaknya  kita sahaja yang lupa untuk mensyukurinya.
Jikalau kita teliti dengan benar akan kita dapati bahawa Wujud Allah adalah lebih nyata daripadasegala wujud lain yang kelihatan. Wujud Allah itulah yang melihat dan yang dilihat,  wujud itulah yang mendengar dan didengar, dan sebagainya, kerana Dialah yang Awal dan yang Akhir.
Sebagai contoh, cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya, kerana jikalau tiada cahaya yang ada hanyalah kegelapan, seperti di malam hari, tiada ada benda yang dapat dilihat,  dan seterusnya apa yang terlihat,  jikalau ada cahaya,  ialah cahaya itu sendiri.  Benda-benda lain adalah gelap, tidak kelihatan, kerana tiada cahaya.  Oleh kerana itu orang dapat melihat kerana adanya cahaya,  dan benda  gelap dapat dilihat kerana adanya cahaya.Sebagai analogi,  semua wujud selain Allah adalah gelap. Wujud benda-benda itu dipinjam daripada Wujud Allah, dan adalah suatu amanah daripada Allah. Dialah yang melihat dan yang dilihat, dialah yang mengetahui dan yang diketahui. Anda dan yang selain daripada Nya hanyalah gelap (kosong).
Sebagaimana Firman Allah Al-Qasas 88: Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah (Dzat)Nya.

Satu lagi analogi,  apabila seseorang terjun ke dalam tasik garam, lalu ia akan larut dan akhir menjadi garam itu sendiri, dan apabila anda masuk ke dalam Cahaya anda akan larut dan menjadi satu dengan Cahaya itu.

Sebenarnya apabila anda menegaskan ke AKU an anda,  ini adalah sama dengan ke DIA an Allah . Jadi serupa sahaja sama ada anda berkata “Akulah yang benar”, atau “Dialah yang benar.”  Tetapi syaratnya anda mestilah dalam keadaan Fana.

Ia merujuk kepada identiti yang sama, hanya dipandang dari sudut yang berlainan.

Kufur adalah menutup Keesaan Allah dengan tabir yang banyak..kejamakan, segala apa yang kelihatan di dunia ini adalah sebagai tabir yang menghalang  penglihatan kepada Allah.Syirik pula adalah menganggap Wujud Allah yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, syirik sentiasa beralaku sama ada di dalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali bagi mereka  yang telah kasyaf, iaitu yang telah melihat Wajah Allah.

Menurut Syariat, kufur dan syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang dilakukan mendapat pahala daripada Allah.

Menurut Tarikat kufur dan syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membuatkan mereka terhijab daripada Allah.

Manakala menurut Hakikat pula kufur dan syirik adalah mengadakan gyair (selain Allah), dan tidak melihat Keesaan Allah di sebalik yang banyak, iaitu di sebalik apa yang kelihatan di alam maya ini.

Walaupun Allah telah menperingatkan manusia di dalam Al-Quran bahawa Tuhan itu adalah Satu,.. Esa. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan firman Allah ini, mereka tetap mensyirikkan Allah dalam setiap apa yang mereka lakukan. Dan Allah juga telah mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman kepada Allah tanpa menyekutukan nya atau mensyirikkan nya.

Firman Allah Albaqarah:ayat 163: Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu. Firman AllahSurah Yusuf ayat 106: Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyengutukan yang lain dengan NYa.

Syirik bukan senang dilihat Ia menyerap dalam semua orang, umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pula, kecuali bagi mereka yang sudah makrifah. Syirik dan kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengEsakan Allah dalam setiap yang dilakukannya.

Seruan Allah kepada seorang Arif billah, yang sudah sampai kepada pengenalan sejati. Buangkan  jauh-jauh dari dirimu segala apa yang engkau lihat, lepaskan dirimu dari daya tarik apa pun yang ada, dan dari pengaruh yang bagaimanapun,  terutamanya  dari sebarang rangsangan-rangsangan, yang membuat sampah di kepalamu.
Keluarlah engkau dari ilmumu,  amalmu, pengenalan makrifatmu, bahkan dari dirimu dan namamu sekalipun.. Keluarlah engkau dari huruf dan mahruf….Lemparkan segala ibarat ke belakangmu dan campakkan erti dan makna ke belakang ibarat, dan lemparkan pendapat ke belakang erti dan makna,..

Maka masuklan engkau seorang diri… masuklah ke rumah Allah seorang diri..
Nescaya engkau akan melihat Aku sendiri.

Itulah sebenarnya tajrid (penghapusan) yang sewajibnya dilakukan oleh seorang salik untuk dapat masuk ke Hadirat Ilahi.
Dan itu adalah suatu perjalanan rohani yang tidak dapat dicapai oleh setiap orang, melainkan orang-orang  yang tertentu sahaja, orang dikasihi Allah .

Dan bersyukurlah jikalau engkau telah diberi pengetahuan, walaupun baru sampai ke tahap ini, kerana sememangnya ia suatu anugerah yang besar..

Hati kecilku sering berkata; ikutilah,  laksanakanlah dengan ikhlas segala pesanan benar yang telah kau ketahui, kalau tidak kau laksanakannya dalam kehidupanmu seharian,  maka seakan-akan ia tidak kau ketahuidan tidak akan memberikan manfaat kepadamu.
Hai hatiku apakah  yang harus ku laksanakan ?Laksanakanlah kata-kata hatimu itu dengan benar:
Bahawa orang yang sentiasa tenggelam dalam ingatan kepada NYA adalah Diri NYA sendiri.

Barangsiapa  yang mengetahui bahawa sesungguhnya dia tiada, yang ada hanya Allah, maka sesungguhnya Dia telah mengenal Tuhannya yang Maha Esa.

Bersyahadah itu bersaksi kepada yang Disaksikan dan berzikir itu mengingat yang  Dilihat. Sesungguhnya Dia adalah bukti nyata atas Diri NYA  sendiri.

Si Fakir nan arif melihat Dia dengan Diri Nya Sendiri.
Akulah bukti akan Dia, kerana Aku dan Dia tidak pernah menyatu, kerana Aku dan Dia tidak pernah mendua. Aku dan Dia tidak perlu bersatu kerana,…Akulah…Dialah…Aku.

Betapa Tuhan dapat dilihat oleh selain Diri NYA,….tidak mungkin,…Hanya Dia melihat Diri NYA  Sendiri. Inilah dia Isbatul Yakin..

Allah jangan dikhayalkan: Jangan berkhayal tentang Tuhan
Tuhan wajib untuk dibuktikan…disaksikan Agar terarah sasaran penyembahan
Jelas tercurah dan terarah penyerahan diri Menyembah Tuhan bukan ucapan… tetapi Melihat dan dilihat dengan kepastian Tuhan bukan untuk dikhayalkan
Wujudnya hendaklah di tajalikan.. dizahirkan.
Gemuruh terompet.. genderang Insani
Menerima keselarasan putaran bumi
Melodi menghadirkan muzik Ruhani
Sedangkan di Surga hanya menikmati hasil duniawi
Kerana belum menyelam ke dalam diri
Dan belum basyar (melihat) kepada Sang Ilahi
Wahai Insan penduduk bumi
Masuklah ke Istana Rabbi di Arshy
Turunkan Cahaya Ilahi ke dalam diriInna anzalna fi Lalitul Qadri
Inilah nikmat berpuasa di bulan Ramadan..
lebih baik dari seribu bulan.

Baitullah adalah rumah Allah, rumah yang dibina oleh Allah sendiri bukan yang dibina oleh Nabi atau manusia. Rumah Allah ini berada di Qalbu nan hening. Untuk memasuki rumah Allah memerlukan beberapa tatacara, dan jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin dapat masuk. Memasuki rumah Allah tidak perlu bawa apa-apa, tidak perlu bawa ilmu, tidak perlu bawa amal, tidak perlu bawa makrifat dan sebagainya. Hanya masuklah seorang diri tanpa berbekal apa-apa pun.

Oleh kerana itu jangan berbangga dengan ilmu yang banyak, amal yang banyak dan sebagainya, kerana Allah tidak memerlukan itu, tetapi Allah melihat pada Qalbu nan hening, tanpa dicemari duniawi dan nafsu,… ketika memasuki Baitullah,… Rumah Allah.Allah SWT berfirman QS 20:12: Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, sebab itu bukalah kedua terompahmu, sebenarnya kamu telah berada di lembah suci Tuwa.

Ini adalah ayat mutasyabihat (kiasan), terompah yang dimaksudkan di sini adalah kiasan, bukan bermaksud terompah alas kaki.

Untuk memasuki Baitullah harus meninggalkan terompah di luar. Terompah adalah benda yang kotor dan sudah pastinya benda-benda yang kotor tidak boleh dibawa masuk ke dalam Rumah Allah. Setiap benda yang kotor, seperti terompah dan nafsu dan sebagainya tidak akan sampai kepada Allah. Jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging itu juga tidak akan sampai kepada Allah.

Jasad yang penuh nafsu hendaklah dizakatkan,  hakikat zakat adalah penyerahan diri kepada Allah.

Setiap wahyu yang dinyatakan oleh Rasullulah SAW selalunya merujuk kepada Al-Quran. Semaklah wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah dalam hadis dan Al-Quran dan ilham yang diturunkan kepada seseorang hendaklah juga dirujuk kepada hadis dan Al-Quran, jikalau bersesuaian dengan hadis dan Al-Quran maka pakailah, jikalau tidak jangan dipakai.

Berkaitan memasuki Rumah Allah,  Rasullulah SAW memberkan peringatan: Tambatlah untamu sebelum kamu memasuki Baitullah .

Unta tidak boleh dibawa masuk ke Baitullah, kerana ia adalah benda kotor, kerana unta terdiri dari darah dan daging , yang tidak akan sampai kepada Allah, sama seperti jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging, sebab itu ia kena ditinggakan di luar sebelum memasuki Baitullah.
Jangan unta dibawa masuk ke dalam Baitullah mengadap Allah,… tidak akan berhasil menemui Allah…

Kesimpulannya  jasad dan benda-benda kotor harus ditinggalkan semasa mahu mengadap Allah di Baitullah,…dan masuklah tanpa apa-apa bekal,… hanya  “kamu” (RuhKu)  seorang diri..

Bagi salik yang telah berjuang dengan hati yang bersemangat dan sabar akhirnya Allah bersedia menerimanya. Allah akan membukakan pintu-pintu rahsianya bagi insan yang dikasihiNya. Terbukanya rahsia-rahsia  di sebalik rahsia Ketuhanan disebut Mukasyafah. Di sinilah pengalaman Ketuhanan yang paling puncak akan dirasai. Di sinilah pula baru terbuka hijab secara kasyaf, sehingga Wujud Allah tidak diragukan lagi. Kehadiran Wujud yang tidak berawal dan tidak berakhir itu… (Wujud, Qidam dan Baqa), …..dilihatnya dengan jelas dan tanpa ragu-ragu.
Dalam kata lain,  pembukaan ini disebut juga Tajali Ilahi,  Tajali Dzat atau ‘Mati sebelum mati’ dan dengan beberapa istilah lain lagi,.. yang akah menghasilkan liqa Allah (aspek kewujudan Allah). Setelah penyaksian Wujud tersebut,  maka di sinilah bermula syahadah yang benar,…bukan syahadah yang palsu. Dikatakan syahadah yang benar kerana salik telah menyaksikan Wujud yang sebenar, dan itulah arah Kiblatnya yang tepat, dan tidak tersasar.Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah.
Syahadah yang benar, kerana salik bersaksi (melihat dengan mata hatinya Wujud yang sebenar),..melihat Hakikat Ketuhanan di dunia ini. Bagaimanapun, apabila telah bersaksi maka salik akan mengalami kematian,….”Mati syahid”…. (mati dalam penyaksian), dan yang tinggal hanyalah Wujud Yang Mutlak.

Maka dengan itu jadilah salik seorang yang Fakir, yang telah mengetahui dan menyaksikan Nur Insan (RuhKu), Nur Muhammad (RasulKu) dan Aku (Dzat Mutlak).

Dengan bersaksi atas kehadiran Allah, maka dengan selarinya pula telah menyaksikan Muhammad Rasul Allah .
Muhammad Rasul Allah yang telah mesra dengan Ahmad bin Abdullah,… (Fulan bin Fulan), menyebabkan Ahmad larut  dan juga digelar Muhamad Rasul Allah. Bahkan beliau juga diberi gelaran: Ahmad bila min (Ahmad tanpa min)…. Ahad …Esa.

Dan mereka yang telah bersaksi itulah yang mendapat kemenangan di dunia dan akhirat,.. kerana ia bersyahadah dengan penyaksian yang benar, bukan syahadah  palsu…

Permulaan perjalanan adalah menuju Allah, salik berusaha untuk mengenal Allah dan mengenal dirinya sendiri, contohnya, berdasarkan kata-kata seperti: Siapa yang mengenal diri mengenal Allah, setelah kenal maka binasalah jasadnya. Perjalanan menuju Allah berakhir setelah salik itu mengalami Fana (hilang terhadap kesadaran diri dan alam semesta).
Setelah itu maka bermula pulalah perjalanan yang baru, iaitu perjalanan dalam Allah . Perjalanan ini adalah bagi mereka  yang telah fana dan kini memasuki Baqa pula. Perjalanan ini tidak ada penghujungnya, dan ia akan berterusan selama-lamanya.Kebiasaannya penghalang bagi perjalanan menuju Allah adalah tarikan dari duniawi , seperti galian, tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia dan sebagainya.  yang sememangnya telah tertanam baik pada diri salik tersebut. Keperluan-keperluan kepada benda-benda tersebut telah bertapak dengan kuat dalam diris alik dan mereka telah berasa seronok dan selesa dengan benda-benda tersebut. Pada kebiasaannya inilah yang menarik salik menjauhi Allah , untuk menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan perjalanan menuju Allah.

Bagaimanapun bagi salik yang bersungguh-sungguh dan sabar mereka akan berjaya melintasi segala halangan tersebut, setelah semua kotoran duniawi itu dibersihakan daripada Qalbunya,maka ia pun mengalami Fana. Salik tersebut kini memakai ‘warna’ (bahasa kiasan) dan keluar dari segala pembatasan (takyunat) dan menjadi Mutlak .

Sebagai kesimpulannya setelah memfanakan diri maka salik pun menjadi Baqa (Kekal)  dalam Allah. Dalam keadaan ini salik tidak tahu zatnya sebagai dirinya, tetapi tahu tentang Dzat Mutlak Allah  sebagai Penzahir, Penzahiran dan yang Dizahirkan. Dan inilah yang dikatakan perjalanan dalam Allah yang tidak berkesudahan itu.

Benda-benda yang menghijab pandangan manusia kepada Allah adalah banyak, seperti banyaknya buih yang berkerlipan di lautan nan luas. Namun dengan usaha dan pertolongan Allah segala hijab itu akan tersingkap akhirnya dan kelihatanlah yang Empunya hijab dengan jelasnya sekali.Bagi mereka yang masih dalam perjalanan merungkai hijab itu,   teruskanlah perjalanan dengan sabar.

Segala  hijab itu dapat pula digolongkan kepada dua golongan yang besar,  iaitu hijab diri sendiri dan hijab sifat.

Hijab diri sendiri tidak akan terungkai selagi masih ada hamba dan Tuhan, zat hamba itu sendirilah yang menjadi hijab antaranya dan Tuhannya. Segala usaha untuk membuang hijab itu tidak akan berhasil, … jikalau usaha yang dilakukan hanyalah, seperti batu yang hendak dikilatkan seperti cermin, dan batu itu selama-lamanya tidak akan berkilat dan memantulkan rupa  orang yang melihatnya.

Bagaimanapun hijab ini hanya akan terhapus dengan izin Allah apabila berlaku Tajali Dzat atau dengan istilah lain ‘mati sebelum mati’.

Manakala hijab sifat akan hilang apabila salik menukar zat dan sifatnya kepada Dzat dan Sifat Tuhannya,prosesnya seperti membuang habuk-habuk yang terdapat di permukaan cermin bagi memantulkan rupa orang yang melihatnya atau menghilangkan takyunat-takyunat (pembatasan-pembatasan) kembali kepada Dzat Allah….

Solat adalah mikraj orang mukmin . Sudah benarkah kita bermikraj ketika solat. Adakah syarat-syarat mikraj telah kita penuhi semasa solat. Hanya kita sendiri yang dapat menjawabnya, orang lain tidak  tahu.
Secara dasarnya Mikraj adalah proses mengosongkan diri dari semua yang lain (ghayr) kecuali Allah. Mikraj ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Mekraj Kecil dan Mekraj Besar.
Mekraj Kecil ialah berusaha sedaya upaya keluar dari diri sendiri dengan suluk dan mujahadah untuk kembali kepada Allah, di samping itu ia juga berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk menghapuskan atau mengawal nafs, iaitu nafsu dan keinginan-keinginan duniawi. Dan ini adalah cara bagi ahli-ahli ibadah , yang kewarakannya jelas  terlihat oleh orang lain.Manakala Mikraj Besar adalah nafi dan isbat ,  iaitu menafikan ghayr (selain Allah) dan mengisbatkan Allah,  supaya seseorang itu binasa diri (mati sebelum mati) dan Kekal  dalam Allah. Dan ini adalah bagi ahli-ahlli makrifat , yang tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia adalah seorang yang warak atau hampir kepada Allah, …tetapi mereka tetap bersatu dengan Kekasihnya….. ALLAH.

Dengan pertolongan Allah jua, seseorang itu dapat menukar liqanya (aspek wujudnya) menjadi Liqa Allah .
Dan sangat beruntunglah merekayang demikian.

Terdapat manusia yang porak- peranda hidupnya kerana diganggu syaitan dan jin. Tidak kiralah sama ada terkena sihir atau saka.
Tetapi jangan lupa sebenarnya golongan tersebut juga (syaitan dan jin) mempunyai tugas yang diberikan Allah kepada mereka. Allah berfirman: Jikalau kamu lupa kepada KU  maka AKU (Allah) akan menghantarkan syaitan atau jin sebagai teman kamu.Dan jangan lupa Iblis juga pernah berkata kepada Allah: Demi Kekuasaan mu Ya Allah, aku (iblis) akan menyesatkan umat manusia.

Dengan itu jelas bahawa iblis, syaitan dan jin menyesatkan dan memporak-perandakan manusia dengan Kekuasaan Allah,maksudnya dengan izin Allah,tetapi bukan dengan Kehendak Allah.

Bagaimanakah seseorang itu boleh terlepas daripada gangguan golongan tersebut ?…. tidak ada jalan lain, … kecuali kembali kepada Allah.

Syaitan dan jin tidak dapat mengganggu manusia, apabila ‘sempadan’ antara hamba dan Tuhan sudah tiada lagi. Bagaimanakah hendak menghapuskan sempadan tersebut ? Itu sesuatu yang amat sulit pula,hanya dengan Kurnianya  juga.

Tuhan: Apa bila Dia melihat Dirinya dengan Dirinya.
Hamba: Apa bila Salik  melihat Tuhannya dengan dirinya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Ahli Makrifat, Tuhan tetap  Tuhan dan hamba tetap hamba,tidak Tuhan menjadi hamba dan tidak pula hamba menjadi Tuhan. Pembahagian itu amat jelas sekali, jangan ragu-ragu lagi,kecuali kepada mereka yang telah dibukakan ‘Mata Hati’ oleh Allah.

Bagi mereka yang telah dibukakan Mata Hati, selalulah setia dengan Keesaan dengan Allah,Inilah kenikmatan yang paling tinggi yang boleh didapati….

2 responses to “Surat dari sahabat 4

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s