Pitutur guru sejati tiga belas


41. Wahai tuan yang kusayangi, jikalau sungguh engkau pemburu kesedaran ketuhanan engkau mestilah menyerahkan kehidupanmu, keinginanmu dan segala urusan kebendaanmu kepada Tuhan seru samesta alam ini.

42. Ingin aku berpesan padamu dan juga diriku sendiri wahai kawan, jika kau sudi kau lakukanlah suatu sebutan suci mulia iaitu `Allah`. Ia adalah sultanul Asma`. Satu nama Tuhan yang agung yang serba mencakupi (al ism al-jami`). Jika kau sanggup melantuninya sebanyak 4,000 kali setiap hari tanpa putus-putus selama dua purnama kemungkinan besar engkau akan memiliki kualifikasi menggapai suatu pengalaman spiritual yang tidak seorang pun meyangkakannya.

43. Wahai diriku dan dirimu, jangan engkau berpaut di dahan nan rapuh (makhluk) kerana segala sesuatu selain Dzat Tuhanmu merupakan suatu fatamorgana tidak kukoh. Ia akan selalu sering berubah ubah. Hari ini si dia berada di samping mu penuh cinta dan rindu puja puji padamu… tapi hari esok mungkin engkaukan terluka lara pula oleh tindakan dan kebenciannya padamu serta cela kejinya pula. Berpegang teguhlah pada Maha Perkasa dan Bijaksana Tuhanmu.

44. Sungguhnya kita tidak ketahui apakah takdirNya kapada kita sebelum perkaranya terhadir. Maka tidak ada jalan lain untuk suatu penyelamatan diri kecuali mengikuti perintah Tuhan dan bersandarlah sepenuh jiwa kapada-Nya. Kerana Firman-Nya yang Maha Abadi:

`Kemudian kepada Tuhan mu lah kamu kembali` (Qs Al-An`am :164)

45. Maksud `Khalifah Allah` samalah dengan `Insan kamil`. Jika sesaorang yang tidak mencapai darjat ini ia hanyalah berdarjat `Haiwan rasional` iaitu bukan `Manusia Sejati` berdarjat khalifatullah itu. Maka untuk mencapai maqam manusia sempurna mestilah ada menempuh jalan spiritual iaitu perjalanan ke alam batin dirinya dan kembali ke sumber asalnya.

46. Tahukah kawan bahawa setiap individu mengandungi `Ruh` dalam dirinya.? Begitulah engkau dan aku yang datang dari Tuhan Maha Penguasa semesta dan dibekali-Nya dengan pemilikan intelegensi sepertimana firman Tuhan Yang Maha Mulia:

`Dan kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati` (QS Al-Ahqaf: 26). Maka marilah kita berterima kasih kepada-Nya. Ketahuilah bahawa Roh Insaniah dibekali dengan tujuh sifat yang perlu dipelihara oleh setiap orang daripada kita yang mengaku Allah Tuhan kita iaitu: kepercayaan, cinta, pengetahuan, kesabaran, ingin kedekatan (dengan Tuhan), sifat permanent, dan kehidupan….

47. Katakanlah sebagai terimakasihmu, `Bahawa akulah yang mempamerkan indahnya kelembutan Tuhan. Sungguh Ialah Maharaja Yang Mulia tapi aku hanyalah sebutir debu di kuburan’.

48. Hadis Rasul ada mengatakan: `Allah adalah indah dan mencintai keindahan` satu arti dengan`Tidak ada keindahan lain selain keindahan Tuhan` maksudnya keindahan yang hakiki hanyalah milik-Nya tetapi keindahan yang lain hanyalah suatu fatamorgana yang majazi sahaja. Dan maksud Tuhan `mencintai keindahan` ialah oleh kerana realitas segala hal yang memikat (indah) seperti setiap inci kejelitaan tubuh si bidadari syurga dan kecomelan mata jelita nurul `ain adalah perpanjangan dari kebijaksanaan-Nya. dengan salah satu firman Tuhan:

`Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam’ (QS Al-Isra`(17):70). Maka kewajiban seorang hamba hendaklah membalas cinta penciptanya dengan membakar hangus dengan api cinta ketuhanan akan segala realitas yang tidak sejati seperti hangusnya semak samun (Ruh) di Bukit Tursina oleh Cinta Musa a.s. kepada Zat yang sejati.

49. Cinta memerlukan pengorbanan `Berkorban apa saja harta (keduniaan serta nafsu haiwaniah) atau pun nyawa (bersihkan rohani) itulah kasih mesra (cinta Ilahi) sejati dan mulia (menjejak mertabat insan kamil)`. Cinta yang sungguh luhor membedakan kekasih yang sejati daripada kekasih yang palsu, memotong segala yang ilusif dan tidak abadi dengan pedang kalimat thoyyibah dan hendaklah hadapkan dirimu sepenuhnya kepada Sang Kekasih dan ingatlah nama-Nya selalu mesrakan keseluruh maujud dan dalam jiwamu.

50. Hamba berpesan pada diriku dan dirimu, sedarilah bahawa kesalahan yang terjadi kepada manusia kebanyakannya bukan sahaja masalah kecintaan kepada kehidupan dunia dengan keduniawiaannya tetapi tertudung dek ketidak mampuannya untuk merasakan bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak lain hanyalah bayangan kepada kekasih sejati.

Maka janganlah asyik mengejar bayangan atau pun gilakan bayang fatamorgana saja, ini suatu kejahilan yang merugikan… marilah kita jadikan juga diri kita ini manusia spritual dan kejarkanlah cinta Ilahi, itulah hakikat tujuan hidup kita sebenar yang sejati untuk keberuntungan hidup di alam abadi di samping Ilahi dan di dunia fana ini.

51. Semua orang tahu bahawa solat (sembahyang) itu otak ibadat. Siapa yang meninggalkannya adalah meruntuhkan agamanya. Kalau begitu tentulah sembahyang itu sesungguhnya suatu perkara agung meliputi banyak aspek dalam hal agama dan makrifatullah.

Sembahyang juga perkara utama dalam penyempurnaan keagamaan seseorang. Tetapi adakah setiap orang yang bersembahyang itu benar-benar sembahyang? Setiap kita sewajibnya harus faham betul-betul mengenai perkara menghadapkan diri rohani dan jasmani ke hadharat Kekasih atau Allah Yang Maha Agung yang bertilik pandang pada kita ketika berada di majlisNya itu.

Jangan buat lebih kurang dan main-main saja dan janganlah melakukan dengan tidak berilmu yang sempurna mencakupi ilmu syariat, tarikat, hakikat dan marifat itulah empat unsur sempurna agama yang mesti dipelajari dan difahami seseorang Islam dan mukmin mukminat untuk mencapai sebenar maqam sempurna Islam, iman, tauhid dan ihsan.

Sesungguhnya amalan yang dipersembahkan kepada Tuhan kita Allah s.w.t dengan cara seberono, ikut-ikutan, atau tanpa ilmu yang cukup ditakuti menjadi sia-sia… tidak diterima dan hanya mendapat lelah saja. Nauzubillahi min dzaalik.

Sembahyang itu ibaratnya sebuah kapal sedang berlayar yang ingin menuju ke sebuah pangkalan indah. Maka isyarat badan kapal itu ialah syarat dan rukun sembahyang yang tiga belas dengan sempurna. Muatan kapal yang hendak diniagakan pula ialah sifat Ilahi yang tiga belas.

Tiang layarnya empat iaitu iman, Islam, tauhid dan maarifat. Kain layarnya juga empat iaitu wahdatu zat, wahdatus-sifat, wahdatul asma, wahdatul afaal. Ada pun tali utama layar kapalnya yang terkembang pula adalah empat unsur kesempurnaan dalam pengertian beragama: syariat, thorikat, hakikat dan makrifat dan tahu asas kejadian diri sendiri (semesta) si pelayar iaitulah tanah, air, api, angin yang `membentuk gerakan` kapal.

Arah haluan kapalnya mestilah wahdaniah iaitu keesaan (tauhid) dan kemudinya ialah marifat. Barulah sempurna kapal belayar dengan musik merdu Alhamdu dan sama`nya wahyu. Mudah-mudahan tidaklah karam (syirik) di tengah samudera dan selamat sempurnalah kapal berlabuh di pangkalan indah (hadhrat Ilahi) ertinya sempurnalah ihram, munajat, tabaddul dan mi`raj.

Lalu tambatlah atau hulurkan sauhnya dengan tali tawwakkal berserah kepada Tuhan yang disembah. Tapi yang paling pokok ialah mesti tahu erti sebenar sembah menyembah siapa dan bagaimana hakikatnya yang menyembah dan yang disembah, Subhanallahi amma yasifun wasalamamun alalmursalin walhamdullillahi rabbil aalamin.

52. Salah satu buah hasilan sembahyang yang benar kau laksanakan ialah kesedaran diri adalah hamba yang taat (patuh tunduk). Maka jika engkau telah bersembahyang jangan lagi kau langgar apa yang diatur oleh Tuhan dalam ciptaan-Nya. Biarkan sesuai dengan apa yang telah diatur-Nya. Engkau lihatlah segala sesuatu dengan kaca mata yang sama dengan yang digunakan Allah melihat segala sesuatu.

53. Zahidkan hatimu jangan engkau mengecam orang lain kerana dosa orang lain tidak dicatat dalam buku amalanmu. Tapi boleh kau nasihati dia kerana ada nasihat Tuhanmu kepadamu melalui wahyuNya, perhatilah makna surah Al-Asr.

Itulah hablum minannas. Maka tanggungjawab hubungan sesama manusia ini perlukan engkau mengambil peranan demi kabaikan ahli keluarga kamu, jiran- jiran kamu, ahli masyarakat kamu, bangsa kamu, negara kamu dan dunia kamu setakat yang terdaya olehmu walau pun sepatah kata yang baik.

54. pengertian dari sembahyang juga bermaksud, jangan engkau menyembah berhalamu sendiri. Tahukah apa berhalamu ? Berhalamu adalah egomu sendiri. Sahabatku, jangan kau simpan lagi berhalamu dalam dirimu hancurkan dia sama sekali sebagaimana Sayyidina Ibrahim Khalilullah memusnahkan berhala Raja Namrud!

55. Sembahyang juga mengajar engkau menjadi pencinta kepada kekasih sejati sehingga engkau dan Dia bagaikan `sama` sungguh pun berbeda.

56. Andai kata engkau hilang (fana) dalam wujud, engkau menjadilah bahagian (takluk) dari sifat-sifat Yang Maha Kuasa dan Maha Abadi. Jika kau sungguh berada di tahap ini, kau kan berada di mana-mana kerana lenyapnya `AKU` menyebabkan berkuasanya `DIA`. Ketika itu orang akan berkata padamu `Pencinta dan yang dicinta adalah cerminan antara satu sama lain’.

57. Tahukah tuan bahawa `Cinta` adalah asas segala perwujudan?

Api itu sebenarnya cinta yang menyala
Angin (udara) adalah gelora cinta
Air adalah gerak cinta
Bumi adalah keabadian cinta.

Api, angin, air, bumi itu adalah membawa gerak dalam setiap rakaat sembahyang kamu dan adakah engkau aplikasikan maknanya dalam perbuatan sembahyang kamu terhadap Yang di Cinta? Jika kau tahu bermakna engkau sudah termasuk ke dalam golongan yang mengerti salah satu daripada maksud perbuatan solat yang terpuji.

58. Saudaraku, jika kau menyelami lautan mistis kau bersedialah untuk dilanda api cinta sungguh pun kau hangus dengan nyala-nya tapi kau beroleh kegembiraan dan kebahagiaan luar biasa dari wajah Sang Kekasih Sejati. Maka cubalah jadikan dirimu saorang kastria spiritual!.

59. Wahai kastria spiritual, cintamu perlukan pengorbanan, kerana pengorbananlah melahirkan watak kesatriaan. Sebagaiman indahnya percikan darah merah pada baju putih Sang pahlawan kembali dari medan tempur, begitulah kau untuk berjuang bagi mendapat `Mata air kehidupan spiritual` yang abadi. Pengorbanan itu senang saja menyebutnya tapi melaksanakan bergantung kepada semangat juang dan kesaterianmu iaitu `Jauhkanlah dirimu dari godaan duniawi`!.

60. Jika kau ingin mula memasuki alam kesatriaan spiritual fakta yang seharusnya menjadi pola pembawaan budi bahasa dan sopan santunmu ialah: Taubat, Dermawan, Rendah hati, Bersikap damai, Jujur, Mohon pertunjuk, Memberi dan menerima nasihat, dan Kesetiaan.

61. Berdakwah bertabligh itu kerja budiman islam. Menyuci diri rohanimu jangan kau pandang ringan. Bunuhlah ular naga nafsumu dulu sebelum mengajak orang menempuh jalanan pulang. Kalau kau sendiri kecundang bagaimana kau hendak mengajar dan mengajak seseorang kepada kecermerlangan iman, Islam dan ihsan ? sementara engkau sendiri masih tak mengerti  jalanan ?.

62. Jika sungguh engkau satria spiritual bunuhlah ular naga mu itu (Nafsu ruhani). Menjadilah engkau singa Allah sejati. Jangan jadi singa hawa nafsu kerana segala perbuatan menjadi saksi agama mu. Moga kau dapat bersatu kembali dengan `Al-Imaamul Mubin` (alter-ego) di situlah lautan jiwa (Ruhul Adzim) tempat keutuhanmu yang semula di mana engkau bermandi dunia cahaya dari Cahaya Asli Sejati.

Allah Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman, `Aku adalah teman bagi orang yang mengingat-Ku dan Aku bersama hamba Ku ketika ia mengingati Ku dan menyebut Asma`Ku` (Hadits kudsi).

Rasulullah pula ada bersabda, `Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah gerbangnya` Maka bagaimanakah kita dapat melewati gerbang dan memasuki kotanya untuk mendapatkan khazanah kekayaannya serta menikmati keindahan istananya kalau tidak dibunuhkan dulu ular naga dan singa nafsu yang menerkam di jalanan kita ?

63. Oh, sahabatku dan diriku, janganlah malu untuk menerima sesuatu kata-kata `kebenaran` walau pun dari seorang anak kecil atau pun saekor anjing kurap di jalanan. Jika sungguh engkau arif membaca kitabul alam ambillah dari padanya apa sahaja `kebenaran` itu dan muliakanlah dia kerana setiap kebenaran itu adalah perkara mulia di sisi Tuhan Al-Haq.

70. Sahabatku, percayalah segala sesuatu memiliki aspek zohir (asma`az-Zohir) dan batin (asma` al-Bathin). Maka musyahadah adalah suatu proses yang penting dalam bertauhid iaitu memandang kepada yang lahir menuju yang bathin.

71. Rasulullah s.a.w. itu laksana mutiara antara bebatuan. Ialah model universal bolehkah kita tiru satu daripada tingkah lakunya yang indah dalam perjalanan spiritual ? Iaitu ketika sahabat beliau berbicara ia diam memberi penuh perhatian dan setiap orang Islam yang dijumpanya diberikannya salam. Jika itu pun tidak dapat kita lakukan bagaimana mahu ikut jalanan beliau dalam kerohanian ?

72. Sahabatku, nyanyikan lagumu (zikir thariqatmu) yang boleh menjadi makanan jiwa dan rasa sakral mu. Nanti engkau memasuki suatu wilayah jiwa (zauk) yang boleh engkau mendengar suara lain dari singgahsana Abadi iaitu tatkala wilayah jiwamu terbuka pada dimensi batin yang menuju pada suatu perjumpaan (makrifat) kehadiran Tuhan.

73. Fahamilah sahabatku, sungguhpun Tuhan itu pada ideanya transedensi namun Tuhan bertakhta jua pada pusat batinmu `dengan cara-Nya yang tersendiri – sebab zat Tuhan bukanlah benda sepertimu`. Ingatkah kata-kata Rasulullah s.a.w. iaitu, ‘Qalbu mukminin baitillah` maksudnya `Hati orang mukmin itu rumah Allah` tidakkah begitu maknanya-?.

74. Wahai tuan saudara yang kukasihi dengarlah umpamaan hamba ini, Kaabah itu umpamanya hati kita manusia, berhala-berhala yang mendiaminya sebelum dibersihkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ibaratnya hawa nafsu yang tertanam dalam hati kita yang menghalangi untuk ingat kepada Tuhan Yang Suci.

Oleh itu penghancuran berhala-berhala itu adalah wajib supaya yang wujud hanya satu iaitu Yang Wajib dalam hati kita. Maka penyucian hati demi tauhid ialah dengan bersaksi dan menyedari `Tiada Tuhan Melainkan Allah`. Namun kesedaran batin seorang muslim sejati ialah kehadiranNya yang di dasarkan pada rasa `Ketidak terbatasan` dan menolak semua objektivikasi terhadap Tuhan. Walaupun begitu sedarlah tuan bahawa `Mihrab` itu merupakan simbul dari kehadiran Tuhan.

75. wahai kawan, Tuhan kita Yang Maha Penyayang terlalu dekat `Lebih dekat dari urat leher kita’. Ia terlalu baik memberikan kita berbagai kenikmatan. Tapi ia juga menggerakan setiap zarah alam dan meliputi Ia akan segala sesuatu. Maka hendaklah kita banyak bersyukur dan takwa kepada-Nya selalu.

75. Saudaraku, Ruhmu dan Ruhku sedia kalanya memang mempunyai fitrah. Di sebut juga fitrah al-munazzalat. Ia suci dan ialah yang disebut `Amar Rabbi` seperti firman Tuhan Yang Mulia `Katakan ruh itu termasuk urusan Tuhan ku` (QS,Al Isra` 17:85). Oleh yang demikian inginku tegaskan `pangkal iman dan ilmu ialah Zikirullah (Ingat kepada Allah)’.

76. Oleh itu jika kau dan aku boleh memunculkan kejiwaan yang baik dan mulia mengikut fitrah al-munazzalat itu maka akhlakmu akan selari dengan perintah Al-Quraan. Kerana jika sungguh-sungguh engkau berjalan dengan fitrah al-munazzalat itu, engkau dapat membaca rahsia-rahsia ghaib (bermukasyafah) melalui pancaran cahaya murnimu saperti sabda Rasulullah s.a.w., `Bahawa firasat orang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah’  (HR.At Tirmizi).

77. Oleh itu sebenarnya apa-apa pengetahuan kebaikan dan kejahatan yang tersebut di dalam Al-Quran yang suci sudah ada gambarannya dalam fitrah ruhmu yang sejati yakni jiwa sucimu. Oleh itu rujuklah selalu Al-Quraan kerana ia memperkuatkan lagi keyakinanmu kepada kebenaran Tuhan dan kebenaran RasulNya dan kebenaran kata-kata ku ini.

Firman Allah , `…demikianlah, supaya kami perkuatkan hatimu dengannya` (AL-Quran:25:32.)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s