Makna wujud


Wujud yang paling nampak sekali adalah wujud Allah. Wujud benda-benda lain adalah dengan cahaya Allah. Apabila anda memerhati, anda memerhatikan mula-mula sekali cahaya Allah, kemudian wujud rupa yang ditunjukkan oleh cahaya ini.

Apabila anda membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ia ada dalam khayalan sahaja. Pada lahirnya ia adalah gula atau lilinnya. Tidak ada bentuk pada gula atau lilin, apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya hancur.

Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin. Ianya tidak ada ukuran yang menjadikannya dua benda yang berasingan. Benda atau rupa adalah "'Adum" [tidak ada] dan gula atau lilin itu adalah lahir sahaja. Oleh itu Wujud dan Sifat Allah sahaja yang ternampak.

Jika anda lihat anda sendiri pada benda-benda, anda akan lihat Wujud Allah. Apabila anda lihat perkataan dalam tulisan , anda nampak dakwat bukannya perkataan sebenarnnya.

Pandangan terhadap diri anda sendiri adalah pandangan terhadap Allah. "Siapa yang kenal dirinya kenallah akan Tuhannya". Inilah rahsia proses ini. Pandangan terhadap Wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda sendiri. "Allah mengatasi perintahNya". Jika anda memerhati diri anda sendiri dahulu, anda boleh jadi lupa memerhati Allah.

Sheikh Ibni Athoillah As-Kandari ada menegaskan keajaibannya pada orang yang tidak dapat menanggapi Wujud Allah dengan kata-katanya; 

 
1
 
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang menzhohirkan segala sesuatu;
 
2
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang nampak zhohir pada sesuatu;
3
Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia(Allah) yang nampak dalam tiap-tiap sesuatu;
 
4
Bagaimana dapat ditutupi[dihijab] oleh sesuatu, pada hal Dia[Allah] yang nampak pada tiap segala sesuatu.
 
5
Bagaimana akan dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal dia[Allah] yang ada zohir sebelum adanya sesuatu;
 
6
Bagaimana akan dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal dia(Allah) lebih jelas nampak dari segala sesuatu;
7
Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada hal dia(Allah) yang Esa[Tunggal] yang tidak ada di sampingnya sesuatu apa pun.
 
8
Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, pada dia(Allah) yang lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu.
 
9
Bagaimana akan dapat dibayangkan, bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu.
10
Alangkah ajaibnya [Sungguh sangat ajaib] bagaimana nampak wujud yang di dalam 'adam [tidak ada]. Atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang hancur di samping zat yang bersifat Qidam.

Sesuatu yang hakikatnya 'tidak ada' bagaimana boleh nampak akan kewujudannya. Hakikat 'adam itu adalah gelap, kosong sedang wujud itu bagaikan Nur yang terang. Demikian pula batil dan haq. Batil itu hancur sedangkan haq itulah yang wajib ada selama-lamanya dengan qidamNya. Hakikat 'adam selama-selamanya tidak boleh[mustahil] bertukar menjadi Wujud.

5 responses to “Makna wujud

  1. Trimakasi sudaraku kau telah membuka kebenaran sejati bagi kami,bisakah sy menjadi mirit saudaraku

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s