Surat dari sahabat 3


Tanzih dan Tasybih

Tanzih Adalah kemutlakan nya yang tidak terhad dan tidak terbatas, dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk diperkatakan.  Dalam keadaan ini  juga  Dia  adalah dalam bentuk Wujud Yang Mutlak, dan  ada dalam pengetahuan tetapi  tidak dalam manifestasi.

Tasybih Adalah Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan. Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam keadaan manifestasi zahirnya. Oleh yang demikian,  Dia berada dalam tasybih di dalamtanzihnya dan  di dalam tazihnya di dalam tasybihnya. Dan Dia sama ada berada dalam tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [ Laisa kamislihi syaiun ] .

Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya. Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had,awal dan akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam berbagai bentuk dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan Dzatnya.Penzahiran ini dapat dianalogikan begini:  (ini cuma untuk memudahkan pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu),  di malam bulan purnama yang terang, letakkan  pelbagai bekas yang mengisi air di kawasan nan lapang,   maka akan didapati bayangan bulan nan satu kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut,  dan bayangan bulan dalam bekas air itu tidak serupa antara satudengan yang lain. Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air  yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentukrupa dan saiz. Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air  yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentukrupa dan saiz. Walaupun begitu banyak bayangan   bulan,   tapi bulan nan satu  tetap tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan  tetap seperti  bulan yang asalnya (dahulunya). Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti  Dia yang sekarang. Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.

Respons 
1.Jelasnya purnama itulah yang memberi bekas, bukan bayangannya. Paradoksnya pula bayangan itu pula yang akan dihisab. Af’al Nya dan syuhud insan. –bayangan harus kembali kepada yang ampunya bayangan, dengan demikian tiada lagi bayangan, dan tiada lagi yang dihisab. selagi bayangan mengaku ada wujudnya dan selagi itulah ia akan dihisab. oleh itu masing-masing diri mempunyai pilihan. selagi bayangan mengaku ada wujudnya dan selagi itulah ia akan dihisab” -Inilah yg saya maksudkan : Dosa syirik tidak diampun. “oleh itu masing-masing diri mempunyai pilihan” Pilihan inilah yg dihisab, bukan af’al bayangan itu kerna insan itu hanyalah sebuah kesedaran [ruh] yg bersemadi didalam jasad, yang juga menunggu masa untuk dikeluarkan. Sekalian af’al adalah tunggal. Tetapi sang ammarah menafikan hakikat ini karna wujudnya sendiri adalah syirik. Wallahu a’lam.
–yang memezakan hamba dengan Nya adalah nafsu,, selagi ada nafsu,, hamba belum setara dengan Nya. itulah Rasullulah bersabda: matikan dirimu sebelum kamu mati.–Benar, nafsu ku amat tercela.Wa maa ubarri -u nafsi.2.Memang betul, hakikat allohitu adalah wujud nya, dan wujud nya itu adalah zat nya. zat yang tidak memiliki bentuk, rupa dan had. yang tidak ada awal dan akhir. tapi dimana, di alam ahdiah. laa, ta’yin. tiada tapi nyata. di alamlahut, dimana alam ketuhanan, yang ada hanya zat tuhan se mata-mata.
tetapi di alam itu, dia tidak bisa nyata kan sempurna, kerna tidak adanya sifatnya, asmanya dan af’al nya. untuk sempurna diri nya, di nyatakan tuhan (alloh). di mana, ada zat, sifat, asma dan af’al nya. di mana di satu mrtabat, zat itu telah sempurna. di mana wujud itu, ada sifat, ada asma dan af’al nya. itu lah alloh ta’ala. dalam perjalanan saya dalam menuntut ilmu, di dalam hati saya, selalu ada pertanyaan siapa alloh ta’ala sebenarny. dan hal itu akan berakhr kalausudah ada jawab nya. memang jawab nya ita tidak bisa untuk di lisan kan. kerna dia laisa. apabila di lisan kan. bisa menjadi zat. bisa menjadi,sifat. bisa’ menjadi asma dan bisa menjadi af’al. dan alloh taala itu. bukan zat. bukan juga sifat, dan juga bukan asma, dan juga bukan af,al. dan yang dinyatakan alloh taala itu, ada (zat,sifat,asma,af’al). Dan yang dapat menyatakan nya hanyalah diri batin. kerna zahiru robbi itu batini abdi.. memang untuk itu diri nya ini memang kita tidak dapat mengenal atau pun di perkenal kan. kalau yang punya dri ingin mengenal kan diri nya.Allah dalam tanzihnya (dzat) tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan, walaupun oleh nabi yang terdekat atau para wali.
kerana hanya allah yang mengenal Allah,tetapi apabila Dia berkenan memperkenalkan diriNya kepada diri-Nya, maka ketika itu barulah Dia kenal Dirinya..{Yu’til hikmati may’yashau} alloh akan memberikan hikmat kepada siapa yang dikehendaki. al baqarah 269. {wa allamnahu min ladunna ilma} dan kami (tuhan) ajarkan ilmu dari pada ku (tuhan). al kahfi 65.
jadi seorang fakir dapat mengenal atas kehendak dan redhanya juga.. Dan seorang apabila pada hakikatnya masih ada yang di percaya/imani dan ditakuti atau masih ada yang disaksikan atau menyaksikan. itu belum masih tergolong, masih ada syrik khafi jul khafi.
madlul nya, tentang kalimah{auzu bilahi minas syaitoni rojim}.aku berlindung kepada alloh dari godaan setan yang terkutuk. gimana maksud berlindung…disaat suhidul wahdah fil wahdah.pandang yang satu kepada yang satu.Auzu bilahi minas syaitoni rojim,,
adalah satu doa, agar seseorang itu berlindung daripada gangguan syaitan,,
dan bagi ana,, ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang,, jikalau ia masih percaya bahawa syeitan masih mengganggu nya,, maka berdoalah ia agar ia dilindungi allah daripada gangguan syeitan. makam [suhidul wahdah fil wahdah ]. pandang yang satu kepada yang satu, ini adalah makam keesaan, dalam makam ini tiada dualiti hanya uniti,, tiada gyair [tiada yang lain hanya allah],, jadi daripada apakah dia harus berlindung  ??Mula hamba dijalankan atas syariat, kemudian tariqat, kemudian dijalankan lagi kepada hakikat, kemudian dikembalikan kepada syariat semula. Maka sempurna perjalanan yg dijalankan keatas hamba. Namun ujian hawa nafsu berlangsung terus – jihadul akbar sepanjang hayat. Ini faham saya hasil dari perjalanan yang telah ditentukan. Ramai yang saya lihat didudukkan pada hakikat untuk tempoh yang lama, belum lagi mahu dikembalikan kepada syariat. Ada yang berpuluhan tahun lamanya. Masya Allah.
Sekalian iktiqad dituju hanya kepada Allah. Maka sekalian af’al adalah taqdirnya. Inilah maksud saya yg asal. Sekalian tindak-tanduk syariat adalah didalam takdir Allah Taala jua, samada taat ataupun lalai. Semuanya dipandang sebagai af’al Allah Taala. Insan hanya mampu syuhud terhadap hakikat dirinya. Dalilnya banyak terpapar didepan mata jika Allah ingin memberi faham. Berbeza dengan pandangan awam yang melihat ada kudrat dan iradat pada hamba.
Semua ini tertakluk kpd takdir Allah Taala dan semua kurnianya adalah rahmat, tiada azab, biarpun kelihatan tidak baik pd zahirnya. Syaitanadalah bekas yg melaksanakantaqdir Allah Taala. Begitu jua insan dan sekalian makhluk lain.
Perbezaannya hanya satu: Bagi insan yg dikurniakan ihsan, dia melihat Allah pd segalanya, dimana makhluk fana binasa. Bagi yg ditaqdirkan Allah sebaliknya pula, tiada dapat mereka melihat Allah, tetapi mereka melihat dan beriktiqad makhluk yg berbuat, samada baik ataupun buruk. seharusnya salik tidak duduk berlama-lama dalam makam fana,, makam ini masih belum sempurna, teruskanlah perjalanan menuju makam baqa pula,, kerana inilah makam keselamatan,, makam para nabi dan wali.

Benar tergantung tingkat iman masing-amsing. tapi kalau udah esa, jadi tidak ada lagi yang perlu harus berlindung. tapi terkadang kita mengucap, kalimah itu’. kan harus ada kedudukan yang jelas kemana madlul nya. ada juga orang yang enggan mengucap itu, kerna alasan sudah esa.
menurut saya. begini..analogi nya. umpama uang dan dompet. uang berlindung masuk ke dalam dompet. uang tidak kelihatan, hanya dompet yang kelihatan, tapi uang tadi tidak hilang. ujud hamba masuk ke dalam wujud Alloh. jadi hanya wujud Alloh yang ada.. Jadi kalimah itu masuk kalamullah, penyerahan total hamba masuk ke wujud Alloh. tapi sekarang kalau sudah esa setan/iblis tidak ad lagi kan..? tetapi hilang lenyap nya setan/iblis masuk ke wujud apa..?

memang terdapat salik yang tidak mahu mengucap atau bersolat dengan alasan telah esa,, tapi ini adalah perbuatan yang merugikan diri, selagi lama mereka berada di sini selagi itulah mereka akan diuji Allah, dan kedudukan mereka amat berbahaya,, seperti yang pernah berlaku kepada salik-salik di zaman yang terdahulu,, sebaliknya salik harus pula menuju makam keselamatan iaitu makam baqa. berhati-hatilah dengan hulul [dua wujud menjadi satu], contohnya [ujud hamba masuk ke dalam wujud Alloh],, Rasullulah tidak mengajarkan konsep ini, yang beliau bawa adalah [matikan (fanakan) dirimu sebelum kamu mati],, ini bersesuaian dengan firmanNya: tiap-tiap sesuatu akan binasa (fana) kecuali wajahNya,, dan lagi firmanNya: kemana saja kamu memandang di situlah wajah allah. jadi dalam islam tiada dua wujud,, yang ada hanya wujud Allah. berkaitan kewujud mana masuknya setan/iblis..?
cuba fikirkan analogi ini: setan dan tuhan itu umpama ombak dan laut semasa laut tenang kemanakah masuknya ombak..? dan semasa laut bergelora apakah yang timbul (ada)

Zikir agung…tetapi menjadi celaka jika diucapkan didalam keadaan syirik:
Lailaha illahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyi wa yumit, Wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir. Tiada tuhan/zat/wujud melainkan Allah. Wujudnya tunggal dan meliputi. Tiada sekutu bagi-Nya dalam apa perkara pun. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Kerna Dia berkuasa melakukan apa saja. Kerna itu, bukan engkau yang melontar, malah Allah yang melontar. Bukan engkau yang membunuh, malah Allah yg membunuh. Dan kerna itu jua, tiadalah kamu berkehendak melainkan Allah yg berkehendak. Dan hakikat ini mendasari syariat sebagai melengkapkan kenyataan Diri-Nya. Kerna itu jua, kita harus bersabar dan ridho akan taqdir-Nya

yg menyaksikan siapa dan disaksikan siapa ? DIA siapa ? antara ROH dengan siapa ? takkan hidup jasad tanpa nyawa! takkan bergerak jasad tanpa ALLAH
Siapa DIA?…DIA itu, dia yang maujud zat, sifat, asma dan af’al. yang menyaksikan roh dan jasad. yang merupakan sifat dan af’al nya jua. yang tidak laen dari zat nya juga. dan yang disaksi kan adalah diri yang maujud. jadi kalau yang menyaksi kan merupakan sifat dan af,al nya jua, dan yang di saksi kan adalah dirinya juga. maka jadi lah. DIA yang menyaksikan dan DIA Juga di saksikan. ini terdapat pada insan yang mukmin. karena hakikat nya. jasad/tubuh dan ruh mukmin itu, dari pada nur muhammad (sifat tuhan). dan semua tingkah laku/perbuatan pada mukmin merupakan af’allulah.

perjalanan mengenal diri ini adalah umpama perjalan sang es untuk menjadi air. kerana sungguhpun pada hakikatnya es adalah daripada air, tetapi secara fizikalnya es bukanlah air, kerana sifat fiziknya berbeza, walaupun sifat kimianya sama. es tahu dia berasal dari air, dan oleh itu ia boleh kembali menjadi air, ini adalah bagi es yang tahu caranya, kerana untuk menjadi air, ais perlu menjalani suatu proses yang dapat meleburkannya untuk menjadi air,
tapi bagi kebanyakan es, dia mengaku telah menjadi air, tanpa menjalani proses yang dikehendaki, maka jadi dia air hanya dalam anggapannya sendiri sahaja, dirinya masih es tetapi dia mengganggap dirinya telah menjadi air,
es yang sebegini, jadilah ia seumpama Firaun [moden] yang mengaku dirinya tuhan, dengan perkataan lain Firaun bertuhankan dirinya sendiri.
begitulah ibaratnya seorang salik yang ingin kembali kepada Penciptannya, ia perlu melalui suatu proses, dan proses ini sudah diketahui oleh yang telah mengenal Allah dan guru musyid. oleh itu carilah guru mursyid, yang mana dia sendiri telah sampai kepada Penciptanya bukan guru yang mengaku talah sampai, tetapi sebenarnya dia adalah Firaun moden. selagi salik belum menjalani proses yang dikehendaki itu, selagi itulah dia bertuhankan diri sendiri. kerana hamba tetap hamba, dan tuhan tetap tuhan,
tidak hamba menjadi tuhan dan tidak tuhan menjadi hamba.Jangan bertanya tentang“DIA”,..kerana “DIA” tidak bisa di perkenalkan dgn selain “DIA”, hanya “DIA” yg kenal “DIA”, untuk “DIA”, bagi “DIA”,pada “DIA”,….!!‘nak masuk kedalam masjid, tinggalkan kasut,…’nak masuk ke bilik mandi, tinggalkan baju.” kalau maseh timbul pertanya’an ; siapa “DIA”,..?!,
berarti itu masih dia, belum “DIA”. kalau masih juga timbul syak wasangka harus melalui proses ritual tertentu,…’masih juga dia belum “DIA”.,…”TUHAN” ku bukan “TUHAN”mu,..’,”TUHAN”mu bukan “TUHAN”ku, Baharu bagimu, tidak untuk ku,…,Baharu bagiku tidak untuk mu…. nak masuk ke dalam masjid, tinggalkan kasut,…’nak masuk ke bilik mandi, tinggalkan baju.”jadi…nak kembali kepada Allah tanggalkan …[dan ini tidak tidak dapat diberi tahu kerana HANYA DIA YANG KENAL DIA. jadi prosesnya amat mudah bagi yang tahu, tapi bagi yang tak tahu tetap tak tahu.memang sekarang banyak es yang mengaku air. tanpa melewati peroses terdahulu. seorang salik yang benar-benar sampai kepada tuhannya. harus melewati terdahulu perjalanan, berupa jalan nur, jalan tauhidul sifat, jalan asma dan perjalanan martabat tujuh.dan di dalam jalan itu terdapat beberapa maqom; fana, fana ul fana, baqo dan baqo ul baqo. dan ini sebaiknya. ada pembimbing guru yang mursid. di dalam perjalanan, yang menentukan salik tergantung riyadahnya. mujahadah dan murakobahnya. kalau memangsalik benar-benar mengamalkan, benar-benar bertauhid. insya Allah zat wajibul wujud. akan memperkenalkan dirinya, dan membuka semua rahasianya. yang di mana, dirinya itu, dan dia TUHAN; bukan zat. bukan pula sifat, bukan pula asma, dan bukan pula af’al. dia tetap laisya, tidak ada seumpamanya dengan yang ada di alam in. dirinya sama dengan dirinya yang dulu dan sekarang, tidak ada satu pun menyertai, hanya dia saja yang adanya (esa). dan di antara banyaknya salik sedikit sekali yang dikehendakinya benar-benar sampai mengenal kepadanya. dan yang kebayakan salik cuma dikehendakinya, hanya kenal akan sifat dan afaalnya. dan itu pun sudah termasuk mengenal kepadanya. dan ada, pula yang hampir kepada maripatullah.dan ada pula yang dikehendakinya. yang di mana kenal zat, sifat, asma dan af’al. tapi mereka tak dapat mengesakan. oleh kerna, zat, sifat asma dan af’al masih berpasal-pasal ada kedudukan dan martabatnya, masing-masing. walaupun mereka tahu hakikatnya, tidak bercerai antara zat sifat asma af’al. tapi mereka tidak dapat menyatakan sebenarnya, di zauk batin mereka, dan kalau pun dinyatakan masih ada perinciannya, belum bulat esa masih jamak. dan dalam untk di tahap ini salik dah sngat beruntung, itu pun sudah termasuk, dah sempurna maripatnya kepada tuhannya.Penanggalan diri [fana] berlaku pada La haula wala quwwata illa billah [AKU yang menghidupkan kamu, kemudian AKU kurniakan rezeki, kemudian AKU matikankamu dan kemudian AKU bangkitkan kamu semula. Dan AKU yang memberi petunjuk dan AKU jua yang menyesatkan (bila tak dapat petunjuk, maka sesatlah) .

1.Ia adalah proses evolusi jiwa [tazkiyyah]: ammarah -> lawwamah -> mutmainnah.
2. Penyaksian [syuhud] berlaku pada La ilaha illa Allah [Allah cahaya langit dan bumi]
3. Ibadah berlaku pada Lailahaillallah muhammadur rosulullah [rahmat sekalian alam]
Dalil-dalinya banyak didalam AlQuran dan AlHadith. Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan kamu dan bukan baca dengan namamu.Dialah yang awal, yang akhir, yang batin dan yang zahir. maka pada keadaan mana punDia berada, sama ada awal, akhir, batin atau zahir, maka dia adalah laisa kamislihi syaiun, tiada satu pun yang menyerupainya, dan keadaannya dahulu adalah seperti keadaannya sekarang, dan keadaannya sekarang adalah seperti keadaannya dahulu, tuhan adalah Dzat, bukan sifat, bukan asma, dan bukan afaal. Sesuai dengan firmannya: Aku ini Allah, maka sembahlah Aku, {Thaha 20:14} apabila Dia ada maka tiada satupun bersamanya, maka hanya Dia yang ada, yang lainnya binasa dan hacur lebur. atau dengan kata-kata lain, apabila salik itu berada dalam makam keesaan, maka jasad dan keakuan salik, tidak lagi terpisah dengan-Nya, bahkan kedua-duanya itu menjadi tajali-Nya. dan apabila dia bertajali maka hanya Dia yang ada. seperti kisah nabi musa yang mahu melihat Allah, gunung tursina lebur dan musa jatuh pengsan,, tetapi ironinya, setelah musa sadar dia berkata, ya Allah akulah yang pertama beriman kepadaMU,maka jelaslah musa melihat Allah setelah ketiadaan kesadarannya, kerana sebelum itu dia telah jatuh pengsan, bagi pencari Allah, kisah nabi musa di bukit tursina ini harus dikaji dengan teliti, kerana di sini ada rahsia, bagaimana salik itu dapat melihat Allah dengan terang dengan nyata dan dapat menerima tajali illahi.alhamdulillah. terima kasih tuk pa cik sekalian. mari kita kaji diri. ketika jasad adam telah dibentuk lalu KU tiupkan RUHKU ke dalamnya. yang masuk ke dalam jasad adam inikan ruh AKU bukan AKU nya. hiduplah adam tapi tak berdaya (masih tak sempurna) lalu diciptakannya DIRI BATIN adam,yang serupa tapi tak sama, sebagai pelayannya. lalu diperintahkannya para malaikat, pabila AKU telah bertajali pada diri adam maka sujudlah kalian semua. yang bertajali itu NURULLAH. bukan DIA yang sbenar-benar DIA. sempurnalah adam.di dalam perjalanan martabat tujuh. di ALAM AHADIAH; LA TAYIN/TIADA TAPI NYATA. yaitu; suatu kedudukan martabat zat tuhan tunggal semata. yang disebut ZAT-UL-BUHTI. yg merupakan AZALUL AZAL, yakni se asalnya yang asal. yakni disini belum ada lagi berbicara soal sifat, asmadan af’al. apalagi soal alam semesta ini. hanyalah zat tuhan se mata2, alam nya alam lahut, alam ketunggalan.
tapi di kedudukan martabat ini dia tidak sempurna/tidak dapat di kata TUHAN/ALLOH. sesuai dengan hadis qudsi.;KHOLAQOL ASYA LIAZLIKA WA KHOLAQTUKA LI AZLI.{ku-jadikan semesta alam karenamu (muhammad) dan ku-jadikan di kau karena-ku}.
zat tidak bisa di kata kan tuhan/Allah. karena tidak ada nya lagi sifatnya, asmanya dan af’alnya. yang dikatakan tuhan/Allah itu.,.?? (zat sifat asma af’al) jadi yang dikata kan tuhan/Allah ,tidak bisa hanya zat saja/ hanya sifat saja/hanya asma saja/hanya af’al Saja.yang sempurna di katakan tuhan/Allah ada zat ada sifat ada asma ada af’al.
tetap laisya, qadim dan muhalafah.dia sempurna dikata kan tuhan/Allah setelah martabat ahadiah, wahdah dan wahdiah. dan roh, misal, ajsam dan alam insan. ada7 martabat.dan sudah berpasal dan dia bukan zat lagi.
di antara banyak nya salik sangat sedikit sekali yang dikehendaki nya. mengetahui/benar2 mengenal tuhan/Allahsebenar nya.ahdah, wahdah dan wahdiah adalah makam dzat.
pada makam ahdah inilah yang dikatakan dzat mutlak, semata-mata dzat, ghaibul ghaib, tiada siapapun yang mengetahuinya keadaannya, walaupun nabi atau aulia terdekat. pada makam ini satupun belum ada hanya dzatmutlak, dan tuhanpun belum bernama Allah lagi. inilah yangdikatakan perbendaharaan yang tersembunyi.
dan kerana dia ingin diketahui maka ditajalinya Nur Muhamadiah ataupun nur muhammad, atau disebut juga hakikat muhammad, makam ini bernama makam wahdah, makam keesaan, dan di sini bermulanya dzat wajibal wujud (dzat Allah) dan sifat, tapi ia masih dalam ilmunya lagi. dzat dan sifat telah ada tapi belum lagi dalam perincian, masih abstrak.
kemudian ditajalikannya lagi ke suatu makam yang bernama wahdiah atau disebut juga Hakikat Insan, di sini dzat wajibal wujud, sifat dan asmak sudah ada dalam perincian tetapi belum zahir lagi, umpama sebiji benih, sudah ada dahan, batang, daun dan sebagainya, tetapi belum zahir lagi.
dan untuk menzahir kan dirinya maka ia mentajalikan dirinya seterusnya ke makam ruh, di sinilah baru tuhan bernama Allah, kemudian dia mentajalikan dirinya ke alam mithal, ijsan dan insan.
jadi Allah itu adalah dzat wajibal wujud, dan bukannya dzat mutlak.
apabila dzat wajibal wujud hadir maka sifat, asma dan afaal juga hadir, kerana ia tidak berpisah daripada dzat.

1. ZAT; (0) kosong
2. SIFAT; (.) titik; muhammad awal/ahmad
3. ASMA; (l) alif; muhammad akhir/nur muhammad
4. AF’AL; ruh.
Setelah bertajali zat hayat di 4 martabat baru lah dia sempurna di kata kan tuhan/Alloh. dan diri nya bukan zat lagi. bagi salik yang benar2 maripat kepada diri nya, ibarat 1x klik langsung ke diri nya lengkap sempurna, tanpa ada lagi kisah perjalanan/perincian, pertajalian diri nya. dia begitu nampak. oleh itu dia tidak bisa dikata kan zat lagi. tetap diri nya laisya, qadim, dan muhalafah. ibarat biji, sudah tumbuh ada dahan,ada ranting dan buah. dia tidak di katakan biji lagi, atau cuma dahan atau ranting atau buah lagi. di sni lah yang sangat di rahasiakan, barang siapa yang mengetahuinya. maka surga bagi nya. yang telah di jamin langsung oleh dirinya.
Bagi tuhan 99 asma 1 yang sangat di rahasia kan barang siapa mengetahui yang dirahasia itu, maka surga bagi nya. dan yang sangat rahasia itu bukan asma lagi, yang harus menckupi 100. sudah jelas di kata kan disitu, bagi nya 99 asma bukan nya 100.
tapi yang sangat di rahasia kan itu adalah diri nya sebenarnya. kalau itu asma, pikir apakah bisa menjamin..? jadi yang bisa menjamin tentulah diri nya pula.
jadi yang dikatakan yang sangat rahasia itu adalah diri nya sebenar nya. memang benar juga, insan itu rahasia ku, dan aku pun rahasia nya. insan itu rahasia, dan rahasia itu sifat ku, dan sifat ku tidak lain dari pada zat ku.
memang diri nya menyebut rahasia nya, tapi rahasia itu puntelah di jawab nya. dan itu pun merupakan adalah rahasia tetapi ada 1 rahasia yang sangat di rahasia kan, yaitu rahasia siapa tuhan yg bernama Alloh itu. dan nama Alloh itu adalah ismun kabir/nama kebesaran bagi nya.
maka nya ada ayat awalludin maripatullah!disuruh mengenal Alloh. dan tentu lah dapat di kenal. mengenal dengan, araptu robby birabby,aku kenal tuhan dengan pengenalan tuhan. dan dalam masalah ini, insan tidak bisa meraih atau pun menolak. apa yang sudah menjadi kehendak takdir, kudrat dan iradat nya.

Biji benih yang telah tumbuh, membesar menjadi “pokok”,
setelah benih menjadi pokok, maka ia tidak lagi dipanggil/(bernama) benih tetapi pokok. jikalau diperhatikan di sekitaran dan juga di semesta alam ini, tiada satu pokok pun yang serupa dengan pokok yang lain, maka nyata pokok ini, laisa kamislihi syaium, tiada satu pun yang menyerupainya, di samping itu ia qadim, baqa, qiamuhu binafsihi, dan mukhalafatul lil hawadith.
pokok ini kelihatan dengan terang dan nyata,, Allaaaah hu akbar…
dengan satu tarikan nafas yang gelap bertukar menjadi terang.
70,000 hijab lebur.. dan tiada lagi hijab, termasuk hijab yangterbesar iaitu diri sendiri.maka tiada ada lagi persoalan dan jawapan.. tapi keyakinan.

Tiada pandanganku, kenyataan atau pun terselindung, hidup dan mati pun tak memeliki…..jadi tiada lagi yang perlu dipasrahkan, kerna itu ujud dari pada sifatnya. tidak ada dua diri, hanya dirinya yang maujud. dan kalamulloh (tiada hurup tiada suara) memang nampak bukan hanya pada diri insan. tapi seluruh alam semesta ini. alam kabir dan alam sagir. lalu bagaimana untuk membacanya. iqro ya muhammad….!!untuk insan yang kenal akan dirinya, dan kenal akan tuhannya. pastilah bisa iqro…kalau tidak bisa…maka perlu tuntutlah ilmu dari ayunan sampai liang lahat.
jangan pernah berhenti. yang menuntut ilmu itu bukannya kuasa atau kehendak kita. tiada bergerak satu jarah pun melainkan degan izin alloh. tiada bergerak hati insan untuk berkehendak melainkan dari pada kudrat dan iradatnya juga. tapi sekarang beda kedudukan, pada pandangan ilmu. menjadi syariatullah, tarekatullah, hakikatullah dan maripatullah.

,Si salik yang telah mengenal Tuhannya, hilang musnah jasadnya, kelu lidahnya, habis sudah perbendahara’an kata-katanya, terpana takjub terpesona,sadarlah dia, bahawa tiada dia, yang ada hanya DIA yang kenal pada DIA ,yaa,….DIA juga, tiada lain selain DIA, yang menyaksikan DIA yang disaksikan DIA,… cukuplah sudah kaji diri. DIRI’ adam itulah yang datang dari ALLAH, awal adam itu ketiadaan, akhir adam itu dikekalkan, zahir adam itu menunjukan batin adam yang dirahasikan. selama-lamanya ardhy tak pernah ada, hanya perlambang dari DIA, kenal DIRI kenal TUHANnya tiada mungkin syirikkan DIA, tahu DIRI kenal hambaNYA, tiada mungkin mengaku DIA. orang nelayan pergi ke laut pukat dibawa menangkap ikan kalaulah datang malaikat maut ilmu apa kita gunakan..?

Memang jikalau di perhatikan, di sekitaran dan semesta alam ini, begitu nyata pokok, Allohu akbar, tidak hanya tersurat di kitab dan lisan, tapi nyata me ujud, semesta alam menjadi kitabul maujud/kitab yang nyata. tetapi di sini ada qadim, dan muhaddas. qadim, yaitu, seasal-asalnya yang asal, yang tak berpermulaan, dan akhiran tiada berkesudahan. yang merupakan dirinya sebenarnya.dan muhaddas itu, yaitu yang baru diadakan/dijadikan. ada permulaan, tentu ada akhiran, dan berkesudahan. yang merupakan wujud dari pada sifat, asma dan afaalnya. dan sifat, asma dan afaal itu, bukan dirinya sebenarnya, tapi tiada lain itu semua dari pada diri nya. lalu kalau itu tidak bisa dikatakan dirinya, tapi bukan lain dari pada dirinya. lalu yang mana, dapat dikatakan/dinyatakan dirinya yang sebenarnya. kalau dirinya dinyatakan dalam berpasal, atau dengan perincian tajali-tajalinya dirinya. itu masih di tahap hakikat, masih adanya hakikat. belum ke tahap maripatullah. kalau dalam tahap, sudah mencapai maripatullah sebenarnya. dan di bathin mukmin yang sudah maripatullah. begitu nyata dirinya, dan rahasia siapa tuhan/Alloh taala sebenar. dan rahasia itu bukan lagi rahasia baginya. tidak ada lagi perincian atau pun hakikat. begitu nyata dirinya. tiada terhijab/terhijad.

pahon jelatang di tepi laut gugur bunganya dimakan ikan kalaulah datang malaikat maut ilmu tauhid kita gunakan sesuai dengan firman allah
(yaumala yan pa’u malun wala banun) pada hari itu siapapun tidak bisa menolong kamu, anak bini, kaum kerabat, harta karun (illa man atallaha biqolbin salim) kecuali dia datang menghadap allah dengan hati yang suci jernih.

di tempat kami banyak yang mengaku AHLUSUNAH WAL JAMAAH, yang sebenarnya seperti apa.? AHLU SUNAH WAL JAMA’AH
demi tuhan yang memegang jiwa muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah. yang satunya masuk sorga, dan yang lainnya masuk neraka. bertanya sahabat: siapakah firqah yang tidak masuk neraka ya rasulullah.?
nabi menjawab:ahlu sunnah wal jama’ah. Dengan sabda nabi di atas ini, sehingga tiap-tiap firqah itu, dia mengaku dialah yang mengaku golongan ahlu sunnah wal jama’ah itu. dan yang lain-lainnya itu adalah semuanya sesat. begitulah pengakuannya masing-masing golongan teersebut itu tadi.
Baiklah, kiranya tidak penting kita menguraikan yang 72 golongan tersebut itu tadi. sedangkan dia sudah pasti masuk neraka. oleh itu lebih baik kita mengungkapkan yang benar-benar menduduki golongan ahlu sunnah wal jama’ah tsb itu tadi saja. sebab jika kita bertemu dengan yang benar, maka sendirinyalah maksudnya kita pasti melihat kepada yang sebenarnya ahlu sunnah wal jama’ah. Kemudian agar mudah dimengerti, maka marilah dahulu kita letakkan pada tempat yang sebenarnya satu persatunya tiap kalimat ahlu sunnahwal jama’ah ini. ketahuilah, rangkaian kalimah ahlu sunah wal jama’ah. ini dia ada mempunyai tiga perkataan. dan tiap-tiap kata itu pula dia ada mempunyai tempat kedudukannya pada masing-masingnya.
Yaitu, pertama AHLU – kedua SUNNAH dan ketiga JAMA’AH.
1. AHLI
yang menduduki ahli ini, nyatalah hanya tuhan saja. sebab tuhanlah yang ahli mencipta, ahli berkehendak, ahli hidup, tahu, mendengar, melihat, berkata dan segala-galanya. jelasnya tuhanlah yang tepat menduduki maksud AHLI tsb itu.
2. SUNNAH
artinya sunnah, ialah peraturan. olehitu hanya nabi kita S.A.W itu sajalah yang tepat menduduki sunnah ini. sebab segala perangai nabi itu, semuanya wahyu alloh. berarti disebut juga pula perangai nabi itu sunnatullah, yakni peraturam alloh. jelasnya nabi kitalah yang tepat menduduki SUNNAH ini.
3. JAMA’AH
sebelum kita meletakkan siapa orangnya yang menduduki jama’ah ini. maka marilah dahulu kita ambil suatu contoh. kedudukan cara sembahyang berjama’ah. yaitu sempurnanya sembahyang berjama’ah ini ialah wajib ada satu imamnya, dan beberapa orang ma’mumnya.
ada pun syarat-syaratnya, jadi ma’mun ialah ma’mun berdiri di belakang iman, berlaku tidak boleh mendahului si imam. dan di hati mengaku ma’mum dan lain-lainlah lagi. inilah antara lain syarat-syaratnya menjadi ma’mum dalam sembahyang berjama’ah.
kemudian andai kata pada jama’ah tsb itu tadi ada seorang yang arah hadapnya tidak mengikuti imam. yaitu berbalik belakang, maka yang seperti ini dia bukan orang jama’ah. seterusnya jika ada seorang ma’mum yang arah hadapnya dia sama dengan si imam, tetapi dia berlaku mendahului dari pada imam,maka mereka ini dia bukan orang jama’ah juga. selanjutnya jika ada pula seorang ma’mum yang hadapnya sama dengan imam dan kelakuannya mengikuti imam, tetapi hatinya dia tidak mengikuti imam, maka yang begini dia disebut mufarakah dan mereka ini pun dia bukan orang jama’ah juga pula.
melainkan yang benar-benar dimaksudkan jama’ah ini. ialah yang hadapnya, dan kelakuannya serta hatinya, mengikuti imam. maka yang inilah yang syah jadi ma’mum dalam berjama’ah.
sekarang hikmahnya berjama’ah ini. dapat kita gunakan pada soal tadi. dan sebagai tanggung jawabnya untuk menghubungkan soal ini, dengarlah sabda nabi SAW.
ANA MINALLAH WAL MU’MININA MINNI.{Aku dari pada Alloh dan mu’min dari pada aku}. berarti gerak diam mu’min ini, ialah gerak diam nabi saw, dan itulah pula suatu af’al tuhan. begitulah maksud sabda nabi tsb di atas ini. mengertinya pula hanya mu’minlah yang diakui oleh nabi dari pada beliau sendiri. dan kalau nabi sudah mengakui begitu. maka itulah yang sebenarnya umat nabi. serta disebutlah pula hamba alloh yang sebenar-benarnya hamba. ringkasnya mu’minlah yang tepat menduduki maksud jama’ah tersebut.
sebaliknya si ma’mun yang berbalik belakang dengan ini hukumnya orang-orang kafir. sebab dia balik belakang dengan nabi. dan ma’mun yang mendahului dari pada imam tadi maka hukumnya, ialah orang-orang syirik khafi yul khafi. sebab dia berani mendahului dari pada nabi. karena dia mengaku ada mempunyai daya kuat kuasa sendiri.
selanjutnya mereka yang mufarakah, dengan imam tadi, ialah hukumnya orang-orang munafik dengan nabi. sebab walau pun segala perintah Alloh dan rasul itu sudah dilaksanakannya juga. tetapi menurut perasaan imannya dia sendiri yang kuasa mengerjakannya itu. dan simpulnya munafik ialah juga musyrik.
Dengan begini caranya dapatlah kita simpulkan bahwa yang berhak menduduki ahli tsb itu tadi ialah tuhan. dan yang menduduki sunah itu ialah nabi saw. serta yang jitu menduduki jama’ah ini ialah si mu’min. mengertinya ahlu sunnah wal jama’ah ini. ialah yang terdiri dari tuhan – nabi saw – dan mu’min.
Maka itulah jika dibuka rahasia si mu’min, maka nampaklah nabi. sebab wal mu’minina minni. dan jika dibuka rahasia nabi pula, maka nampak tuhan. karena ana minallah.mengerti rahasia tuhan ada pada nabi, dan sekaligus rahasia tuhan dan rahasia nabi ada pada mu’min. sebab daging tubuhnya daripada nur nabi muhammad saw. dan gerak diam tubuhnya ini langsung af’al tuhan.Alhamdulillah,…Allahu Akbar……!!
Kelu rasanya lidah ini, sebak rasakan di dada, tak ada bahasa nak diungkapkan
terharu, bahagia, menjadi satu. hai para kekasih Allah, hai para Rasullullah, engkaulah yang dimaksud Allah,;…. Allah memilih utusan-utusan Nya, dari malaikat dan dari manusia. sesungguhnya Allah maha melihat lagi maha mendengar.( QS.Al-Hajj 75 ). Bacalah “KITAB”mu, cukuplah “DIRIMU SENDIRI” pada waktu ini sebagai penghisab terhadap mu. ( QS.Al- Isra’ 14 ).
Allah membimbing kepada “CAHAYA NYA”, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan- perumpamaan bagi manusia. dan Allah mengetahui segala sesuatu (QS. An- Nur 35 ).

1.Antara muhammad dan alloh ada siapa ?

2.antara tuhan dan alloh ada siapa ?

Ringkas nya antara ke-dua-duanya. yang ada hanya diri yang wajib maujud. hanya tuhan (zat, sifat, asma, af’al). Muhammad/insan kamil merupakan kenyataan diri nya maujud, dari pada zat, sifat, asma dan af’al nya. dan alloh nama jabatan/ismun kabir/nama kebesaran bagi tuhan.dan tuhan (zat, sifat, asma, af’al) pangkat nya. ANA ANTA BIMA AYYADTUKA WA ANTA BIMA QOLLANTUKA{aku ialah engkau,dengan ke kuatan ku yang ada pada engkau. dan engkau ialah aku dengan pertalian ku pada engkau}. MAJOHARTU PI SAY’IN KAJUHRI PIL INSAN{tiada nyata ku kepada se suatu seperti pada insan}. walau sangat terang dan nyata lengkap DIA pada insan/muhammad. dan pernyataan nya AKU adalah ENGKAU dan ENGKAU adalah AKU. serupa tapi tidak sebanding, ia tidak bisa dinyata kan DIA yang sebenar nya.tetapi tidak laen dari pada DIA tadi. karena martabat di sini, ada perkara QADIM dan MUHADAST dan di martabat ANAANTA ini.

DIA bukan ZAT lagi, setelah bertajalinya. lalu yang mana DIA sebenar nya? ini lah rahasia.???.zat bukan, kerna di martabat zat atau ahdah tuhan, di situ LA’TANYIN/TIADA’TAPI NYATA.

belum lagi ada sifat, asma dan af’al nya. tidak bisa dikata kan sempurna.dan bertajali beberapa martabat, baru dia sempurna,tapi diri nya bukan zat lagi.

ahmad/muhammad awal juga bukan DIA sebenar nya. yang merupakan tajalinya, martabat sifat bagi nya. nur muhammad/muhammad akhir juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan tajalinya, martabat asma bagi nya.

ruh juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan tajalinya, martabataf’al bagi nya, dan muhammad juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan maujud zat, sifat, asma dan af’al nya. tetapi semua itu tidak laen daripada DIA.

kalau dari semua martabat dan ber pasal-pasal dan perincian/proses tajalinya, di dilihat nampak diri nya,.tetapi di katakan dirinya sebenar nya bukan lah seperti proses ke adaan perincian/tajalinya. itu cuma kisah.

tetapi diri nya sekarang ibarat biji telah menjadi pokok. jadi yang dilihat nampak pada perincian/tajalinya tadi. ibarat proses biji menjadi pokok. dan sempurna dia, DIA yang menjadi pokok sekarang. dan pokok bukan biji lagi.

pokok merupakan sempurna dimanaterhimpun zat, sifat, asma dan af’al. itu lah yang dinyata kan diri nya sebenar. dan diri nya, laisya, qadim, dan muhalapah.Allah itu maha kaya, dan maha bijaksana, setiap saat dia melakukan sesuatu, dan apa yang dilakukannya tiada pernah yang sama, itulah kebesarannya, untuk sampai kepada Allah itu jalannya sangat banyak, umpama banyaknya nafas, dan perjalanan itu tidak sama bagi dua orang, walaupun mereka berada dalam kumpulan yang sama, atau perjalanan muridnya tidak sama dengan perjalanan gurunya, guru hanya sebagai penunjuk jalan, tapi jalan perlu dilalui sendiri-sendiri. oleh itu apa yang dilalui seseorang salik itu tidak sama dan tidak dapat dibandingkan dengan pejalanan orang lain. tapi yang pentingnya adalah matlamatnya, matlamatnya harus sama, harus ada satu, kerana Allah itu esa. jadi setiap ilmu yang ada pada seseorang itu tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain, dan kalau diteliti dengan lebih dalam ilmu itu adalah hijab. sedangkan rasullulah sendiri sampai kepada tuhan tanpa ilmu, beliau hanya bertafakur di gua hira sehingga Allah membukakan rahsianya kepada Rasullulah. ilmu ini ada hanya selepas Rasullulah, kerana selepas rasullulah mengenal tuhan barulah ada Al-quran, dan daripada al-quranlah Berbagai cabang ilmu timbul. tetapi bagi rasullulah dan para wali, di samping mashaf al quran, mereka juga ada al quran yang qadim, yang tanpa huruf dan suara. yang selalu membimbing mereka di jalan yang benar, dan mereka tidak perlu lagi membandingkan ilmu yang mereka ada dengan ilmu yang ada pada orang lain, dan mereka tidak perlu bimbang orang itu sama atau tidak dengan mereka, kerana mereka memiliki haqqul yakin. ilmu tidak dapat mengenal dzat (tuhan), kerana ilmu wadahnya hanya berkisar kepada apa yang dijadikan yiaitu alam semesta. untuk sampai kepada dzat seseorang itu harus meninggalkan ilmu, jikalau tidak dia hanya akan diperangkap oleh penjara ilmu. setelah meninggalkan ilmu, salik akan sampai kepada dzat, dan ini adalah wadah makrifat. dan makrifat ini adalah penjara yang paling unggul, hanya sedikit salik yang dapat melepasi penjara makrifat. untuk sampai ke hadirat Allah salik harus meninggalkan makrifat, barulah dia duduk di hadirat Allah, duduk semajlis dengan Allah, atau dengan kata lain, berdiri di atas dua tapak kaki ku (allah). dan Allah itu awal, akhir, zahir dan batin, kerana Allah berkata akulah yang awal, yang akhir, yang batin dan yang zahir. dan mengenal Allah harus awalnya, akhirnya, batinnya dan zahirnya, jikalau kenal Allah hanya pada akhirnya, dari segi pandangan ilmu makrifatnya belum lengkap, (tapi dari segi hakikatnya hanya Allah yang tahu).

umpama sebiji benih yang telah tumbuh menjadi pokok, dan jikalau salik hanya tahu tentang pokok sahaja, lengkapkah makrifatnya..? sedangkan tuhan dalam bentuk lain dia tidak mahu ambil tahu. umpama iblis yang tidak mahu menyembah adam, kerana katanya aku hanya menyembah Allah, dan adam bukan Allah, kerana iblis hanya tahu Allah dalam satu bentuk sahaja. jadi dari mana datangnya pokok jikalau bukan dari biji benih. bolehkah pokok ada dengan sendirinya tanpa benih..? maka jadilah makrifatulah yang sempurna, bukan hanya pada satu martabat sahaja.dari Satu tetap ..tidak akan berubah..cuma apabila lahir menjadiperkataan yang disusun menjadi ayat.. maka banyak yang berubah pengertian ..apabila dibaca atau dimengerti oleh orang lain kan… jangan berbalah tentang apapun..kerna kefahaman sendiri-sendiri ..apa yang dari Satu tetap kita fahami..tanpa kata..Rasa..itu bagi saya amat penting.. {Biji benih yang telah tumbuh, membesar menjadi “pokok”, setelah benih menjadi pokok, maka ia tidak lagi dipanggil/(bernama) benih tetapi pokok.} tapi dzatnya tetap sama, walaupun berapa banyak tajalinya, zatnya tidak berubah kerana dia sekarang seperti dia dahulu juga, dan dia dahulu seperti seperti dia sekarang juga,

jikalau ada perubahan dalam dzatnya semasa pentajalian maka itu bukanlah tajali. kerana dzatnya telah berubah. dari pokok dijadikan kayu, dari kayu dijadikan pelbagai barang, seperti meja, kerusi, papan rumah, dan bermacam-macam lagi, walaupun perabot (kerusi) itu disalut perak atau emas, tatapi dzatnya tidak berubah, dzatnya tetap dzat kayu dan pokok. jikalau dzat tidak ada bolehkah kerusi ujud, kerana tanpa Kayu (dzat) kerusi tidak akan wujud. kerusi hanyalah khayalan fikiran apabila kerusi binasa apakah yang tinggal.? sudah pasti dzat, kayu. jadi jangan keliru tuhan itu adalah dzat wajibal wujud yang berasal dari dzat mutlak, tanpa dzat tiada satupun yang ada di semesta alam ini. apabila dzat wajibal wujud hadir barulah sifat, asma dan afaal hadir,

tetapi sifat, asma dan afaal tidak akan ujud tanpa wujud dzat.

Yang ana maksud pokok di sini, sebenar nya diri nya, yang bernama Alloh. yang bagi nya, zat, sifat, asma, af’al. bukan nya kenyataan maujud darinya yang muhadast, seperti alam semesta, beserta isi nya. tetapi biji yang jadi pokok. sempurna diri nya di nyatakan tuhan Alloh ‘esa diri nya’pada zat, sifat, asma af’al {terhimpun}, dan juga laisya, qadim dan muhalafah Alloh ta’ala sebenar nya. yang wajib bagi mu’min maripat kepada nya. dan kenyataan sekarang yang ada dan maujud itu Alloh ta’ala. diri nya bukan zat lagi. karena ada sifat, asma dan af’al nya. memang itu semua dari pada zat nya,.
Lalu yang dinamakan Alloh ta’ala, bagi diri nya zat, sifat, asma, af’al. lalu tanyakan pada batin ente, siapa gerangan Alloh ta’ala sebernar nya siapa  ???
itu lah yang ana maksud pokok itu. yang bagi nya laisya, qadim dan muhalafah. dan diri nya bukan zat, bukan juga sifat, dan juga bukan asma, dan juga bukan af’al. dan apabila batin itu, menyatakan diri nya, msih ada perinciin/perjalanan/ ada nya hakikat. diri nya baru memperkenal kan/baru membukakan rahasia nya, tentang asal kejadian/proses tajali nya. dan untuk kenyataan sekarang ini hanyalah menjadi kisah/cerita,(kisah proses biji menjadi pokok). dan yang di nyata kan itu wal awalu (biji), bukan wal akhiru (pokok) zat, sifat, asma, af’al (sempurna nya)…dan apabila batin itu, menyatakan tanpa ada perinciin/perjalanan lagi, dan tidak ada lagi hakikat2.
alhammdulillah, diri nya telah memperkenal kan dirinya, membukakan rahasia nya, dan dia menyatakan diri nya sebenarnya. bertemu dengan dirinya (pokok). dan ke nyataan diri nya sekarang ada nya, terang dan nyata, diri nya dan ujud nya esa. inilah puncak maripat kepada Alloh. mengenal dan bertemu dengan tuhan Alloh swt sebenar nya. dan yang pasti ini. ARAPTU ROBBY BI ROBBY{aku kenal tuhan dengan pengenalan tuhan}. Dan tentang apa yang di kata dan di rasa. ALLISANU TARJUMANUL QOLBI WAL QOLBI TARJUMANUL HIDAYAH WAL HIDAYAH MIN NURIL QODIM.{lisan terjemahan dari hati, dan hati terjemahan dari hidayah, dan hidayah dari pada nur yang qodim}.
WA ZAUKU PI NAPSI BI ZAUKI.{dan rasa pada insan itu rasa aku}.

setiap yg ujud pasti bernama
asal Allah ialah zat yg maha suci yang bernama ?
usul Allah ialah sifat yg kamalat
asal manusia ialah roh
usul manusia ialah hati yg menjadi nilai disisi tuhan
awal Alloh tiada permulaan
akhir Alloh tiada kesudahan
awal manusia ada permulaan
akhir manusia tidak ada kesudahan
zahir Alloh dgn nama ?
batin Alloh dgn nama robbi

bukan DIA, tapi tidak lain daripada DIA. kita ambil analogi:
kita ini manusia, kenapa dikatakan manusia? kerna asal kita  drpd ibu-bapak yg juga manusia, taraf kita sama dgn ibu-bapak yaitu manusia juga, tapi kita bukan (diri) ibu-bapak  kita. Asal kita yg sebenar-benarnya kan dari ‘RAHIMAKUMULLAH’ ah.. coba renungkan siapa kita ? jangan mengaku pula.. nanti bisa dipancung orang. ALLAH itu tidak makan tidak tidur, sanggup tak makan tak tidur ? klo tak sanggup berarti bukan ALLAH  ?? Bukan dia tapi tidak lain daripada dia. bagi saya ini hanya benar bagi semua yang dijadikan termasuk jin dan malaikat, kerana mereka dijadikan, dan ruh mereka dijadikan daripada nur muhammad. tapi bagi insan (makrifatullah), ia tidak demikian kerana ruh insan tidak dijadikan, ruh insan adalah daripada tiupan ruh Dzat (Allah). wa nafahtu fi hi min ruhi: aku tiupkan ruhku ke dalamnya (jasad manusia – manusia secara kasarnya terdiri dari jasad dan ruh).
jadi ruh insan bukan berasal dari nur muhammad tetapi adalah ruh Allah sendiri. kerana itulah Allah berkata, aku adalah rahsia insan, dan insan adalah rahsia ku. dan rahsia ini hanya ada pada insan, ia pernah ditawarkan (mahu diberikan) kepada gunung ganang dan sebagainya, tapi tidak satu pun yang sanggup. memang manusia (jasad) itu lahir dari ibu dan bapa, tapi ruh insan yang tidak dijadikan itu adalah langsung daripada Allah. itulah sebabnya dia berkata kepada insan (bukan kepada Manusia),, insan adalah rahsia ku, dan aku adalah rahsianya. kerana ruhku itu adalah aku ( bukan nur muhammad)
ini sesuai dengan ajaran Rasullulah saw bagi siapa yang ingin mengenal Allah, matikanlah dirimu sebelum mati. apabila manusia telah mati maka tinggallah yang qadim, baga, qiamuhu binafsi, mukhalafatul lil hawadith iaitu AKU.
tapi bagi kebanyakan manusia tidak mengerti ini, maka itulah sebabnya apabila Mansur al Hallaj berkata, Ana al Haq (akulah Kebenaran). maka dia dihukum mati. tapi Shaikh Qadir Jaelani berkata, jikalau aku sezaman dengannya (al Hallaj) pasti aku selamatkan dia, kerana beliau (shaikh) tahu al Hallaj ada sufi martabat tinggi.

{AKU BAPAK SEKALIAN RUH DAN ADAM BAPAK SEKALIAN BATANG TUBUH}.{AKU DARI PADA ALLOH DAN MU’MIN DARI PADA AKU}.{AKU DARI PADA ALLOH DAN ALAM DARI PADA AKU}.
semua dalil diatas jelas mengatakan.Diri kita ini,terdiri jasad dan ruh.jasad ini berasal dari pada adam dan adam dari pada nur muhammad. dan ruh pada insan berasal dari pada nur muhammad.Kalau ada hakikat lain.ruh insan bukan dari pada nur muhammad tetapi ruh Alloh sendiri. dan dikatakan nya ruh allah itu ialah AKU. ini bukan insan maripatullah. karena ruh itu merupakan martabat af’al bagi tuhan. itu bukan AKU sebenar nya, tapi tidak lain dari pada nya. karena itu af’al bagi nya.
dan bagi AKU nya yang sebernya/alloh itu. ada zat, sifat, asma, af’al. bukan af’al saja.dan kalau af’al itu,dikata kan AKU. itu kesalahan besar. dalam orang maripat. ibarat telur di atas tanduk.salah sedikit, fatal akibat nya.
Apa maksud, ku tiup kan ruh ku dan rahasia insan itu adalah sifat ku,tidak laen dari pada zat ku.
Yang dimaksud ruh ku itu ialah sifat nya. kata dan penyampaian nya aza berbeda. makna daripada kata-kata ke dua nya. yang dimaksud itu ialah nur muhammad. dan nur muhammad itu atau ruh nabi. dan ruh insan itu dari pada ruh nabi/nur muhammad(ruh ku/sifat ku). dan jasad/tubuh dari pada adam, dan adam dari pada,tanah, angin, air, api. dan itu semua dari pada nur muhammad/sifat ku. jadi diri insan itu. jasad/tubuh kenyataan sifat tuhan. dan perbuatan insan merupakan perbuatan ruh insan, dan laku ruh insan adalah dari pada laku nya roh nabi/nur muhammad (ruh ku/sifat ku).
jelas paham.?? jangan gunakan akal pikiran. tapi gunakan akal, dan hubungkan dengan qur’an dan hadist.
dan jangan sepenggal memahami nya. sesungguh nya, qur’an dan hadis itu tidak pernah berbenturan. kalau di ambil paham dengan ajaran rasulullah. SE BAIK-BAIK PERKARA AMBIL PERTENGAHANN. walau pun nampak tersurat suatu perkara berbenturan. ambil tengah nya, maka akan menemukan madlul yang sebenar nya. Dan jikalau tidak beres perjalanan nya. dan tidak bertemu lagi dengan sebenar nya AKU/ALLOH. jangan coba ikut-ikutaan seperti al-halaj. karena fatal akibat nya. mungkin bagi al-halaj benar az padake dudukan martabat ilmu. dan kalau belum se martabat dengan nya. jangan coba-coba. ibarat perhiasan cuma polesan/imitasi. dari luar seperti emas asli, padahal sebenar nya di dalam nya tembaga.
benarlah kata-kata arif bijaksana ilmu itu adalah hijab, malahan bukan sebarang hijab, sebagaimana Ibn Arabi ketika mula-mula mengemukakan pandangannya tentang wahdatul wujud, boleh dikatakan semua membantahnya, tapi sekarang majoriti telah menerimanya, bagaimanapun masihada yang menentangnya, itulah dia ilmu, apabila maklumat baru diketahui ilmu yang lama akan menjadi obselete (ketinggalan). terfikir pula tentang firman allah: aku adalah rahsia insan dan insan rahsia ku.
jikalau rahsia itu nur muhammad, jadi apakah yang menjadi rahsianya?, sebab makhluk lain juga daripada nur muhammad. tak payahlah jawab, kerana terpulanglah kepada allah, kerana dia maha mengetahui dan kerana dia juga yang mengeluarkan seseorang itu dari kegelapan kepada cahaya dan begitu juga sebaliknya.
ruh itu berasal dari AKU, KU panggil ia ruhKU. ruh itu barasal dari keping2an nur muhammad yang berupa angin, itulah kata tuhan; KU tiupkan ruhKU, dan yang ditiupkankan itu (ruh) berupa angin ke jasad adam masuk melalui lubang hidung adam. asal nur muhammad itu dari nur ALLAH, nur ALLAH dari AKU (DIA sebenarnya). apa itu yang dikatakan manusia..? apa itu yang dikatakan insan..? pada saat ‘diri’ al-hallaj itu berkata (ana al HAQ), posisi al-hallaj itu di luar jasad, sirr AKU yang bertajali.

Insan itu rahasia ku, dan aku pun rahasia nya.
Insan itu rahasia dan rahasia itu sifatku, tidak laen dari pada zat ku. ini lah selengkap nya. dan aku bapak ruh dan adam bapak sekalian batang tubuh)
Memang dia mengatakan rahasia, dan rahasia itu telah dijiwabnya sendiri. diakui nya’ dan rahasia itu sifat ku,. kalaunya ruh insan bukan dari pada nur muhammad…itu salah besar, bukan nya ana yang menyalahkan. tetapi ini kenyataan yang tersurat, yang menyalahkan pahami betul-betul.
kalau suatu pendapat menyalahi/melemahkan akan qur’an dan hadis. itu tidak bisa di perpegangi pendapat itu. dan tidak layak dibuka kan pada orang laen. cukup untuk diri nya sendiri. ini berbahaya pada orang lain. dan kita tidak bisa ambil setiap perkara, dengan salah satu nya saja, qur’an nya saja’ atau hadist saja. kalau salah satu aza yang dipakai/diperpegangi, dimana kedudukkan iman seseorang kepada rukun iman. terhadap BERIMAN KEPADA KITAB-KITABNYA, YAITU QUR’AN DAN HADIST. kalau cuma salah satu aza yang imani atau melemahkan salah satunya. sempurna kah iman itu, dalam rukun iman aza tak beres, apa lagi untuk maripatullah. Orang yang benar-benar maripatullah. tidak akan melemahkan apa yang sudah ditentukan/ditetapkannya. baik itu yang tersurat di kitab-kitabnya.
bagi tuhan 99 asma, ada 1 yang sangat dirahasiakan, dan barang siapa yang mengetahui yang sangat dirahasia itu, surga baginya. yang sangat dirahasiakan di sini. bukannya asma/nama lagi. karena kalau itu asma juga apa bisa menjamin. tentunya yang bisa menjamin itu adalah dirinya (tuhan).jadi yang sangat dirahasiakan itu adalah diri tuhan yang baginya zat, sifat, asma, dan af’al atau alloh ta’ala sebenar nya (diri AKU sebenar nya). ini yang dirahasiakan. dan bagi dirinya tetap laisa, qadim, muhalapah. ini yang disebut rahasia.

Qur’an dan hadist, adalah petunjuk tersurat yang lurus, dan nyata. untuk dunia dan akhrat. dan di dalam islam, menjadi petunjuk selamat dunia dan akhirat. dan wajib bagi mumin beriman kepada kitab2 nya.
dan masalah ke benaran tentang kitab2 nya. dan kitab2 nya harus wajib dipercaya setiap mu’min dan di pegang teguh..tidak boleh salah satu nya. tidak boleh di antara kitab2 nya seorang mu’min melemahkan/tidak percaya, kebenaran nya. jangan berpaling kepada petunjuk nya yang lurus.
dan apabila ada satu perkara, itu bersembur/berdasar dari kitab2 nya, suatu fakta, walau itu keluar dari seorang wara/ulama. seharus nya kalau seorang yang maripatullah..tidak ada lagi memandang itu adalah hasil buah pikiran dari seorang wara/ulama.. bahwa yang berbicara itu kebenaran kitab2nya. karena kitab2nya itu merupakan ketentuan/ketetapan nya. ketentuan/ketetapan kebenaran yang bersembur dari pada yang nur yang qodim.
Di dalam perjalanan maripatullah. seorang salik, agar tidak tersesat,. maka di dalam setiap 1 perkara perjalan. harus ada dasar nya, ada pertanggung jawaban ada qur’an dan hadist nya. jangan mengambil keputusan sendiri menggunakan akal sehat, tanpa ada dasar,harus di hubungkan dengan qur’an dan hadist. dan jangan juga cuma di hubungkan hanya salah satu nya.harus ke dua nya.
memang dalam perjalanan banyak di dapati..dengan dalil2 yang berbenturan dengan perjalanannya. dan dalil2 al,quran dan hadist yang kalau dibaca arti nya saja, berbenturan antara ke2 nya. sebenar nya antara ke2 nya itu tidak ada yang berbenturan tujuan dan maksudnya sebenar nya sama, satu ada nya.
dan menurut ajaran rasulullah; SEBAIK2 PERKARA AMBIL PERTENGAHAN. harus dihubungkan antara ke 2 nya. apabila ada suatu qur’an dan hadist.tersurat pada suatu kenyataan dalam arti, atau kata2 yang disampai kan terlihat berbeda. kita tidak boleh mengambil hanya salah satu dari nya.tetapi harus ambil ke2 nya, dan ambil pertengahan nya. kalau perjalanan seorang salik berdasar qur’an dan habis. hasil nya tidak akan ber beda. tidak akan ada perpecah belahan. perjalanan boleh berbeda, mau jalan mana salik berjalan nya. tetapi kebenaran hakikat nya cuma satu. karena tuhan itu satu. esa ada nya.

Kata tuhan benda yang mula-mula AKU jadikan adalah NUR AKU, dan engkau (NUR) muhammad adalah bayangan AKU, dan AKU adalah raja bayang-bayang maka jangan kau syirik akan AKU.
qodim (awal) itu martabat nur muhammad,
qidam(terdahulu dari awal) itu martabat nur ALLAH
sedangkan AKU (DIA sebenarnya pemilik awal)
99 asma ul husna itu nama sifat AKU/samaran/panggilan AKU.
karena AKU bersifat demikian, DIA ada nama aslinya yang bukan nama sifat, yaitu nama yg menjadi rahasia pada ‘diri rahasianya’
rahasia itu zahir-NYA,….

2 responses to “Surat dari sahabat 3

  1. SUBHANALLAH. Mohon izin untuk membaca semua tulisan yang ada di blog spot ini. SEMOGA KITA SELALU BERADA DI JALAN YANG ALLAH RIDHO’I. AAMIIN

Tinggalkan komentar