Sang kesatria tiga


KEROHANIAN SYEIKH ABU YAZID AL BUSTAMI

Pir Umar meriwayatkankan bahawa apabila Au Yazid ingin bersendirian, baik untuk beribadah mahupun merenungi Allah, maka ia masuk ke dalam biliknya dan dengan cermat ia menutup setiap celah lubang dinding di biliknya itu.Mengenai Tingkah laku ini , beliau berkata:

“Aku khuatir kalau ada suara atau kebisingan yang akan menganggu”

Dan sudah pasti yang diakatakanya itu hanya sebuah dalih semata-mata

Dari IsaAl Bistami menceritakan :

Selama 13 tahun aku bergaul dengan Abu Yazid, tak pernah terdengar oleh ku ia mengucapkan sepatah kata pun. Demikianlah sudah menjadi kebiasaaanya, sentaiasa bertaffakur di mana kepalanya di atas kedua lututnya, kadang dia mengandah ke atas, mengeluh, dan kembali ke dalam ketafakurannya.

Memang demikianlah tingkah laku Abu Yazid apabila dia berada dalam gundah, tetapi apabila dia berada dalam keadaan lapang, setiap orang akan mendapat manafaat dari syarahan-syarahannya.

Pada suatu masa dia menceritakan lagi, : ”ketika Abu Yazid berkhalwat terdengarlah ia mengucapkan kata-kata : “Maha besar aku, betapa mulia diriku ini”

Ketika dia sedar kembali, murid-muridnya menyampaikan kata-kata yang diucapkan tadi. Maka Abu Yazid menjawab: “Memusuhi Allah adalah sama dengan memusuhi Abu Yazid, Jika aku mengucapkan kata-kata seperti itu sekali lagi, cincanglah tubuh ku ini”.

Kemudiaan setiap muridnya diberikan sebilah pisau setiap orang dengan berpesanan : ”Jika kata-kata tadi ku ucapakan lagi, bunuhlah aku dengan pisau itu”

Maka sekali lagi, untuk kedua kalinya Abu Yazid mengucapkan kata-kata yang sama. Lalu murid-muridnya hendak membunuhnya. Tetapi seketika itu juga tubuh Abu Yazid mengelembung memenuhi ruang. Sambil para murid menghujam mata-mata pisau ke tubuhnya. Tetapi pisau-pisau itu bagai menikam air dan pukulan-pukulan mereka sama sekali tidak mengakibatkan apa-apa.

Tidak beberapa lama kemudian tubuhnya yang menegelembung tadi menjadi menciut kembali dan terlihatlah Abu Yazid yang bersosok tubuh kecil seperti seekor burung pipit sedang duduk di atas sejadah.

Muri-muridnya meghampirinya dan menceritakan peristiwa yang terjadi tadi.Abu Yazid berkata: ”Yang kalian saksikkan sekarang adalah Abu Yazid, yang tadi bukan Abu Yazid”.

Dzun Nun Al Misri telah mengirimkan sebuah sejadah kepada Abu Yazid. Tetapi Abu Yazid memulangkannya semula kepada Dzun Nun sambil berpesan: “Apakah perlu ku dengan sebuah sejadah?. Kirimkan sebuah bantal sebagai tempatku bersandar”

Dengan ucapan teresebut Abu Yazid ingin mengatakan bahawa ia telah berhasil mencapai tujuannya.

Maka Dzun Nun mengirimkan sebuah bantal yang empuk. Tetapi bantal itu pun dikembalikan semula kepada Dzun Nun, kerana pada saat itu ia telah bertaubat dan tubuhnya tinggal kulit pembalut tulang. Mengenai tingkah laku ini, Abu Yazid berkata: ”Mana yang berbantalkan kurnia dan kasih Allah tidak memerlukan bantal dari salah seorang di antara hambanya”.

Hatim Tuli berkata kepada murid-muridnya:

“ Barangsiapa di antara kamu yang tidak memohon ampunan bagi penduduk neraka di hari kebangkitan nanti, ia bukan muridku”

Perkataaan Hatim ini disampaikan orang kepada Abu Yazid, kemudian Abu Yazid menambah: “ Barangsiapa yang berdiri di tebing neraka dan menangkap setiap orang yang dijerumuskan ke dalam neraka, kemudian menghantarnya ke syurga lalu kembali ke neraka sebagai pengganti mereka, maka ia adalah muridku”

Ibrahim bin Syaibah Al Harawi suatu hari mengunjungi Abu Yazid. Abu Yazid berkata kepadanya: “Hatiku terketuk untuk meminta syafaat pada Allah untuk mu”. Ibrahim bin Saibah lalu berkata:” Wahai Abu Yazid, jika Allah memberi syafaat pada semua makhluk melalui perantaraan kamu, tentu tidaklah banyak. Mereka hanyalah seggengam tanah liat”.

Mendengar jawapan dari Ibrahim bin Saibah itu, Abu Yazid lalu merasa bingung menanggung bebanan itu.

Suatu waktu ada seorang berilmu dan ahli fikh di negerinya mengunjungi beliau. Orang itu lalu berkata: “ Hai Abu Yazid, ilmu anda ini, kamu perolehi dari siapa, berasal dari mana, dengan melalui cara apa?

Lalu Abu Yazid menjawab:” Ilmuku ini aku perolehi dari pemberian Allah, berasal dari Allah”.

Bukankan Nabi saw pernah bersabda:

“Orang yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan segala perkara yang tidak diketahuinya”

Mendegar jawapan Abu Yazid itu, Ahli Fikh itu terdiam seribu bahasa.

Abu Turab Al-Baksyi selalu menasihatkan murid-muridnya agar melawat Abu Yazid kerana beliau itu lebih tinggi derejat daripadanya, dan dengan kilasan pandangannya pun telah cukup memberi manafaat kepada sesiapa yang melawatinya

Seorang daripada murid Abu Turab enggan melawat Abu Yazid kerana katanya:”Saya melihat Tuhan Abu Yazid itu hampir tiap-tiap hari. Apa manafaatnya yang kita dapat daripada beliau”.

Abu Turab berkata: ” hingga kini kamu melihat Tuhan menurut pandanganmu sahaja, dengan Abu Yazid kamu akan melihat Tuhan sebagaimana Dia sepatunya dilihat”.

”Pandangan itu ada beberapa peringkat, Adakah kamu tahu bahawa di akhirat kelak, Allah akan turunkan lebih sinarannya kepada nabi dan kurang sedikit kepada yang lain?”.

Maka barulah murid tadi mahu bersama gurunya pergi menziarahi Abu Yazid.

Apabila sampai di rumah Abu Yazid mereka dapati beliau telah pergi mengambil air.Mereka pergi ke tempat Abu Yazid mengambil air. Sesampai sahaja, murid itu pun melihat Abu Yazid.

Tak semena-semena, dia pun bertempik, jatuh pingsan dan terus meninggaldunia.

Guru itu betanya kepada Abu Yazid: ” kenapa ini terjadi, ya Abu Yazid, dengan sekilas pandang sahaja, tuan telah membunuh muridku”.

Abu Yazid menjawab:” Muridmu tadi, sangat tinggi dan maju derejat keruhaniannya. Hanya satu tingkat sahaja lagi untuknya sampai kesinaran yang terakhir itu. Setelah dia memandang aku, dia pun sampai kepada tingkatan yang tertinggi tadi. Dia pun menyaksikan tingkatan yang terakhir itu. Tetapi oleh kerana jasadnya tidak sanggup menahan kedaaan tingkatan yang teritnggi itu, maka dia pun meninggal dunia”.

Ingatkah tuan cerita Zulaikha dan isteri pembesar-pembesar di negerinya, apabila melihat akan kecantikan Yusuf mereka terpsona dan dengan tidak sedar mereka terpotong jar-jari mereka dengan pisau yang ada di tangan mereka. Kerana sangat terpesona dengan kecantikan Nabi Yusuf, mereka tidak sedar terhadap jasad mereka sendiri”.

MASA SEBELUM KELAHIRANNYA

Datuk Abu Yazid al Bustami adalah penganut agama Zoraster (majusi). Ayahnya adalah seorang di antara orang-orang terkemuka di daerah Bustham.

Kehidupan Abu Yazid yang luar biasa bermula semenjak dalam kandungan ibunya lagi.

Setiap kali aku menyuap makanan yang ku ragukan halal haramnya. Ibunya sering berkata kepada Abu yazid dalam kandungan nya , ”engkau yang berada di dalam perutku memberontak dan tidak mahu berhenti memberontak, selagi makanan yang aku makan tidak dimuntahkan kembali”.

BERBAKTI KEPADA IBUNYA

Setelah tiba waktunya, si ibu menghantar Abu Yazid ke Masjid. Abu Yazid mempelajari al Quran. Pada suatu hari gurunya menjelaskan erti sepotong ayat dari surah Al Lukman yang berbunyi:

” Beterimakasihlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapa kamu”.

Ayat ini sangat mengentarkan hati Abu Yazid. Abu Yazid meletakkan batu tulisannya dan berkata kepada gurunya: ”Izinkan saya pulang , ada yang perlu hamba katakan kepada ibuku”

Si guru memberi izin. Lalu Abu Yazid pulang ke rumahnya. Ibunya menyambutnya dengan kata-kata:

”Thaifur, mengapa engkau pulang?. Apakah engkau mendapat hadiah atau ada sesuatu kejadian yang istimewa?”

”Tidak”, jawab Abu Yazid: ”Ketika pengajian ku sampai pada ayat di mana Allah memerintahkan agar aku berbakti kepada Nya dan kepada ibu. Tetapi aku tidak dapat mengurus dua buah rumah dalam waktu yang serentak ibu Ayat ini sangat menyusahkan hatiku. Mintalah daku ini kepada Allah sehingga aku menjadi milik mu seorang atau serahkanlah aku kepada Allah semata –mata sehingga aku dapat hidup untuk Dia semata-mata”.

”Anakku”. Jawab ibunya: ”Aku serahkan engkau kepada Allah dan ku bebaskan engkau dari semua kewajipan mu terhadap aku. Pergilah engkau dan jadilah engkau seorang hamba Allah”.

Di Hari kemudian , Abu Yzzid berkata:

”Kewajipan yang pada mula ku kira sebagai kewajipan paling mudah di antara yang lain-lainya, ternyata merupakan kewajipan yang paling utama. Iaitu kewajipan untuk berbakti kepada ibu ku.. Di dalam berbakti kepada ibuku itulah ku perolehi segala sesuatu yang ku cari, yakni segala sesuatu yang hanya boleh difahami melalui tindakan displin diri dan pengabdian kepada Allah”.

Antara peristiwa adalah sebagai berikut:

Pada suatu malam ibu meminta air kepada ku. Maka aku pun pergi mengambilnya, ternyata di dalam tempayan kami tidak ada air. Ku lihat dalam kendi, tetapi kendi itu pun kosong jua. Oleh kerana itu pergilah aku ke sungai lalu mengisi kendi tersebut dengan air. Ketika aku pulang, , ternyata ibuku tertidur”.

”Malam itu udara terasa sejuk. Kendi itu tetap dalam rangkulan ku. Ketika ibu ku terjaga, ia meminum air yang ku bawa itu kemudian memberkati diriku. Kemudian terlihatlah oleh ku betapa kendi itu telah membuat tanganku kaku:

”Mengapa engkau tetap memegang kendi itu”, ibu bertanya.

”Aku takut ibu terjaga sedang aku sendiri terlena”, Jawab ku.

Kemudian ibu berkata kepada ku: ”Biarkan sahaja pintu itu setengah terbuka”.

Sepanjang malam aku berjaga-jaga agar pintu itu tetap dalam keadaan setengah terbuka dan agar aku tidak melalaikan pesanan ibuku. Hingga akhirnya fajar melewati pintu, begitulah yang sering kulakukakan berkali-kali”.

Setelah si ibu memyerahkan anaknya kepada Allah, Abu Yazid meninggalkan Bustham, merantau dari satu negeri ke satu negeri selama 3o puluh tahun, dan melaluikan disiplin diri dengan terus berpuasa di siang haridan betariqat sepanjang malam. Ia belajar di bawah bimbingan 113 guru kerohanian dan telah memeperolehi manafaat dari setiap pelajaran yang mereka berikan.

KEHEBATAN LELAKI SEJATI

“Tuan, engkau boleh berjalan di atas air!”, murid-muridnya berkata dengan penuh kekaguman kepada Abu Yazid

“Itu bukan apa-apa. Sepotong kayu juga boleh,” Beliau menjawab.

“Tapi engkau juga boleh terbang di angkasa.”

“Demikian juga burung-burung itu,” tunjuk Abu yazid ke langit.

“Engkau juga mampu pergi ke Ka’bah dalam semalam.”

“Setiap pengkelana yang kuat pun akan mampu pergi dari India ke Demavand dalam waktu satu malam,” jawab Abu Yazid

“Kalau begitu, apa kehebatan seorang lelaki sejati?” murid-muridnya ingin tahu.

“Lelaki sejati,” jawab Abu Yazid: “adalah mereka yang mampu melekatkan hatinya tidak kepada sesuatu pun selain Allah”.

ABU YAZID PERGI HAJI

Seorang tokoh sufi besar, Bayazid Al-Busthami suatu saat pergi naik haji ke Mekkah. Pada haji kali pertama, ia menangis. “Aku belum berhaji,” isaknya, “karena yang aku lihat cuma batu-batuan Ka’bah saja.”

Ia pun pergi haji pada peluang yang kedua berikutnya. Sepulang dari Mekkah, Bayazid kembali menangis, “Aku masih belum berhaji,” ucapnya masih di sela tangisan, “yang aku lihat hanya rumah Allah dan pemiliknya.”

Pada haji yang ketiga, Bayazid merasa ia telah menyempurnakan hajinya. “Karena kali ini,” ucap Bayazid, “aku tak melihat apa-apa kecuali Allah subhanahu wa ta’ala….”

TAKUT MENGOTORKAN MASJID

Setiap kali sampai di depan masjid, Abu Yazid Al Bustami berdiri sebentar, kemudian menangis.

“Mengapa engkau menangis, hai Abu Yazid,?” Tanya seseorang suatu ketika.

Aku merasa diriku seperti seorang wanita yang sedang haid sehingga aku malu memasuki masjid karena takut mengotori,” Jawab Abu Yazid Al Bustami.

JANGAN SOMBONG

Suatu ketika ketika Abu Yazid Al Bustami sedang duduk, di benaknya terlintas pemikiran bahwa dirinya adalah seorang besar, seorang wali pada zamannya. Tak lama kemudian dia sadar bahwa dirinya telah melakukan dosa besar. Dia segera bangkit dan pergi ke Khurosan. Sesampainya di sana dia menginap di sebuah tempat. Dia bersumpah bahwa dia tidak akan meninggalkan Khurosan sebelum Allah mengirimkan seseorang untuk mengingatkan dirinya yang alpa.

Tiga hari tiga malam Abu Yazid Al Bustami tinggal di tempat itu. Pada hari keempat dia melihat seorang dia melihat seseorang bermata satu menunggangi unta dan mendekatinya. Setelah orang tersebut mendekat, Abu Yazid Al Bustami melihat tanda-tanda ketaqwaannya. Abu Yazid melambaikan tangan kepada unta tersebut agar berhenti.

Setelah unta tersebut berhenti, orang tersebut berkata kepada Abu Yazid, “Kamu membawaku ke sini untuk membuka pintu yang terkunci dan menenggelamkan warga Bustam bersama Abu Yazid, benarkah begitu?

Abu Yazid terperanjat mendengar kata-kata lelaki itu. Ia lalu bertanya, “Dari mana asalmu?”

“Tak perlu kau tahu darimana aku. Kukatakan kepadamu bahwa sejak engkau mengucapkan sumpah di tanah Khurosan ini, aku telah menghadiri tiga ribu perkumpulan. Hati-hatilah wahai Abu Yazid. Jagalah hatimu. Tak ada yang berhak sombong di muka bumi ini kecuali Sang Pencipta jagad raya ini, Allah.”

Setelah berkata begitu, orang bermata satu itu membangunkan untanya untuk kemudian segera pergi.

JALAN TERBAIK DALAM KEROHANIAN

Kepada Abu Yazid pernah ditanyakan, ” Apakah yang terbaik bagi seseorang menusia di atas jalan kerohaniannya,”

”kebahagiaan yang merupakan bakat semenjak lahir”, jawab Abu Yazid.

”Jika kebahagiaan seperti itu tidak ada?’

”Tubuh badan yang sehat dan kuat”.

”Jika tidak memiliki tubuh badan yang sihat dan kuat?

”Pendengaran yang tajam”

”Jika tidak memiliki pendengaran yang tajam?”

”hati yang mengetahui”

’Jika tidak memiliki hati yang mengetahui?”

”mata yang melihat”

Jika tidak memiliki mata yang melihat”

”Kematian yang segera”

LUPA NAMA

Hampir setiap hari Abu Yazid Al Bustami begitu asyik dengan Tuhan. Keasyikan itu membuat dia sering lupa ketika memanggil nama seorang muridnya yang telah belajar padanya selama 30 tahun.

“Anakku siapakah namamu?” Tanya Abu Yazid kepada murid tersebut.

“Engkau suka mengolok-olokku, Guru,” kata sang murid. “Sudah tiga puluh tahun aku belajar kepadamu tetapi hampir setiap hari engkau menanyakan namaku.”

“Bukan aku mengolok-olokmu, Anakku,” Kata Abu Yazid Al Bustami. “Tetapi nama-Nya telah memasuki hatiku dan mengeluarkan semua nama lain sehingga aku selalu lupa setiap kali mengingat nama baru.”

ABU YAZID DENGAN SI GURU BESAR

Abu Yazid mendengar bahawa di suautu tempat tertentu terdapat seorabg Guru besar dalam bidang ilmu. Dari jauh ia datang untuk menemuinya. Ketika sudah dekat, Abu Yazid meyaksikan betapa guru besar yang termashur itu meludah ke arah Kota Makkah, kerana itu segera ia memutar langkahnya.

“Jika ia memang telah memperoleh semua kemajuan itu dari jalan Allah”,

Abu yazid berkata mengenai guru tadi, “Niscaya ia tidak akan melanggar hukum seperti yang telah dilakukannaya tadi”.

TAK PERNAH MELUDAH SEPANJANAG HAYAT

Diriwayatkan bahawa rumah Abu Yazid hanya kira-kira 40 langkah dari sebuah masjid, tetapi ia tidak pernah meludah ke arah jalan dan meghormati masjid tersebut.

PERJALANAN ABU YAZID KE KAABAH MAKKAH

Perjakanan Abu yazid menuju kaabah memakan waktu 12 tahun penuh. Hal ini , kerana setiap kali bersua dengan sesoarang pemberi khutbah, yang memberikan pengajaran di dalam perjalannanya itu, Abu Yazid segrea mebentangkan sejadahnya dan melakukan solat sunat 2 rakaat.

Mengenai hai ini Abu Yazid berkata: ” kaabah bukanlah seperti serambi istana raja, tetapi suatu tempat yang dapat dikunjungi orang setiap saat”.

Akhirnya sampailah ia ke kaabah tetapi ia tak pergi ke Madinah pada tahun itu juga.

”Tidaklah wajar kunjungan ku ke Madinah hanya sebagai pelengkap sehaja”, Abu Yazid menjelaskan , ”Aku akan mengenakan pakaian Haji yang berbeza bila mengunjungi Madinah ”.

Tahun berikutnya sekali lagi ia menunaikan ibadah haji. Ia mengenakan pakaian yang berbeza untuk setiap tahap perjalanannya sejak mulai menempuh padang pasir. Di sebuah Pekan dalam perjalanan tersebut, suatu rombongan besar telah menjadi anak muridnya dan ketika ia meninggalkan tanah suci, banyak orang yangmengikutinya.

”Siapakah orang-orang ini?”, ia bertanya sambil melihat ke belakang. “Mereka ingin berjalan bersamamu”, tedengar sebuah jawapan.

“Ya Allah”, Abu Yazid memohon, “janganlah Engkau tutup penglihatan hamba-hamba Mu kerana ku”.

Untuk menghilangkan kecintaaan murid tadi kepadanya dan agar diri nya tidak sampai menjadi penghalang bagi mereka , maka setelah selasai malakukan solat Subuh,

Abu Yazid berseru kepada mereka: “sesungguhnya Aku adalah Tuhan mu, Tiada Tuhan selain Aku dan kerana itu sembahlah aku”.

“Abu Yazid sudah gila!”, seru mereka kemudian meninggalkannya.

ABU YAZID DENGAN TENGKORAK SI SUFI

Di tengah perjalanannya ia menemui sebuah tengkorak manusia yang bertuliskah: Tuli, bisu, buta…. mereka tidak memahami.

Sambil menangis Abu Yazid memungut tengkorak itu lalu menciumnya. ”sesunggubnaya ini adalah tengkorak sorang sufi”, keluar dari mulutnya secara spontan, ”Yang menjadi lebur di dalam Allah… ia tidak lagi mempunyai telinga untuk mendengar suara abadi, tidak lagi mempunyai mata untuk menmandang keindahan abadi, tidak lagi mempunyai lidah untuk memuji kebesaran Allah, dan tidak lagi mempunyai akal walaupun untuk merenungi sepercikan ilmu Allah yang sejati. Tulisan ini adalah mengenai dirinya”.

ABU YAZID DENGAN PENUNGGANG UNTA BERMATA SATU

Sustu ketika Abu Yazid melakukan perjalanannya seperti biasa, Ia membwa seekor unta sebagai tungangan dan pemikul barang bekalananya.

”Binatang yang malang, betapa berat bebanan yang engkau pikul, sungguh kejam!”, seorang pemuda berseru.

Setelah mendengar seruan dari pemuda itu berulangkali, akhirnya Abu Yazid pun menjawab, ”Wahai anak muda, sebenarnya bukan unta ini yang memikul bebanannya”.

Kemudian si pemuda meneliti apakah bebanan benar-benar berada di atas punggung unta tersebut, oh barulah ia percaya setelah melihat bebansn itu melampung satu jengkal di atas punggung unta dan binatang itu sedikit pun tidak memikul bebanan tersebut.

”Maha besar Allah, benar-benar menakjubkan!”, seru si pemuda tadi.

:Jika ku sembunyikan kenyataaan-kenyataan yang sebenarnya mengenai diriku, engkau akan melontarkan celaan kepada ku”, kata Abu yazid kepada pemuda terrsebut, ”tetapi jika kujelaskan kenyataan-kenyataaa itu kepada mu, engkau tidak dapat memahaminya, bagaimana seharusnya sikap ku terhadap mu?!”.

 PANGILAN PULANG ABU YAZID KE BUSTAM

Setelah Abu Yazid mengunjungi Kota Madinah, datang sebuah perintah yang menyuruhnya segera pulang untuk melawat ibunya, Ditemani sekumpulan orang, ia pun berangkat pulang menuju Bustham, tempat tinggal ibunya.

Beriata kedatangan Abu Yazid teresebar dengan cepat di seluruh kota Bustham dan penduduk kota datag untuk menemuinya. Keadaan ini dah pasti Abu Yazid akan sibuk melayani mereka semua dan membuat ia terhalang untuk meyegerakan perintah Allah. Oleh itu, ketika penduduk Kota telah hampir sampai, dari celah lengan bajunya ia mengeluarkan sepotong roti, walhal ketika itu dalam bulan ramadhan, tetapi dengan tenang Abu Yazid memakan roti tersebut. Begitu penduduk Bustham menyakasikan perbuatanya, mereka lalu berpaling darinya.

“Tidakakah kalian sasksikan”. Kata Abu Yazid kepada sahabat-sahabatnya, “ betapa aku mematuhi sebuah perintah dari hukum yang suci, tapi semuanya orang berpaling dari ku”.

Dengan penuh kesabaran Abu Yazid mrnunggu hingga malam tiba. Tengah malam ia mamasuki kota Bustham. Ketika sampai di depan rumah ibunya, untuk berapa lama ia berdiri mendengan ibunya yang sedang bersusci lalu solat.

”Ya Allah, peliharalah dia yang terbuang”, terdengar doa ibunya, ”cenderungkalah hati para syekh kepada dirinya dan berikanalah petunhuk kepadanya untuk melakukan hal-hal yang baik”.

Mendengar doa ibunya itu Abu Yazid menanagis. Kemudian ia mengetuk pintu ”Siapakah itu?, tanya ibunya dari dalam.

”Anakmu yang terbuang”, sahut Abu yazid.

Dengan menangis si ibu membuka pintu,. Ternayata penglihatan ibunya sudah kabur.

”Thaifur”, si ibu berkata kepada anaknya.” tahukah engkau mengaapa mata ku manjadi kabur seperti ini?. Kerana kau ibu telah sedemikian banyak menitiskan air mata semenjak berpisah dengan mu. Dan belakang tubuhku telah bongkok kerana beban duka yang ku tanggungkan itu”

KISAH DUA PUCUK SURAT YAHYA MUAZ KEPADA ABU YAZID

Yahya bin Mu’adz Ar-Razi pernah menulis surat kepada Abu Yazid demikian: ”Apakah pendapat tuan mengenai seseorang yang telah meminum air lalu mabuk dan kekal mabuk selamanya”

Abu Yazid menjawab: ”Aku tidak tahu”, ”Yang aku ketahui hanyalah bahawa di sini ada seseorang yang sehari semalam telah meneguk isi lautan yang luas yang tiada bertepi , pun begitu masih merasa kehausan dan dahaga”

Yahya Ar Razi mengirim sepucut surat lagi:

“Ada sebuah rahsia yang hendak kukatakan kepada mu tetapi tempat pertemuan kita adalah di dalam syurga. Di sana di bawah naungan pohon akan ku katakan rahsia itu kepada mu”. Bersamaan dengan surat itu, Yahya mengirimkan sepotong roti dengan pesan: ” Syeikh harus memakan roti ini kerana aku telah membuatnya dari air zam-zam”

Lalu Abu yazib menjawab: ” mengenai tempat pertemuan yang engkau katakan, Dengan hanya mengingatNya, pada saat itu juga aku dapat menikmati syurga, tetapi roti yang engkau kirimkan itu tidak dapat ku nikmatinya, kerana aku tidak tahu sama ada kandungan tepungnya itu dibuat benar-benar diperolehi secara halal. Saya syak wasangka terhadap kebersihannya, Engkau memang mengatakan air apa yang telah engkau gunakan, tetapi engkau tidak mengatakan benih gandum apa yang telah engkau taburkan”

TIDAK MAHU MENERIMA APA-APA DARI MAKHLUK

Apabila Abu Yazid telah tua, datanglah seoarang hamba Allah mengirim kepadanya sebuah kerusi kusyen untuk tempat duduk. Beliau enggan menerimanya dan berkata:” Orang yang ada disisinya kerusi kurniaan dan rahmat Allah, tidak perlu kepada kerusi empuk yang rendah mutunya, dan juga saya tidak mahu meneriama apa-apa dari makhluk”

ISTANA KOSONG

Pada suatu malam ketika aku masih kecil , aku keluar dari kota Bustam. Kedaan bersinar terang dan bumi tertidur tenang

Tiba-tiba aku lihat suautu kehadiran. Di sisinya ada 18,000 dunia tampaknya sebagai sebuah debu belaka. Hatiku bergetar kuat, lalu hanyut dilanda gelombang rasa yang dasyat,

Aku berseru;” Ya Allah, senyap istana yang demikian besarnya tapi sedemikian kosong. Hasil karya yang seniman agung tapi begitu sepi?.

Lalu terdengarlah oleh suatu jawapan dari langit: ”Istana ini kosong bukan kerana tak seorang pun mamasukinya tetapi kami tidak meperkenannya sesiapa untuk memasukinya. Tak seorang manusia yang tak mencucui muka pun yang boleh menghuni istana ini”.

Maka aku lalu betekad untuk mendoakan semua manusia. Kemudian terfikir oleh ku bahawa yangberhak untuk menjadi perantara ialah Muhammad saw.

Oleh itu, aku hanya memperhati tingkah laku ku sendiri. Kemudian terdengar pula, suatu suara yang meneyeru;” Kerana engkau berjaga-jaga untuk selalu berkelakuan baik dan sopan,. Maka aku muliakan nama mu sampai hari kebangkitan nanti dan ummat manusia akan meyebut mu sufi”.

BERMIMPIKAN MALAIKAT

Sautu malam Abu Yazid bermimpi malaikat-malaikat dari langit pertama turun ke bumi, Kepada Abu Yazid mereka berseru:’ Bangkiltlah dan marilah berzikir kepada Alllah”

Abu Yazid menjawab: Aku tidak mempunyai lidah untuk berzikir kepada Nya”

Malaikat dari langit yang kedua turun pula ke bumi. Mereka meyeru kata-kata yang sama kepada Abu Yazid, dan memberikan jawapan yang sama. Begitulah seterusnya sehingga kepada malaikat dari langit ke tujuh. Namun jawapan yang diberikan oleh Abu Yazid yang itu-itu juga.

Maka malaikat-malaikat itu bertanya kepada Abu Yazid:’ Bilakah engkau akan memulai lidah untuk berzikir kepada Allah”

Lalu dijawab oleh Abu Yazid: ” Apabila penduduk neraka telah tetap di neraka dan penduduk syurga tetap di dalam syurga dan pada hari kebankitan telah tiba nanti. Maka Abu Yazid akan megelilingi singhsana Allah sambil berseru: ”Allah, Allah!”

 UCAPAN-UCAPAN KEROHANIAN SYEIKH ABU YAZID AL BUSTAMI

 1  Selama 30 tahun saya mencari Tuhan, tetapi apabila saya fikir dan pandang dengan seksama, saya dapati pada hakikat nya Allah yang mencari dan saya lah dicariNya

2 Selama 30 tahun lamanya saya mengamalkan membasuh mulut 3 kali sebelum saya duduk menyebut nama Allah

3    jangan uji Tuhan dengan sepotong dua roti

4    Hendaklah engkau rasai diri mu itu sebagai kosong

5    Aku mohon rahmatNya dari pemberi rahmat dan bukan mohon keramat

6   Apa sahaja yang saya dapat adalah karunia Allah dan bukan kerana usaha dan amalan kerohanianku

7 telah bertahun-tahun lamanya saya ingin menyembah sembahyangku kepada Allah yang boleh diterimaNya, tetapi hingga kini saya masih belum juga berjaya

8   Dengan sembahyang bersungguh-sungguh selama lebih dari 40  tahun, maka hijab itu pun terbuka. Dengan tawaduk saya, saya mohon kepada Allah menunjukkan jalan kepada Nya. Saya terdengar suara ketuhanan berkata: ”kamu tidak dapat memasuki jalan itu sehingga kamu buangkan segalanya, walaupun tempayan pecah dan selimut koyak yang ada di samping kamu itu” Dengan segera saya buangkan segalanya itu.
Jalan itu pun ditunjukkan kepada saya. Saya diperintahkan supaya berkata-kata kepada mereka yang ingin menurut jalan itu, bahawa mereka tidak adapat menempuh jalan tersebut sehingga mereka membuang segalanya seperti yang saya lakukan”
9   Jika aku minta satu lepas satu permintaan kepada Allah, dia menjauhkan diri Nya dari ku. Tetapi bila aku inginkan pandanganNya, aku pun lupa segala permintaan ku dan lalu berkata: ” Ya Allah !, jadilah kepunyaan Abu Yazid dan lakukanlah apa yanag kamu suka kepadanya
10  kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan aku tukarkan dengan kerajaaan dunia ini
11  Aku bersayarah selama 40 tahun. Tidak seorangapun yang dapat menuju melalui syarahaku itu, kecuali Allah menghendakinya supaya orang itu maju dalam bidang kerohaniannya itu tanpa syarahanku

12    Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendak ku mendahului kehendakNya

13 Jangan bergantung dengan usaha mu, tetapi bergantunglah dengan rahmatnya

14  Siapa dikasihi Allah, dia akan diberi penderitaan dan kesusahan

15   Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu
16  Bersaama dengan orang-orang salih itu lebih baik dari melakukan amalan saleh. Dan bersama syaitan itu adalah lebih hina dari melalukan perbuatan keji dan dosa”

17   Berpuasa itu mendatangkan rahmat

18    Kasih kepada Allah menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan akhirat

19  Orang yang tidak merasa lazat dalam menyembah Allah, akan menghabiskan masanya dalam hal-hal keduniaaan. Tetapi orang yang lazat dalam mengenang Allah, menasihatkan mereka yang ingin menuju kepada Allah supaya menghindarkankan makhluk. Dengan bersama  orang ramai itu adalah membuat seseorang melupakan Allah
20 Aku heran kenapa hamba yang sudah kenal; Allah itu menyembah Dia pula kenapa berada dalam diri sendiri dan tidak masuk ke dalam mabuk Allah (Zauk) dan hapus segala yang lain kecuali Allah!. Bagaimana seseorang yang telah fana dalam Allah itu hendak menyembahnya pula?
PENGALAMAN KEROHANIAN ABU YAZID
1   Apabila Allah menfanakan daku dan membawa  daku ke baqa denganNya, dan membuka hijab yang mendindingi daku dengan Dia. Maka aku pun dapat memandangNya dan ketika itu jua hancur leburlah pancaindara ku dan tidak dapat hendak berkata apa-apa. Hijab diri tersingakap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan pancaindera. Kemudian Allah kurniakan daku mata ketuhanan dan telinga ketuhanan, dan daku dapati segala segalanya adalah di dalam Dia jua
2  Ku memohon supaya berada dalam dia. Daku pun diperintahkan supaya keluar dari bidang syaria’at
3   Apabila Allah memisahkan dan melepaskan daku dari semua makhlukNya. Dia kurniakan saya dengan cahayaNya dan daku diberi tahu akan rahasia-rahasiaNya, maka terlihatlah akan daku Allah itu dengan mata hatiku. Pabila daku bandingkan nur cahaya Allah dengan diriku, maka terasa hina dan tidak benilainya daku. Di hadapan kesucianNya, padaku adalah tidak suci
4  Aku pun masuk ke dalam satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi dan wujud saya adalah kekal”
5  Ku keluar selangkah dari bendul ketuhanan itu tetapi aku berasa lemah lalu jatuh. Terdengar suara ketuhanan membisikkan: ”Bawa kembali kekasih ku kepada Aku, kerana dia tidak dapat hidup tanpa Aku dan tidak dapat bergerak selangkah pun tanpa Aku
6 Kemudian suara Ketuhanan memberitahu daku bahawa, makhluk ingin hendak melihat daku. Aku menjawab: ”aku hendak melihat Engkau sahaja, tidak mau melihat yang lain. Tetapi andainya sudah kehendak Mu supaya makhluk melihat daku, maka aku menerima perintah Mu. saya berdoa agar kurniaan kepakda ku Wahdaniat (keEsaNya), supaya apabila makhluk melihat daku ia akan menumpukan pandangan mereka kapada kejadian Mu dan kepada Mu jua, dan aku tidak menjadi pending-ding antara Engkau dan kejadian Engkau”. Allah perkenankan doa aku. Semejak itu, dalam keadaan itu, makhluk nampak oleh saya.
7 Aku dapati bahawa hanya dengan adanya kurniaan Allah untuk memberi daya upaya kepada kita untuk melakukan latihan kerohanian itu sahaja, maka kita dapat melakukannya. Oleh itu, pelaku pada hakikatnya Allah taala jua
8 Dalam Dia itu, saya mohon kepadaNya agar Dia berada di sampingku dan jauh dari manusia dan hal-hal kedunian, apa sahaja selain Dia. Allah pun mengabulkan doa ku , lalu mengurniakan kepada ku rahmatNya dan masuklah aku ke dalam bidang tauhid, dan di situ aku diberitahu bahawa semenjak peristiwa itu, kehendak aku kehendak Dia jua”
9 Allah yang Maha Besar telah berkenan menerima daku di dalam 2,000 tingkatan, di dalam setiap tingkatan itu Dia menawarkan sebuah kerajaan kepada ku tetapi ku tolak. Allah berakata kepada ku: ” Abu Yazid, apakah yang engkau inginkan”. Aku menajawab: ” Aku ingin tidak menginginkan”
SOAL JAWAB KEROHANIAN DENGAN ABU YAZID
1 Orang bertanya: “kenapa beliau tidak memimpin orang ke jalan        kerohanian”
Beliau menjawab: ”Bagaimana saya hendak pimpin kepada Allah supaya menerima seseorang yang telah dilontarkan dari majlis Allah oleh Allah sendiri”
2  Orang  bertanya: ” Bagaimana tuan habiskan masa pagi mu?”
Beliau menjawab: ” Diri saya telah lenyap (fana) dalam mengenang Allah sehingga saya tidak tahu malam dan siang”
3   Orang bertanya ; ”Siapakah wali Allah?”
Beliau menjawab: ” Orang yang cinta kepada Allah sahaja, tidak kepada yang lain”
4   Orang bertanya: ”bagaimana kita hendak mencapai Allah”
Beliau menjawab:”janaganlah pandang dunia, jangan mendengar cakap-cakap keduniaan, jangan bercakap dengan  orang-0rang kedunian”
5  Orang bertanya:’ Apakah yang patut kita awasi dalam latihan kerohanian”
Beliau menjawab: ”Tumpukan pandangan mu pada Allah sahaja dan bukan usaha dan lakuan  yang kamu buat itu”
6  Orang bertanya: ”kenapa syarahan  orang lain tidak seronok seperti syarahan tuan?”
Beliau menjawab: ”saya megeluarkan yang sejati, tetapi mereka yang mencampur adukan. Orang lain mengatakan Dia ’Aku”, tetapi saya berkata ”Dia” sahaja”
7  Orang bertanya: ”Bagaimana kita boleh sampai kepada Allah”
Beliau menjawab:” Buangkan ego atau dirimu, di situ terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-segalanya”
8 Orang bertanya: ”Bagaimanakah engkau mencapai tingkatan kesolehan yang sedemikan rupa?”
Beliau menjawab : ”Pada suatu malam, ketika aku kecil, aku keluar dari kota bustham bulan bersinar terang dan bumi tertidur hening. Tiba-tiba aku lihat sesuatu kehadiran”.
9. Orang bertanya: ”Apakah yang pada pendapat tuan yang menjadi penghalang besar dalam menuju Allah”
Beliau menjawab: ” Tanpa kehendakNya sangat susah untuk menghadapkan hati kepada Nya, dan jika dengan kehendakNya senang sahaja berjalan menuju dia itu.”
10. Orang bertanya: ” Kenapa tuan tinggal lama di satu tempat? Tidakah tuan tahu air yang lama berada di satu tempat itu akan kotor dan berubah warnanya?”
Beliau menjawab: ” kenapa kamu tidak jadi sungai?”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s