KITAB Diri empat

KITAB ILMU MAKRIFAT TO’GURU PERAMU

Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa pengarangnya tetapi ada disebutkan sebagai ILMU DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU. Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu lama dengan ejaan jawi lama. ( contoh ba wau mim bukan bom tetapi bumi )Fakir tidak pasti sama ada manuskrip ini benar benar hasil karangan Tok Guru Peramu atau ditulis oleh orang lain yang merujuknya sebagai Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu. Namun fakir membiarkan perkara penulis ini sebagai satu persoalan yang tidak dapat fakir selesaikan dan menganggapnya manuskrip itu sebagai satu bahan sumber ilmu yang bernilai yang barangkali ditulis atau bersumberkan ilmu dari Tok Guru Peramu yang terkenal itu.Namun begitu perlu ditegaskan bahawa apa apa juga pendapat, fahaman dan tafsiran manuskrip ini merupakan pendapat, fahaman dan tafsiran penulis manuskrip dan bukannya pendapat , fahaman dan tafsiran fakir.Ada juga terdapat beberapa bahagian dan tulisan khususnya ayat ayat Al-Quran dan hadith hadith yang ditulis mengikut tulisan Arab yang tidak dapat fakir masukkan dan salin kedalam entri kerana kelemahan fakir sendiri dalam perkara ini. Jadi yang diambil hanyalah terjemahan ke- Bahasa Melayunya sahaja.KESIMPULAN HATI

Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sum’ah Lawannya Bid’ah
Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat

Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.

KEDUDUKAN NIATBahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :-QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkanTAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.

Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.

Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.

Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.

TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah ) didalam solat
b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.c. SEMPURNA bacaan FATIHAH
SAH SOLAT

a. Sah solat kerana SAH WUDHU’
b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM

Nota oleh Fakir – S = Soalan , J = Jawapan  S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?J Tiga Perkara :-a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggotaS Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?

J Empat perkara :-

a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadath Besar

S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?

J Empat perkara :-

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Ridha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.

S Apakah yang membinasakan Islam ?

J Empat perkara :-

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian…….

BAHAGIAN PERTAMA :-

Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA

Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.
Pertama 40 hari hendak mati
Kedua 7 hari hendak mati
Ketiga 3 hari hendak mati
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA

Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui
Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu
Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu
Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu
BAHAGIAN KEEMPATHendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR AF’AL yakni La Ilaha Illallah
Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA’ yakni Allah Allah Allah
Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu
Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMAHendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkaraPertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.
MUHAMMAD…………..Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.
Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita
Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH……………..

Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa
Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.
FUAD…………….

Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada MATA HATI pada JANTUNG.
Didalam jantung ada FUAD
Didalam Fuan ada CAHAYA
Didalam Cahaya ada RAHSIA
Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-Al Insanu Sirri…Wa Ana Sirruhu
Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :-Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKUSabda Baginda Rasul :-Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.

RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD (MIM AWAL )Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat
Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA
Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH
Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH…( Alif Ha )
KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk
Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )Artinya ASMA’ HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT tatkala Sujud
Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT
KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )AF’AL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat
Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim )
KEJADIAN DIRI.Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian
Bahagian Pertama1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi
Alam Jabarut3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani
Tubuh halus4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir

Bahagian Kedua

1 Wujud Wujud mutlak – Wujud Hakiki – Wujud Idhafi Wujud Tajalli2 Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom
Al-Asma’3 Nur Nur AlHadi – Nurul quddus – Nur hadi – Nur Al-bayan4 Suhud Suhud Al-Ain – Suhud Khadafi – Khaliq Al-Asmat
Suhud Taufil
Bahagian Ketiga

1 Angin Angin Niat –Angin Padtar – Angin Sarsa – Angin Serul2 Api Al-Hayat – Al-Muja – Sajin3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain4 Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin – Arbail baasir – Tiin Siipaab
Bahagian Keempat1 Di Jadi Ruh Masripah – Tubuh – Af’al2 Wadi Jadi Tulang – Tariqat – Hati – Asma’3 Mani Jadi urat – Haqiqat – Nyawa – Sifat4 Ma’nikam Jadi Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat

Bahagian Kelima

1 LA ( Laf Alif )Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah2 ILAHA ( Alif Lam Ha )Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur3 ILLA ( Alif Lam Alif )

Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy

4 Allah ( Alif lam Lam Ha )

Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah

KEJADIAN BENIH

HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il MullahAdapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh petala bumi- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari- kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari- kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari

- kemudian Manikam itu jatuh TA’AYUN HATI berupa air 3 hari

- kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam

- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF

- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama Manikam

- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al insanu sirri wa ana sirruhu

- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.

BILA AKHIR HAYATBila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.Maka jawablah :-YA ANA LA ILA HA ILLALLAH – 3 kali

Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali

Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali

Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA….serta terus kita memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).

Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah.

ALHAMDU …..( Alif – Lam – Ha – Mim – Dal )
ALIFHuruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri . Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAMHuruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD. Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA
HAHuruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn – TANAH. Istanayna pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.
MIMHuruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA ( Cahayanya )
DALHuruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH
ZIKIR QALBIDua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI
ZIKIR RUHDua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA
ZIKIR SIRRDua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA
ZIKIR KHOFIDua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI
ZIKIR AKHFADitengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI
ZIKIR NAFASAntara 2 kening meliputi sekalian kepala
ZIKIR KHALIAHDi ubun ubun meliputi sekalian jasad
20 SIFAT DI DALAM DIRI
1 WUJUDBadan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia
2 QIDAMRUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam
3 BAQA’RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI
4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITHRUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri
5 BINAFSIHIRUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI
6 WAHDANIATRUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI
7 KUDRATRUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADATRUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri
9 ILMURUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ10 HAYATRUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA’BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi
12 BASARPANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri
13 KALAMRUH MA’NIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia
14 QADIRUNWUJUD MA’NIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku
15 MURIDUNILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku
16 ALIMUNDARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
17 HAIYUNAmalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
18 SAMIUNBersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku
19 BASIRUNRAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
20 MUTAKALLIMUNGhaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.Firman allah :-Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal AkuAllah juga Berfirman :-Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik…pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin

Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.

Perkara itu ialah :-PertamaMengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.Keduasentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

Ketiga

sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.

Keempat

Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.

Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.

RAHSIA DI DALAM DIRI Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUSSesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA – AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

WUJUD

WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA

WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.

Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.

Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.

Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.

Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG

Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR

Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK

Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar benarnya t

Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH

Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.

PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH
NABIAdapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFATAdapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA – Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada ZAT ALLAH.
ASMA’Adapun ASMA’ itu Nama NamaNya.
AF’ALAdapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.
RASULLULLAH – Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT.
ZATAdapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam – SIRRULLAH namanya.Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :-Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA’ ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AF’AL ALLAH itu TUBUH pada kita.Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.

ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.

Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.
Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH – BAPA dan IBU.

DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’alYaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah – Melihat & MendengarDATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa

DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA

1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir

Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.

YANG MATI – YANG HILANG – YANG TINGGAL – YANG PULANG

YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.

YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang & Kulit

YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat

YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya

HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
HENING itu apa ?Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kitaMaka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.

Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.

QASADAdapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RIDAdapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud

Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.

ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ……( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-

Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.

ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI

Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku

Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.

Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.

TA’YUNAdapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )

Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.

Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.

HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT

Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.

Yang menyembah itu FANA’ – yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )

Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.

Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.

TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.

MEMULANGKAN AMANAH.Hadith Qudsi yang bermaksud :-1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATIAdapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.

Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.

Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.

Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.

Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.

Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.

Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH

DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH

A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD YANG KASARa. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa
c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa
d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSANa. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan
f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan
g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH

Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian AlamLA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT AllahFA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah AllahBarang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD

Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain.

Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu

ALLAH  - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH
ALLAH – Alif – Lam –Lam- Ha

ALIF itu AHDIAH ZATLA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUDAdapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak TANZIL.LAM AWAL = ALIF DIATASAdapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.

LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH

Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada huruf Alif Di-Atas.

Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha

ALLAH HU AKBAR

ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat SifatALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA’
HA = AF’ALAKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMALALLAH = GHAIBUL GHUYUB

ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT TUBUH = JASAD

ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN

SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN

ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN

AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN.

Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.

Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.

DARI … Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU -
ENTRI KEENAM BELAS ( 16 – TERAKHIR. )

HAKIKAT FATIHAH…………….
Ia Menyatakan DIRI

BISMILLAH…………..Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.

ALHAMDULULLAH…….

Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.

RABBUL ALAMIN…………….

Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.

AR RAHMAN – AR – RAHIM………..

Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.

MALIKIYAU MID DIIN…………..

Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar…engkaulah kerajaannya.

IYYA KANA’ BUDU…………….

Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..

WA IYYA KAA NAS TAA IIN….

Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada…

IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM…

Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku

SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..

Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..

Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu

WA LAD DHAL LIN…

Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..

AMIN..

Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.

Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.

Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.

Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-

Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.

KITAB Diri tiga

 KITAB ARWAH TO’KU PALOH

Bismillah Hirrohman Nir Rohim.
~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita??
Jawab:
~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita.
~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita.
~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita.
~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-
~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah.
~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah.
~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah.
~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa?
Jawab:-
~Adapun kejadian syariat itu daripada air.
~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin.
~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )
~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.
Soal-
Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi?
Jawab:-
Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut
itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad.
Soal-
Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin
utara,selatan,timur,barat atau sebagainya??
Jawab:-
Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut
diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.
Soal-
Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning
pasir dan lain lain lagi?
Jawab:-
Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah
Tubuh Muhammad.
Soal-
Makrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau
lampu atau api elektrik?
Jawab:-
Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad.
~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu
 tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah.
Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:-
~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita.
~Air itu menjadi tulang pada kita.
~Angin itu menjadi urat pada kita.
~Api itu menjadi darah pada kita.
Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang.
Soal-
Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang?
Jawab:-
~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang.
~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang.
~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang.
~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang.
Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir.
Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad
hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya
semata2 tubuh Muhammad itu rohani.
Soal-
Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita?
Jawab:-
Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama
rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh
Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu
diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang
5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya.
Sabda Nabi SAW
Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir
Allah,maka sia sialah ia.
Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai
kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah )
Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala
masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk
nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah
olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam
berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian
badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah
anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya
pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala
mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan
Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam
kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau
daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan
bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu.
Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada
malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam
12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad
Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya.
Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah
Taala pintu neraka yang 7 juga.
Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala
dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan
yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir.
Sabda Nabi SAW
( Ana min Nurrullah wal alami Nurri )
Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku,
sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh.
Adapun yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa,kerna nyawa itu
memerintah kepada badan kita,jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita.
Adapun Awal Muhammad itu Nurani. Akhir Muhammad itu Rohani. Adapun zahir Muhammad itu Insani.
Adapun Batin Muhammad itu Rabbani.
Adapun awal Muhammad itu nyawa oleh kita.
Adapun akhir Muhammad itu hati kepada kita.
Adapun zahir Muhammad itu rupa oleh kita.
Adapun batin Muhammad itu ujud oleh kita.
Adapun yang bernama Allah itu sifatnya.
Adapun yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud
Adapun yang bernama insan itulah nyawa.
Adapun yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya.
Maka inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan segala
orang yang mengenal Allah Taala.
Soal-
Tatkala manakah ia bernama ‘ HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Allah ‘ dan
tatkala manakah ia bernama ‘ Rahman ‘.
Jawab:-
Tatkala ‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal
nyatanya ia bernama ( Allah ) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama
( Rahman )
Soal-
Akan La Takyin itu martabat apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu
martabat apa?
Jawab:-
Adapun La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat
zat( Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid )
Soal-
Mana yang bernama zat mutlak dan mana yang bernama zat Muqaiyyid dan mana yang
bernama Sifat Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun yang bernama Zat Mutlak iaitu (Qaibal Quyub) atau lenyap.Maka zat Muqaiyyid
itu Muqaiyyid dengan sifat dan asma dan Muqaiyyid dengan alam ini.
Soal-
Apa sebab 3 martabat itu dikatakan oleh pendita,tiada ia kepada baharu ujud?
Jawab:-
Kerana martabat yang 3 itu sebab ia ketuhanan hak Taala daripada ujudnya dengan
cahaya dan jauhar dan a’rad supaya jangan sama.
Soal-
Betapa beza hakikat Muhammad dengan Hakikat Insan?
Jawab:-
Adapun Hakikat Muhammad dengan Insan itu umpama sumbu maka ada nyala di hujung
sumbu itu,demikian juga hakikat Muhammad dengan Insan,maka yang lain itu hakikat
Allah maka sempurnalah hakikat Makrifat diri kita dengan dia.
Soal-
Ahdiat,Wahdah,Wahdiat itu ketuhanan kepada Allah??
Jawab:-
Satu ketuhanan zat,kedua ketuhanan sifat,ketiga ketuhanan Af’al asma’
Soal-
Akan alam roh,alam misal,alam ajsam,alam insan,apa kepada Allah Taala?
Jawab:-
Adapun alam roh,alam misal,alam ajsam dan alam insan itu rohul Qudus kerana ia
teladan segala hakikat.
Soal-
Apa martabat Rohul Qudus??
Jawab:-
Bayang hak Allah kerana Pusaka ia yang Asa
Soal-
Apa pusaka mutlak atau pusaka zat Muqaiyyid?
Jawab:-
Iaitu pusaka zat mutlak pandangan zat Muqaiyyid kerana 2 tilik,
1) Tilik keatas maka iaitu Mutlak
2) Tilik kepada Ujudnya iaitu zat Muqaiyyid
Soal-
Apa martabat Muhammad itu kepada kita tilik kita?
Jawab:-
Adapun martabat Muhammad itu kepada kita Roh Idofi dan akan kita Sir Qalbi.
Soal-
Muhammad itu apa kepada Allah dan apa kepada insan?
Jawab:-
Adapun akan Muhammad tilik takyin kepada Allah Taala khatam isyarat kepada kita.
Soal-
Betapa isyarat kepada kita? ( Makfirat )
Jawab:-
Adapun isyarat makrifat itu kepada kita atas 4 hal:-
1) Musyahadah
2) Murakhobah kita
3) Muqarannah
4) Muqabalah
Inilah pekerjaan yang dikerjakan oleh ulamak.
Soal-
Apa sebab dinamakan dengan Musyahadah,Muraqobah,Muqaranah,Muqabalah?
Jawab:-
Adapun sebab itu kerna ia menghasilkan zikir kepada rahsia yang mengzahirkan Baqa
maqam rahsia.
Soal-
Muhammad itu apa ia kepada Allah dan Allah itu apa ia kepada Muhammad?
Jawab:-
Adapun Muhammad itu sifat Allah dan Allah itu zat kepada Muhammad.
Soal-
Hakikat Muhammad itu apa ia dan insan apa ia?
Jawab:-
Adapun sebenarnya diri itu sifat Muqaiyyid ialah yang dinamakan ‘ Akyan Sabitah’
maka Akyan Sabitah itu Hak Allah Taala disempurnakan dengan Hak Allah.
Soal-
Apa dinamakan Hak Taala itu?
Jawab:-
Adapun yang dinamakan Hak Taala yang tiada betapa dan tiada meminta.Inilah
sebenarnya Hak Taala tiada baginya peri,maka hak Taala ( Peri yang maha tinggi )
Soal-
Betapa hak kita kepada Allah Taala?
Jawab:-
Adapun hak kita kepada Taala itu bayang kepada haknya adapun hak kita serahlah akan
bayang-bayangnya.
Soal-
Maka hak itu pula apa kepada kita?
Jawab:-
Apapun hak itu kepada kita zat sekali2.
Soal-
Betapa dikatakan oleh segala ahli hakikat hak Taala itu tuhan kita?
Jawab:-
Sebab dikatakan itu kerana tatkala menilik dirinya menjadi tubuh insan kerana inilah
pihak dikatakan ia tuhan dan pihak ujudnya dikatakan zat.
Soal-
Adakah zat itu berzat pula kepada hakikat Muhammad itu adakah ia berzat?
Jawab:-
Adapun hakikat Muhammad itu hakikat Allah itulah sekali2 ditilik.
Soal-
Apa sebab maka segala insan itu termulia kepada Allah daripada yang dijadikan?
Jawab:-
Adapun manusia termulia dari kerana Rohul Quddus.Inilah dimuliakan Allah Taala.
Soal-
Roh Quddus itu nyawa siapa?
Jawab:-
Adapun roh Quddus itu nyawa Muhammad dan hakikat insan ia,maka sekelian itu ialah
memerintah sekelian isi langit dan bumi.
Soal-
Apa yang nyata Muallim itu?
Jawab:-
Adapun yang nyata di dalam Muallim itu Roh Idofi iaitu cermin yang suci.
Soal-
Apa sebab Roh Idofi itu dinamakan cermin yang maha suci.Dan ditaksilkan dengan
cermin yang maha suci?
Jawab:-
Adapun roh idofi itu ditaksilkan cermin kerana ia nyata bayang2 yang didalam cermin
sebab itulah maka dinamakan cermin.
Soal-
Apa sebab roh Quddus bayang2 Hak Taala?
Jawab:-
Kerana inilah maka dikatakan ia nyawa Muhammad iqtiqad Ulama’.
Soal-
Kerana apa hak Taala itu nyawa kepada insan?
Jawab:-
Kerana teladan ujudnya Hak Taala serupa dengan ujudnya yang berujud insan itu,tetapi
dia dialam bahawa alam tiada berupa.Inilah dikatakan serupa tiada lain yang diserupakan
kerana harus pada akal dan lafaz mengatakan:-
“Nutasabiha wa pairi mutasabih”
Soal-
Ujud yang mana serupa dengan insan itu,Ujud Mutlak atau Ujud Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun ujud yang serupa dengan insan itu ujud Muqaiyyid jua.
Soal-
Yang mana dinamakan Ujud Muqaiyyid itu?
Jawab:-
Inilah Ujud Allah Taala hakikat ujud insan yang dinamakan Muqaiyyid itu kerana ialah
pertambatan hak Taala
Soal-
Apa sebab hak Taala dikatakan oleh segala ahli hakikat dan segala ahlillah insan itu hak
Taala?
Jawab:-
Kerana mengzahirkan akan dirinya kepada insan sifat Allah,Itulah sebab dikatakan itu.
Soal-
Adakah hakikat bertakyin itu sampai ‘Makrifat’ insan itu kesana atau tiadakah?
Jawab:-
InsyaAllah Taala.Mudah mudahan dikurniai hal keadaan yang demikian.
Ketahuilah olehmu hai orang yang menuntut ilmu, jangan syak wasangka.Seperti kata
Ahdah zat,Wahdah sifat Allah,Wahdiat Asma’ Allah,alam roh,alam misal,alam
ajsam,alam insan itu af’al Allah dan af’al Allah itu tubuh pada kita.Asma Allah itu hati
pada kita,Sifat Allah itu nyawa pada kita dan zat Allah itu Sirr pada kita yakni rahsia
pada kita.
Adapun Sirr itu pada kita tempat tajali zat Allah roh pada kita tempat tajali sifat Allah
hati pada kita etmpat Tajali Asma’ Allah,  tubuh pada kita tempat tajali Af’al Allah
Adapun sempurna niat tiada diatas tiada dibawah tiada dikanan tiada dikiri tiada
dibelakang tiada dihadapan.
Ertinya:- Asa kan sama dengan akalmu lenyapkan badanmu dengan nyawamu,pejamkan
pandanganmu mata disana,lumatlah rupamu ertinya barang siapa menghasilkan kata
empat itu didalamYakni fikirannya.Nama ( Khassa khass )
Diri Batin:-
Adapun diri yang batin itu iaitu nyawa daripada anasir yang batin iaitu ujud,ilmu nur
suhud yang dinamai ia insan hakikat.Adapun diri kita yang zahir itu umpama sebuah
perahu diperintah oleh nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.
Adapun 7 sifat itu ialah Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat,Samak,Basar,Kalam maka yang 7 sifat
dikurniakanAllah Taala kepada nyawa kita supaya kuasa ia memerintah tubuh kita itu
kerana bahawa tubuh kita itu semata-mata wayang kulit tiada mempunyai perintah
melainkan dengan perintah Dalang.Dan adalah nyawa itu umpama pesawatnya kerana
dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada zahir hikmat dalang itu maka jangan lah
terhenti memandang pesawat itu( Makrifat yg sebenar2 nya.)
Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan
dalang jikalau bercerai nescaya binasa wayang itu tiada berketahuan lagi.Demikianlah
keadaan hamba dengan tuhan sentiasa tiada bercerai daripada azali datang kepada Abda.
Inilah pasal menyatakan sembahyang dan mengetahui asal sembahyang dan mengetahui
segala Fardhu sembahyang.
Soal-
Jika ditanya orang sembahyang itu dengan solat,satu namakah atau berbeza?
Jawab:-
Adapun pada pihak lafaznya itu berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua.Tetapi yg
dinamakan solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir.
Soal-
Jika ditanya orang apa asalnya Subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3
rakaat dan isyak 4 rakaat?
Jawab:-
Adapun sembahyang subuh itu 2 rakaat kerana kenyataan zat dan sifat.Sembahyang
Zohor 4 rakaat kerana Tajali Tuhan itu 4 perkara iaitu
Hayat,Kudrat,Ilmu,Iradat,Sembahyang Asar 4 rakaat kerana asal Adam itu 4 martabat
iaitu Tanah,air,api,angin.Dan sembahyang maghrib 3 rakaat kerana 3 perkara
Ahdah,Wahdah,Wahdiyat ertinya (Allah,Muhammad,Adam ) dan sembahyang Isyak 4
rakaat iaitu ( Di,Wadi,Mani,Maknikam )
Soal-
Jika ditanya orang kepada kita sembahyang itu apa faedahnya kepada kita yang
mengerjakan dia itu dan apa kehendak kita?
Jawab:-
Adapun disuruh kita sembahyang itu iaitu tiada memberi manfaat kepada Allah Taala dan
tiada mengambil faedah atasnya.Adapun faedahnya sebab kita mengerjakan sembahyang
itu sebab kita sebenar2 hamba lagipun kita mengaku akan Allah Taala itu Tuhan yang
sebenar2nya lagi Asa ia zatnya,sifatnya,Af’alnya,iaitu seperti firman Allah didalam Al-
Quran:-
(Alastu Birobbikum Kholu Bala )
Ertinya- Bukankah aku tuhanmu,maka sembah segala zuriat(engkaulah lah tuhan kami )
Maka hendaklah kita sembahyang itu dengan ikhlas,ertinya tiada sebab berkehendak
syurga dan sebab takut akan neraka hanya kita ini martabat kehambaan maka Allah itulah
tuhan kita yang sebenar2nya jika tiada demikian itu nescaya berdosalah kita dengan tuhan
kita.
Soal-
Berdiri didalam sembahyang itu apa asal?
Jawab:-
Bermula berdiri itu daripada api asalnya.Rukuk itu angin asalnya.Sujud itu Air
asalnya.Duduk itu Tanah asalnya.
Soal-
Api,angin,air,tanah itu apa pada kita?
Jawab:-
Adapun api itu nyawa kita,angin itu jadi nafsu kita,air itu jadi darah kita,tanah itu jasad
yakni badan kita.
Soal-
Berdiri itu perbuatan apa,rukuk itu perbuatan apa,sujud itu perbuatan apa,duduk itu
perbuatan apa?
Jawab:-
Adapun berdiri itu kebangkitan pada nyawa,rukuk itu kebangkitan pada nafsu,sujud itu
kebangkitan pada darah dan duduk itu kebangkitan pada jasad kita
Inilah af’al nabi SAW.Rasullullah kepada Abu Bakar,Omar,Osman,Ali ( Radiallah )
maka sabdanya barang siapa mengetahui Tajali waktu ini maka sempurnalah sembahyang
dan makrifatnya.Dan jika tiada diketahui maka tiada sah sembahyang dan
makrifatnya.Maka inilah yang bernama Fardhu.Maka inilah yang asal fardhu dan juga
inilah Tajali waktu maka sembah Ali Ya Junjunganku.Apa sebab Subuh 2 rakaat,zohor 4
rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.Maka sabda nabi,Ya Ali,Subuh 2
rakaat kenyataan zat dan sifat,waktu zohor 4 rakaat kerana tajali Tuhan 4 perkara
Ujud,Ilmu Nur,Suhud.Waktu Asar 4 rakaat kerana 4 perkara,Tanah,air,api,angin.Waktu
maghrib 3 rakaat kerana tajali 3 perkara Ahdah,Wahdah,Wahdiat ertinya
Allah,Muhammad,Adam(Zat,Sifat,Af’al).Waktu Isyak 4 rakaat kerana tajali Hamba itu 4
perkara ( Di,Wadi,Mani,Maknikam ).
Soal-
Jika ditanya orang mana asal sembahyang itu?
Jawab:-
Adapun asal sembahyang itu ( 4 ) Tanah,air,api,angin.
Soal-
Jika ditanya orang apa perbuatan sembahyang itu?
Jawab:-
1) Kiyam yakni berdiribetul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk iaitu yakni tetap.
Maka kiyam itu yakni berdiri betul iaitu af’al api,kerana api menyala betul berdiri.
Rukuk itu pula af’al angin kerana angin itu condong betul.
Sujud itu af’al air kerana air itu menolak kebawah dan duduk pula af’al tanah kerana
tetap dibawah.
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu itu keluar daripada apa?
Jawab:-
Bermula 5 waktu itu keluar daripada Alif,Lam,Ha,Mim,Dal.( 5 huruf )
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu keluar dari apa,Zohor,asar,maghrib,isyak?
Jawab:-
Adapun waktu zohor itu daripada huruf ( Alif )Asar itu daripada huruf ( Lam ),Maghrib
itu dari huruf ( Ha ),Isyak itu dari huruf ( Mim ) waktu subuh pula dari huruf ( Dal ).
Soal-
Jika ditanya orang apa sebab bacaan waktu zohor dan asar tidak dinyaringkan dan apa
sebab waktu maghris,isyak,subuh bacaan dinyaringkan?
Jawab:-
Sebab waktu zohor keluar dari huruf ( Alif ).Waktu Asar keluar dari huruf ( Lam ) maka
huruf alif dam huruf lam keluar daripada lafaz nama Allah.Kerana Alaah Taala tiada
bertakyin kerana batin adanya.Maka sebab itulah sembahyang zohor,asar itu
disembunyikan yakni tiada dinyaringkan.Adapun waktu maghrib,isyak,subuh itu
dinyaringkan kerana waktu yang 3 itu keluar daripada huruf ( Ha,Mim,Dal )kerana 3
huruf ini huruf Muhammad ( SAW )
Kerana Muhammad itu tuhan takyin dan segala takyin itulah mengzahirkan nama Allah
dan takyin itulah juga menyatakan zat,sifat,af’al daripada nyatanya.
Itulah sebab sembahyang maghrib,isyak,subuh dinyaringkan,kemudian disembunyikan
segala takyin itu daripada takyin.Maka kembalilah kepada takyin seperti sabda nabi(Alan
Kama) kata takyin sekarang pun dahulu jua tiada bertakyin juga.Kerana zahir itu kembali
kepada yakin pertamanya.Maka kita bertafakur kemudian disunyikan,barangsiapa tahu
akannya hakikat yang demikian,maka tahulah ia akan hakikat sembahyang.Sekian
adanya.
Bismillahhirrohmanirrohim
Ini pasal menyatakan kiblat orang sembahyang itu 3 perkara:-
1) Kiblat tubuh
2) Kiblat hati
3) Kiblat nyawa
1) Adapun kiblat tubuh itu atau kiblat dada itu kaabah,maka segala orang yang
sembahyang hendaklah mengadapkan kiblat ini.Jikalau tiada kiblat ini maka tiada
sah sembahyangnya.Maka hendaklah dadanya,segalanya
anggotanya,urat,daging,darah,tulang semua segala anggotanya sebab difardhukan
oleh Allah Taala segala orang islam mengadapkan dia maka sah sembahyangnya.
2) Kiblat Hati:-Adapun kiblat hati itu kepada tuhan Kaabah Allah maka hendaklah
kita iktikadkan Allah Taala tiada dikanan,tiada dikiri,tiada dihadapan,tiada
dibelakang,tiada diatas,tiada dibawah bahkan tiada ditentukan disuatu tempat ia
jua melainkan meliputi alam selian ( Ahadon Shomadan ) seperti firman Allah
( Wallahhumuhithom Anil alamin ) ertinya-Allah meliputi alam sekelian.Firman
Allah lagi ( Wahuwa ma’akum A’innama Kuntum ) ertinya-Allah jua suatu kata
barang dimana saja kamu berada adalah tuhan kamu,jikalau demikian itu nyata
bahawa Allah itu tiada ditentukan akan tempat kepadanya.Suatu tempat tetapi ia
hadir jua.Maka keadaan demikian itu iktikad kita inilah yang dikehendaki hati
kita.
3) Kiblat nyawa:-Adapun kiblat nyawa itu pula sentiasa ia tiada bercerai dengan tuhannya
kerana anugerah oleh tuhannya.7 sifat iaitu hayat dihantarkan kepada nyawa kita maka hiduplah
dengan yang hidup maka dihantar pula ilmu kepad
Hati kita maka tahulah kita dengan yang tahu,maka dihantar pula kudrat kepada
anggota kita maka kuasalah kita dengan kuasanya,maka dihantar pula iradat
kepada nafsu kita jadi berkehendaklah kita yang berkehendaknya.Maka dihantar
pula Samak kepada telinga kita maka mendengarlah kita dengan yang
mendengarnya,maka dihantar pula Basar kepada mata kita maka melihatlah kita
dengan melihatnya maka dihantar Kalam kepada kita maka berkata-katalah kita
denagn berkata-katanya.Maka ditakyinkan kepada iktikad kita yang berkata-kata
inilah Allah Taala.Apabila engkau ketahui hal yang demikian maka hendaklah
engkau ketahui fanakan dirimu itu segala perbuatanmu itu didalam Af’al Allah
semata-mata maka hapuslah,karamlah,lenyaplah sifat itu didalam sifat
Allah.Maka sifat Allah semata2 tiada sekali2 sifat kita,maka hapuskanlah zat sifat
kita didalam zat Allah.Biarlah tinggal zat Allah semata2 kerana kita tanah
kembali kepada Adam sedia kala.
Maka kata olehmu ( Allah Hu Akhbar )itulah bernama sembahyang orang
( KhasulKhas ) namanya maka peroleh makam fana jati dan makam Tabdul
Kalam Allah.Jikalau tiada demikian maka tiada sah sembahyangnya maka tiliklah
sembahyangnya.Ia menyembah huruf dan suara dan menyembah bayang yang
Asa.Maka sempurnalah ibadatmu dan amalan mu itu kepada Allah Taala kerana
inilah dinamakan sembahyang-Hai saudaraku,ketahuilah olehmu akan sempurna
sembahyang itu tiada sah sembahyang itu tiada niat,dan ikhlas,melainkan dengan
hati dan tiada diterimanya hati itu dengan ilmu dan takyin.Adapun erti hati itu
Ikhlas ilmu dan makrifat itu ialah rohani,maka ketahuilah olehmu bahawa
sekelian perbuatan itu dengan niat dan tertib.Tertib itu daripada Qasad dan Qasad
tertib itu daripada hati yang tatif iaitu rohani.
Adapun cita2 terdahulu daripada niat dan Qasad itu pula 3 bahagi
1) Qasad nafsu
2) Qasad kiblat
3) Qasad roh
Adapun Qasad roh didalam rahsia adapun tatkala berdiri sembahyangnya itu maka
kita hapuskan dan lenyapkan perbuatan kita didalam af’al Allah,maka tinggallah
af’al Allah semata2 dan kudratnya.Maka kata olehmu Allah Hu Akhbar makam
hanaak jati dan makan pana mikraj mikraj tabdul dan makam Islam maka peroleh
lazat dan citarasa baginya.
Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan kepada Allah Taala itu 4 jalan
1) Jalan Syariat
2) Jalan Tarikat
3) Jalan Hakikat
4) Jalan Makrifat
Adapun syariat itu kata2 nabi2
Tarikat itu perbuatan Nabi
Hakikat itu tempat kediaman nabi
Makrifat itu ialah rahsianya.
Adapun istana syariat itu lidah,Istana tarikat itu hati,Istana Hakikat itu nyawa,Istana
Makrifat itu kelakuan Nabi.Meliputi dengan semata2 sekelian alam inilah dinamai jalan
yang 4 itu.Maka hendaklah kita ketahui dan kenal dengan hatinya.
Bermula syariat itu kerja tubuh,tarikat itu kerja hati,hakikat itu kerja nyawa dan makrifat
itu kerja rahsia.
Soal-
Jika ditanya orang apa dijunjungan islam?
Jawab:-
Adapun dijunjung oleh islam itu Titah yang 4 bahagi
1) Syariat yang dijunjung oleh anggota islam
2) Tarikat dijunjung oleh hati islam
3) Hakikat dijunjung oleh nyawa islam
4) Makrifat itu dijunjung oleh orang yang mengetahui islam yang 4
Maka inilah orang yang dinamakan ( Sho Fi Daari ) ertinya hidup kepada 2 negeri maka
orang inilah dinamakan orang segala orang yang arif ( Ya Allahi Khasu Khass)ertinya
pilihan dan mukmin shodiq mukmin yang sebenar maka inilah yang dikatakan
bergantung pada tali Allah.Allah yang tiada berputus musyahadah dan muqabalah dan
muraqabah dengan hak Allah Taala daripada Aadam kepada ujudnya.Daripada ujud
kepada aadamnya tiada bercerai tiada bertemu tiada lain daripadanya.Dan lagi Allah
Taala menjadikan sembahyang seperti nabi Ahmad Muhammad pun namanya.Maka
Ahmad itu 4 huruf Alif,Ha,Mim,Dal,maka berdiri itu seperti Alif,rukuk itu seperti
Haa,Sujud seperti Mim,duduk seperti Dal,demikian 4 itu.
Adapun tubuh manusia itu yakni tubuh Adam alai hissalam.Asal kejadian dari 4 anasir
tanah,air,api dan angin.
Adapun tanah itu tempat nyawa ujud Allah yang bernama Hakim ertinya yang tahu pada
hukumnya.Adapun air itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Muhyi yag yang hidup.
Angin itu tempat nyata ujud Allah yang bernama Qaiyum ertinya yang kuasa.Api itu pula
tempat nyata ujud Allah yang bernama Aazim.Maka hendaklah ditilik dan dilihat kamil
mukamil itu seperti memilik ia kepada bercerai maka ia melihat berhimpun 4 itu kepada
insan maka ia menilik kepada insan dilihat dengan mata hati pada insan ujud Allah yang
bernama Allah inilah isyarat hadis nabi ( Man nazara ila Sai in Walam yarallah fi fahuwa
batiun )Barangsiapa memilik kepada sesuatu tempat tiada dilihat Allah pada maka iaitu
batal.Inilah arif kamil mukamil tiada berputus dirinya,hatinya,nyawa,dan rahsianya
itu,berkehendak kepada yang bernama Allah.
Adapun diri kita 2 bahagi
1) Diri berdiri
2) Diri terperi
Maka berdiri itulah sifat kehambaan yang jadi daripada 2 ibubapa kita asal daripada
mani,tatkala masuk kedalam rahim ibu 40 hari,nutpah namanya.Genap 80 hari Alagah
namanya ertinya Darah berkumpul.Genap 120 hari Mudqah namanya ertinya daging tiada
bertulang.Kemudian daripada manusia dirupakan Allah Taala akan dia yang kehendaki
merupakan dia dan tanah sempurnalah kejadiannya.
Maka dititahkan nyawa masuk kedalam dengan dikehendaki ,dan apakala masuk nyawa
kedalam ibunya maka dikeluarkan Allah daripada perut ibunya kepada alam wasitah
seperti orang yang telah jaga dari tidurnya.Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah
dilihatnya maka ia pun menangis.Sebab suaranya itulah bernama insan.Tatkala ia tahu
menangis Muhammad namanyatatkala inilah dijadikan Allah ( Ahlil Sunnah Waljamaah )
Tatkala ia tahu menyusu ( Sipiah namanya ) tatkala ia tahu berkata-kata kitab
namanya.Kerna tatkala itu nyata rupa semasa dalam kandungan ibunya inilah yang
dikenalnya itu,tatkala ia pandai meniarap Hanafi namanya,tatkala ia tahu duduk Malik
namanya,tatkala tahu berdiri Hambali namanya,tatkala ia boleh merangkak Syafie
namanya.Inilah jalan aman yang 4 itu,dijadikan Allah Taala tatkala dalam peliharaan
ibubapa tahu berlari Shorih namanya.Kerana tatkala itu suatu pun tiada menkhabarkan
diri ada kelebihan didalam rahim ibunya.
Maka tatkala sudah cerdik boleh berjalan berlari,pandai berkata2 maka tatkala itu leka ia
dengan dunia dan lupa ia akan dirinya.Maka masuklah kedalam dunia ini hilanglah ilmu
itu menunjukkan diri kita yang terperi itu Araad jua.Segala guna yang ada ini tiada kekal
ia pada kedua masuk dan kurang itu 1 alam jasmani jua bukan alam rohani kerana alam
jasmani itu tempat nyata alam rohani,ertinya ( alam jasmani,alam rohani ) maka telah
ketahui bahawasanya keadaan kita insan bahawasanya alam rohani itu tetap selama2nya
Tiada berubah,tiada kurang daripadanya.Inilah diri kita dengan terperi dengan segala peri
mulia.Adapun diri terperi itu tiada makan,tiada minum,tiada beristeri,tiada beranak,tiada
beribu,tiada tidur,tiada mati,maka diri kita inilah dikurniakan Allah Taala sifat 2 x 7.
Maka dengan sifat inilah diri berdiri itu umpama perahu diperintah oleh
nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.Adapun sifat 2 x 7 dikurniakan Allah
Taala kepada roh iaitu sifat Ma’ani dan sifat Maknawiyah itulah dikurniakan Allah Taala
roh kita supaya kuasa memerintah jasad kita.Semata2 wayang kulit.tiada yang empunya
perintah melainkan dengan perintah Tok Dalang jua.Dan roh adalah umpama menutup
dalang itu jikalau tiada pesawatnya.Nescaya tiada akan zahir hikmatnya memandang
pesawat itu.Maka hendaklah Makrifat yang tahkik kerana dalang itu tiada bercerai
dengan wayang dan wayang itu tiada bercerai dengan dalangnya.Seketika juapun,jikalau
bercerai nescaya binasalah wayang itu.Demikianlah juga keadaan hamba denagn
Tuhan.Sentiasa tiada bercerai daripada asal datang kepada Abda’ inilah firman Allah.
(Wahuwa Maakum Anama kuntum ) ertinya Allah serta kamu barang dimana kamu.Dan
martabat Sani pun serta kita maka Allah Fardhukan kita pandangan jangan lalai serta
hamba dengan tuhan daripada azali datang kepada Abda’,kemudian daripada itu ketahui
olehmu akan nama Allah akan nama Allah dan Muhammad.Adapun nama Allah ini 4
huruf iaitu Alif,Lam,Lam Haa dihimpun (Allah).demikian suatu Allah dan lagi insan pun
5 jari kelingking huruf alif,jari manis huruf lam,dan jari tengah huruf lam akhir dan
telunjuk dan ibu jari itu huruf haa.Demikianlah suatu Allah pada jari tangan kiri kanan
dan kaki kiri kanan itu jua huruf insan itu nama ( Allah ) dan nama rasullullah kerana
firman Allah didalam hadis Qudsi iaitu jasmani insan.
Tubuh manusia,nafsu,hati,nyawa,melihat,lidah,tangan,kaki semuanya itu aku nyatakan
bagi diriku maka tiada insan lain daripada aku dan tiada aku lain daripadanya.Maka
sebenar2 insan itu Muhammad.Maka Allah Subhanawataala itu tajalilah ia kepada insan
itu seperti firmannya ( Al insanin siri waana sirrhu ) ertinya insan itu rahsiaku dan rahsia
aku rahsianya.Lagi ( Al insannu sirri wana sirri wasifatu la qairuh ) ertinya-insan itu
rahsiaku dan sifatnya sifatku tiada lain daripadaku.Demikian kemuliaan insan kepada
Allah Taala maka hendaklah ketahui keadaan rahsia Allah itu jikalau tiada ketahui
nescaya didalam dosa yang amat besar seperti sabda nabi ( Ujuduka zambuu la
yuqasabihi zambun ) ertinya-Adamu rasanya yang sebagai denagn dia rasa sentiasa rasa
engkau,engkau didalam rasanya.
Didalam kebaktian sekelian pun kerana kebaktian jikalau tiada ilmu maka tiada
sempurnalah kebaktian kepada Allah Taala kerana ini sabda nabi ( Al ilmu rohu wal amal
jasad ) ertinya-Ilmu itu nyawa dan amal itu tubuh yakni jikalau tiada nyawa maka tiada
dapat tubuh itu bergerak.Demikianlah kebaktian pun jika tiada dengan tiada
sempurnanya.Adapun nama Muhammad itu pada tubuh kita ada 4 huruf
mim,haa,mim,dal.Adapun kepala kita huruf mim,tangan kita huruf haa,pinggang itu huruf
mim akhir dan peha kedua itu huruf dal.Demikianlah didalamnya.Tiada lain daripada
nama Allah dan nama Muhammad maka tiliklah nyata2 dengan memohonkan kerana
Allah Taala tuhan yang sebenar2nya.
Adapun rahsia itu tersembunyi nyawa,nyawa dan rahsia tersembunyi pada tubuh maka
inilah ( Tanzil ) yakni pandangan turun pada taqwa.Yakni pandangan naik.Maka
pandangan badan menunjukkan hati,hati menunjukkan nyawa,nyawa menunjukkan rahsia
dan rahsia menunjukkan ujud Allah Taala.Maka zikirlah ( Lailaha illa Allah ) tiada tuhan
hanya Allah.
Sabda nabi,barangsiapa tiada tahu akan sembahyang maka iaitu sia2lah sembahyangnya
kerana sembahyang 5 waktu itu rasullullah empunya waktu,rasul 5 waktu Allah jadikan
dia dahulu daripada 70000 tahun dahulu lamanya iaitu dari 4 bangsa
Kudrat,Iradat,Rahmat,Hibatnya.Maka tilik Allah akan 4 itu menjadikan 5 rupanya iaitu
Putih,kuning,merah,hijau.Bermula putih waktunya subuh.Kuning waktunya zohor,merah
waktunya asar,Hijau waktunya maghrib dan hitam waktunya isyak.Semuanya ini pada
tubuh manusia ( tubuh kita ) maka sebab itulah berdiri,rukuk,sujud,duduk kerana Allah
Taala menjadikan Nabi Adam itu daripada 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Maka berdiri
itu peri api kerana api nyala tegak menjulang keatas,rukuk itu perbuatan angin betul
condong,sujud itu perbuatan air kerana air itu mengalir kebawah dan duduk itu itu
perbyatan tanah kerana tanah atau bumi.Demikianlah asalnya orang (Ahlul Hakikat ).
Adapun berdiri itu daripada huruf alif,rukuk itu daripada huruf lam,sujud itu daripada
huruf haa.tomakniah itu dari huruf mim,duduk itu dari hurf dal.Adapun asal waktu yang 5
itu daripada alif,lam,haa,mim,dal.Adapun waktu zohor itu huruf alif maknanya dari ujud
waktu asar daripada hurf lam,makna daripada ilmu Allah.Waktu maghrib itu daripada
huruf haa makna kudrat Allah,waktu subuh itu daripada huruf dal makna daripada sir
Allah,maka dinamakan isyarat daripada zatnya,sifatnya,asmanya dan af’alnya.Dan inilah
sebenarnya sempurna tuhan namanya maka ketahuilah oleh akan waktu yang 5 itu.Kija
tiada ketahui tiada sah pekerjaannya adapun pertama dijadikan Allah Taala hati dan mata
inilah menjadikan waktu subuh,kemudian dijadikan Allah urat inilah menjadikan waktu
zohor,kemudian dijadikan Allah tulan.Inilah menjadikan Maghrib.Kemudian dijadikan
Allah roh inilah dijadikan Allah waktu jumaat maka inilah berhimpun puji dan sembah
jua adanya.
Adapun kemudian itu wahai saudaraku ketahuilah olehmu dunia dan akhirat akan
perkataan ini ingatkan dan pandanglah didalam rupamu,berjalan,berdiri,bergerak,didalam
sembahyang,didalam berkira.Jangan saudaraku lupakan pandangan itu seketika walaupun
sekelip mata jua pun.Maka kenyataan ini tiada tahu oleh orang.Jikalau tiada guru yang
kasih akan anak muridnya.Maka tiadalah dapat akan perkataan ini tiada boleh didengar
oleh orang lain kerana ilmu kesudahan,maka tiada lagi dikata inilah nama ( Mahmu
Utirida ) ertinya-perhimpunan rahsia yang mulia2.
Inilah rahsia hamba kepada saudaraku maka hendaklah ingat baik2 jangan lupa walau
sekelip mata jua pun seperti firman Allah ( Barang siapa tiada kenal akan milikku itu
nescaya akan bakar akan dia dengan api neraka walau pun ia seorang alim sekalipun dan
barang siapa akan ambil milikku,maka orang itu hampirlah ia dengan aku dan tiada
terlindung dia dengan aku.
Adapun yang bernama milik Allah itu iaitu segala sifat yang 7 pada kita itu ialah barang
ujudnya.Maka barang tiada maujud melainkan dengan ampunya bayang2 maka bukan ia
tetapi lain daripadanya.Maka wajiblah atas kita mengambil hak Allah yang daripada kita
inilah sifatnya yakni jangan ada lagi hidup kita,tahu kita,melihat kita,dan kata2 kita
melainkan hanya Allah Taala.Dengan hakikat hati jua bukan dikata dengan lidah
menyebut zikir La Ilaha Illallah atau Hu Hu atau tatkala
duduk,berjalan,bergerak,diam,makan,minum,maka inilah lafaz menilik bagi Allah
hendaklah kita pandang siang dan malam.Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad Batin
dan zahir,maka yang ada jadi pada tubuh kita hakikat kerana kejadian roh kita dan tubuh
kita daripada Nur Muhammad nescaya Muhammad juga namanya.Maka tiada lain kepada
hakikat dan jadi bertubuh yang batin dan zahir namanya itu kerana nama rahsia itu terlalu
banyak.Allah pun namanya jua.Adapun sebenar2 sifat kepada kita inilah rahsia yang
sebenar2 rahsia yang ada pada kita yang ketahui.Adapun jalan hakikat inilah ( Allah Hu
Akhbar ) inilah sifat af’al tiada lagi hati menyebut dan tiada lagi lidah berkata,hanya sifat
Asma’ hayat,ilmu,kudrat,iradat yang mengatakan.tiadalah hati lagi kerana rahsia Allah
Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat nama rahsia Allah kepada batin kita memerintah roh2
memerintah hati.Hati memerintah tubuh,maka tubuh pun berlakulah berbagai2 kehendak
memerintah sekelian itu,maka makrifat ada dengan sendirinya tiadalah dua ,tiga.Hanya
Allah memuji dirinya sendiri tiadalah kita lagi rasa hati dan tubuhnya maka jangan
diingatkan lagi hanya Allah yang ada itu kerana Allah yang bernama rahsia itu
kehendaknya kita menjadi serasi dengan dia.Jikalau tiada serasi siapa kita hendak lagi
kerana rahsia yang dapat melihat Allah Taala mengenal Allah,Memuji Allah,hendaklah
bagi kita rahsia Allah kepada kita itu jadi serasi yang hendak berzikir berbagai2 rahsia
Allah.Seperti Sabda Nabi:
Asal kejadian itu 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Turun kepada kita tanah itu tubuh
kita,angin itu nafas kita,api itu darah kita.air itu rahsia bg kita..Maka inilah mengenal diri
namanya.Kejadian tanah itu bernama syariat,kejadian angin itu bernama tarikat,kejadian
Api itu bernama bernama hakikat dan kejadian air itu bernama makrifat.Inilah mengenal
diri namanya.Maka syariat itu umpama kaki,tarikat itu umpama tangan,hakikat itu
umpama tubuh,makrifat itu umpama kepala.Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita
hilangkan bicara tubuh dirahsiakan inilah fana namanya.Maka tiadalah boleh bercerai2
hanya ada Allah sendiri kerana dilihat mengatakan ( La Yakrifu Allah Ilallah )ertinya-
Tiada mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita mengenal Allah kerana tiada
kita melihatnya.
Adapun yang kata berbagai2 itulah rahsia Allah kepada batin dan zahirnya kita
mengatakan ( La Ilaha Illa Allah ) itulah rahsia Allah yang mengatakan rahsia ertinya-
Tiada lagi hatinya dapat mengenal Allah hanya rahsia Allah saja yang dapat mengenal
maka berganti2lah tubuh dan hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan rahsia jua
iaitu yang ada pada jalan makrifat.
Tatkala mengata ( Allah Hu Akhbar ) itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi
rasa berbagai2 yang diingatkan batin dan zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita2
yang lain hanya Allah yang ada pada makrifat itu.Maka hairanlah kita tercengang2
setelah itu Allah tahukan dirinya dan tiada tahu akan tuhannya.Jikalau lagi kata didalam
hati kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua,belum lagi ada
rasa,jikalau anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi asa jikalau
kita zikir atau sembahyang.Jangan berbeza lagi.Jika mengatakan ( La Ilaha Illa Allah )
Rahsia Allah kehendaknya Allah memujinya sendiri dan hati memujinya dirinya
Allah,jangan lagi kata hati memuji itu hanya rahsia Allah juga memuji dirinya beza yang
dipakai oleh Aulia Allah sekelian .Maka tiada lagi makrifat kita.Hanya sendirinya dengan
rahsianya dan kehendaknya maka inilah Fana pada Allah dan Ya Allah,jikalau sudah rasa
kepada Allah maka tiada bercita2 kepada yang lain lagi.Maka hendaklah wahai saudaraku
sekelian pagi dan petang,siang dan malam,dunia dan akhirat,hidup dan mati jangan
berubah lagi.Adapun yang bernama alam sapiir itu didalam otak kita kerana otak kita itu
tempat nyata roh kita yang bernama alam sapiir itu kerana alamnya.
Adapun yang bernama alam kabir itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah rahsia Allah
tempat nyata roh.Adapun tempat segala perintah itu daripada tengah hati kita maka
berkehendaklah hati kita berbagai2.Adapun rahsia itu pula didalam pesaad ertinya
didalam jantung kita.Maka inilah namanya Allah,maka inilah rahsia zat kerana disana
tempat nyata segala kehendak Allah,maka Siir kita itu namanya sifat batin,didalam tubuh
kita bernama sifat zahir jua sekelian adanya.
Adapun masa tidur,Adapun masa kita tidur itu hilang segala rasa sebab tiada diperintah
rahsia Allah jangan hendak berbagai2.Ingatkan diripun tiada.Hanya yang ada hayat
kerana rahsia Allah itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang.Jika tiada
Batin dan zahirnya itu berkehendak baginya.Maka roh itulah yang bernama manusia
bernama tubuh pada sekelian aulia Allah.Maka roh itulah bernama makrifat yang dapat
berjalan batin dan dapat melihat batin,yang demikian itu roh itulah melakukan perintah
rahsia Allah orang yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh Idofi bertubuh akan
(Muhammad) sekian jua adanya.

Kitab Diri dua

Kitab Barencong
Datuk sanggul

Yaitu sifat kebenaranNya,kesempurnaanNya,keelokanNya,kekerasanNya jua ialah yang dinamakan kalimah tauhid yang mulia itu Lailahaillallah..
Kemudian daripada itu hendaklah diketahui pula maksudnya yang mulia itu supaya jangan syak dan waham lagi pada pengetahuan tauhid pada marifat,adapun kalimah Lailahaillallah terbagi 2 ;
1. LAILAHA itu sifatnya kaya tiada kekurangan yaitu Allah Ta’ala,
2. ILLALLAH itu sifatnya kekurangan yang masih berkehendak yaitu Muhammad

maka jika sudah demikian hendaklah diketahui pula apa yang bernama Muhammad oleh Allah Ta’ala,dan bernama Allah Ta’ala itu apa oleh Muhammad supaya menjadi Tauhid pada kalimah yang mulia itu jua hendaknya..

Adapun ilmunya dan rahasianya oleh Allah Ta’ala,karena Allah Ta’ala itu nama bagi dzat wajibbal wujd dan mutlak..yaitu; Bathin Muhammad dan Allah Ta’ala itu nama bagi sifat dzahir Muhammad..jadi dzahir dan bathin Muhammad itulah yang bernama Allah,jikalau demikian patut kalimah yang mulia inilah pertemuan hamba dengan Tuhannya dan lagi kalimah yang mulia ini di umpamakan,sebesar gunung tempat perhimpunan segala rahasia dan segala ruh,nyawa dan segala hati,tubuh,nama,ilmu dan segala isi-isinya dan segala islam,iman,segala tauhid,segala marifat,habis terhimpun semua dikalimah ini..maka yang penting diamalkan supaya mahir seperti kata Yaumul Mesra,mesra pada siang dan malam,terutama diwaktu dalam sembahyang 5 waktu karna diwaktu itulah Tuhan menurunkan petunjuk yang baik adanya..jadi yang mengatakan kalimah Lailahaillallah tiada lain Dia sendiri jua,memuja diriNya sendiri jua..LAYASRIFULLAHU ILLALLAH = tiada mengenal Allah hanya ALLAH..

Jadi yang sebenar-benarnya Muhammad,benar-benar diri dan jangan saudara syak dan waham lagi karna tubuh,hati,nyawa,rahasia..Muhammad itulah yang mempunyai insan yakni Syariat namanya,adapun nyawanya itu dinamai Alam Mitsal Hakekat namanya,adapun rahasia itulah yang bernama Alam Ruh yakni Marifat namanya..maka sesudah demikian hendaklah Muhammad itu pula yang mengenal akan Tuhannya.

ALLAH(dzat) —> Alif(sifat)—> * (asma)—> Af’al(dzat wajibbal wujd) muhammad—>HU ALLAH

tetapi belum lagi Muhammad mengenal akan Tuhannya sebelum fana tubuhnya,hatinya,nyawanya,rahasianya,dzatnya,sifatnya,af’al nya seperti firman Allah Ta’ala dalam Quranul Kariim ; Qul Huwallahhu Ahad artinya katakan wahai muhammad ALLAH itu ESA..ESA pada dzatnya,sifatnya,asmanya,af’alnya seperti dalam Quran kariim ; serahkan dirimu yaa Muhammad kepada Tuhanmu yang hidup tiada mati..maka keterangan Muhammad mengEsakan,menyerahkan diri kepada Allah Ta’ala seperti yang tersurat didalam kitab ini jangan syak dan waham lagi dengan perkataan ini..

ALIF — adapun bathin Muhammad Dzat kepada Allah Ta’ala rahasia kepada hambanya,
LAM AWAL — adapun Awal Muhammad itu sifat kepada Allah Ta’ala Nyawa kepada hambanya,
LAM AKHIR — adapun akhir Muhammad Asma kepada Allah Ta’ala Hati kepada hambanya,
HA — adapun dzahir Muhammad Af’al kepada Allah Ta’ala tubuh kepada hambanya.. JANGAN DISANGKA HAMBA ITU KITA,ITU SALAH KARENA KITA ITU PADA ILMUNYA SUDAH TIADA ADA LAGI…

jadi rahasia,nyawa,hati,tubuh Muhammad itupun tiada ada padanya jua..tiada lagi kepada sifat,kepada asma,kepada Af’al nya seperti firmanNya ; Wal awaalu wal akhiiru,wal dzahirru wal batiinu..jadi Muhammad itu sekedar nama jua/keterangan yang lebih terang lagi menentukkan Muhammad itu sebenar-benarnya tiada lain kedzahiran 5 sifat Allah Ta’ala jua yang dinamakan kalimah LAILAHAILLALLAH..
jadi firman Allah : tafakur seketika itu dengan berhadap terlebih baik daripada kebaktian seribu tahun..adapun yang terhimpun di dalam tubuh kita ini ada 2 ruh,yang tidak diketahui yaitu ruh yang dinamakan ruhul quds dan yang kedua dinamakan ruhani..

adapun sebutan ruh itu atau ucapannya “ALLAH”,
dan yang satu lagi ucapannya “HU”
inilah yang mau kita cari yang dinamakan rahasia Allah Ta’ala dengan Muhammad..

jikalau mau diketahui hendaklah di cari guru / mursyid yang tahu ilmu hakikat jikalau tiada,jangan dibuka karena tiada tahu jalan rahasia tuhan yang tersembunyi dalam diri kita..ketahuilah olehmu hai talib yang beroleh pertolongan dari pada nabi kita SAW dengan syafa’at pada yaumil akhir..
bermula jalan yang sempurna dari pihak dzahir dan bathin ada jalan musahadah,mukaballah,mukarammah dan musahallah..adapun arti dari:
-musahadah = berpandangan,
-mukaballah = berhadapan,
-mukarammah = menyertakan,
-musahallah = menyempurnakan

jika ditanya apa arti di pandang dan apa arti berhadapan dan juga arti dari menyertakan?
Adapun yang berhadapan itu Ajim artinya Cita-cita yang amat tangkas,dan adapun yang dipandang itu itikat,yang menyertakan itu yakin karna nyata tiada syak dan was-was dalamnya,menyempurnakan itu Tauhid menyampaikan segala penglihatan mata batin dari pada meng-Esa-kan..
adapun Nakitah dan tanajul pun segala asyaita yin awal itu ilmu namanya kuat jua tiada lainnya,adapun wadah itu wujd mutlak pun namanya jua,ilmu pun namanya jua..

Lam : wujd,kidam,baqa,muhalafatulil hawadis,kiyamuhu binafsih

adapun yang dikatakan nyawa muhammad itu sebenarnya tiada lain kedzahiran 4 sifat Allah Ta’ala yang dinamakan kalimah ILLA = kodrat,iradat,ilmu,hayat
adapun yang dikatakan tubuh muhammad sebenar-benarnya dari 5 = kadirrun,muriddun,aliimun,hayyun,dan wahdaniyyat..jadi yang bernama Muhammad tiada lain ialah sifat tuhan jua..

LA = Wujd,kidam,baqa,muhalafatulil hawadis,kiyamuhu binafsih —> Diri/dzat,
ILAHA = Sama,basar,kalam,sami’un,basirun,mutakalimun—> Nyawa/Sifat,
ILLA = kodrat,iradat,ilmu,hayat—> Hati/asma,
ALLAH = kadirun,muridun,aliimun,hayyun,Wahdaniyyat—> Tubuh/Af’al

ASAL DIRI

DZAT ALLAH–>NUR DZAT–> NURULLAH–> MUHAMMAD(insan)–> NUR MUHAMMAD
DZAT ALLAH–> JIBRIL & MUKARABIN
KITAB WASILAH&WASITAH
pengenalan ilmu marifat
Alhamdulillahirabbil Alamin wasalatu wassalamu ala sayiddina mursaliin wa’ala alihi wa’ashabihi aj’main..

adapun kemudian daripada itu ketahui olehmu hai salik bahwasanya tiada sempurna bagi seseorang mengenal diri melainkan mengetahui akan asal kejadian diri,yang mula-mula diciptakan oleh Allah Ta’ala..pasal pada menyatakan asal yang mula-mula di jadikan oleh Allah seperti pada sabda Abdullah ibn Abbas (ra) dari junjungan kita Nabi SAW : yang mula-mula di jadikan oleh Allah Ta’ala yaitu Nur NabiMu..

> la yaskuluhul lahu’illah = tiada yang menyebut Allah hanya Allah,

> laya rulahu ilallah = tiada yang melihat Allah hanya Allah,

>laya budullahu ilallah = tiada yang menyembah Allah hanya Allah

seperti firman Allah di dalam hadits qudsi : dzahir tuhan didalam bathin hamba-nya,manusia itu rahasiaku dan aku pun rahasianya(insanu sirri wa ana sirrahu) bermula insan itu rahasiaku dan rahasiaku itu sifatku dan sifat-ku tiada lain dari padanya(al insanu sirri wassirri wa sifatun,wasifatin laghoiri) , pada hakikatnya bagi Allah katanya Allah kepada Muhammad..ini di dalam Al-Adzhim..(jistumul insanu wanafsuhu,wakalbuhu,warkuhu,wassamahu,wabsarrahuwarruha walisanuhu,wayajiduhu,lahuahila ana walla ana gairuhu : tubuh manusia dan hatinya dan nyawanya,pendengarannya,penglihatannya,tangan dan kakinya sekalian itu aku nyatakan dengan diriku bagi dirinya,dan insan itu tiada lain dari pada aku dan aku pun tiada lain dari padanya…maka tiada engkau berani akan di aku selama engkau masih tiada fana di dalamku,syahtiada ayal,terhila dan yaitu rupaku padamu..

maka yaitulah yang dipegang oleh orang arif’billah,firman Allah : wa huwa ma’akum Ainama kuntum ” ada tuhan kamu serta kamu”,wa fi’an fusikum affala tafsiruun “dan didalam dirimu pun Aku maka tiadalah kamu lihat akan di Aku,karena Aku terlebih hampor dekat pada alat matamu yang putih,terlebih Aku hampir padamu..”

maka memadailah keterangan dan nash Quran maka sampai disinilah keterangan-keterangan ajesamm andrakul idrakul fahwa idrak,bermula lemah dari pada pendapat maka yaitulah yang di dapat La Illaha Ila Allah,Ana…tiada tuhan melainkan Aku…

Adapun La Illaha –> isyarat wujd makhluk,

Ila Allah –> isyarat Qadim

adapun yang mematikan diri yang berhuruf dan bernama ALLAH itu demikian caranya :

1. menafikan huruf Alif,
2. Lam Awal,
3. Lam Akhir,
4. Ha

adapun huruf-huruf yang demikian ;
1. Alif = Allahusamma wati wal Ardh,
2. Lam Awal = Lillah husamma wati wal Ardh,
3. Lam Akhir = Lahulmulku samma wati wal Ardh,
4. Ha = Wal awallu wal akhirru Wal Dzahiru wal Batiinu

jadi jikalau demikian diri kita yang dzahir itu nyata fana sekali2 tiada mempunyai apa-apa lagi (min adami ila wujdin,wamin wujdin ila Adami) jadi maksudnya dari pada kita diri yang dzahir walau sehelai rambut pun telah tiada mempunyai lagi apa-apa..

tiada boleh dikatakan ada lagi pada ilmu-nya,hanya diri yang bathin jua ialah yang bernama Muhammad..seperti firman Allah ta’ala dalam hadits Qudsi : Ku jadikan semesta sekalian alam ini karenamu yaa Muhammad,Ku jadikan akan dikau karenaKu yaa Muhammad..

Adapun dzat mutlak yang dinamakan oleh kaum ahli sufi akan Dia ‘Asyiq itu ialah Ta’yin Hakikat,Ta’yin hakikat ke duanya adanya jua bukan dari padanya jua,maka tatkala hendak menyatakan IradatNya dari kodratNya maka asal Ta’yin hakikat itu dinamakan A’yan sabitah,yaitu ibarat cermin maka limpahlah wujd mutlak itu seperti yang di dalam cermin..

ahmad muhammad allah
I . O

allah

titik namanya ; Ahdiat
adapun pertama,titik pindah wadah semata-mata maka ilmu A’yan sabitah hakikat tubuh Muhammad yaitu asal sekalian Nyawa adanya..kitab ini adalah dabitan dari kitab Babul haqq dan jadi kitab berencong..dengan perkataan perkenalan kepada Allah jangan susah mencari Allah,Allah telah lenyap menjadi nyawa sekalian batang tubuh..

–jangan susah mencari billah,
–billah ada didalam tubuh,
–jangan susah mencari Allah,
–Allah ada di dalam tubuh

yaitu Nur Allah,dimana ada Nur-nya tentu tiada terputus dari yang punya Nur tersebut..bersatu tetapi tiada sekutu itulah antaranya kita dengan Allah..Kitab Barencong,Datu Sanggul/Datu muning

Bismillahirahmanirahiim

Rakam yaitu Mengenal,

1.Maksudnya mengenal yang sebenar-benarnya diri/mengetahui asalnya diri supaya tahu yang sebenarnya agar mengenal akan Tuhan,
2.Ini agar meng-Esa-kan yang sebenar-benarnya diri kepada Allah Ta’Ala agar jangan sampai Murakabah yang bersusunan pada Ilmu-Nya..
Adapun jua maksud Rakam yang 1&2 itu menerangkan keadaan perkakas isi tubuh yang dzahir & yang bathin,maka jika sudah pula diketahui seperti ini hendaknya di fana-kan agar tetap ke-Esa an-Nya dan tidak siapa pun jua yang dapat menduakan-Nya/Allah saja yang Tunggal/Esa,Demikianlah maksudnya..

Kemudian daripada itu disinilah saya mulai menerangkan,yang bernama Diri itu ada 2 Bagian:

–Diri yang Dzahir,
–Diri yang Bathin.

adapun diri yang Dzahir itu asal daripada unsur Adam,Adam unsurnya memiliki 4 perkara,yaitu :
1.Api,
2.Angin,
3.Air,
4.Tanah

Dan berikut ini penjabaran/makna dari tulisan/huruf ALLAH yang sering kita lihat dalam kaligrafi,

–ALIF —> Api,
–LAM AWAL –> Angin,
–LAM AKHIR –> Air,
–HA –> TANAH/BUMI

1. adapun Api itu terbit dari Diri yang Bathin jua yang berhuruf ALIF bernama DZAT yang menjadi rahasia hurufnya pada kita,
2. adapun Angin itu terbit dari Diri yang Bathin jua yang berhuruf LAM AWAL bernama SIFAT yang menjadi nyawa pada kita/Nafas kita,
3. adapun Air itu terbit jua dari Diri kita yang Bathin,berhuruf LAM AKHIR bernama ASMA yang menjadi HATI pada kita (Air Nuthfah&Air Liur),
4. adapun Tanah/Bumi itu pula terbit dari Diri yang Bathin jua berhuruf HA bernama AF’AL menjadi tingkah Laku pada kita..

Jadi,demikianlah Diri kita yang Dzahir ini terbit dari bayang-bayang kita yang Bathin jua dan adanya Huruf yang bertuliskan ALLAH,tapi jangan sampai saudara mengakui bahwa saudara adalah Tuhan karena Diri kita yang Dzahir ini hanyalah Tulisan (Ingat,hanya sebatas Huruf/Tulisan) yang berlafadz ALLAH,untuk itulah Allah Ta’Ala menciptakan tulisan/huruf tersebut agar kita mengenal Diri kita yang Dzahir..

Kemudian daripada itu setelah kita mengetahui Diri kita yang Dzahir hendaklah kita ketahui Diri kita yang Bathin pula,agar dapat kita kenal akan Tuhan melalui Diri yang Bathin sebagaimana seperti sebuah sabda yang sangat dikenal oleh para kaum sufi “Man Arafa Nafsahu Fa Qad Arafa Rabbahu” barang siapa mengenal sebenar-benarnya Diri Niscaya Diri akan mengenal Tuhannya…tetapi sebelum kita mengenal akan Diri kita yang Bathin,hendaklah mati dahulu sebelum mati Diri kita yang Dzahir tadi,seperti Sabda Nabi SAW “Mutu Kabla Anta Mutu” jikalau telah kita matikan Diri yang Dzahir tadi,barulah nyata dari kita yang Bathin yang bernama sebenar-benarnya DIRI..

Simbol pemahaman Datu Sanggul/Datu Muning/Syekh Abdus Samad/Ahmad Sirajul Huda/Syekh Jalil,tentang keTuhanan ialah dari Bumi Naik ke Langit maksudnya beliau mengenal Hakikat Tuhan berdasarkan apa-apa yang telah diciptakan-Nya (Alam Semesta) sehingga dari pemahaman terhadap alam semesta itulah menghantarkan pada kebenaran sejati yakni ALLAH SWT,karena memang dari alam dan bahkan pada Diri sendirilah (manusia) terdapat tanda-tanda kekuasaan-NYA bagi yang mentafakurrinya..dengan kata lain ilmu Tasawuf Datu Sanggul adalah ilmu Laduni yang telah di karuniakan oleh ALLAH SWT kepada beliau,karena itu orang yang mempelajari Tasawuf pada dasarnya bisa menggabungkan 2 sumber acuan pokok,yakni :
1.berdasarkan Wahyu (Qauliyah),
2.berdasarkan tanda-tanda ayat-NYA (Qauniyah) yang terpampang jelas pada alam atau makhluk ciptaan-NYA..

“Tidak memakai ilmu atau bacaan tertentu,hanya menjaga keluar masuknya Nafas kapan ia keluar dan kapan ia masuk” sehingga secara rutin dapat melaksanakan sholat ke masjidil haram setiap hari jum’at…(kira-kira seperti itulah beberapa patah kata yang pernah di katakan Datu Sanggul kepada Datu Kalampayan/Syekh Muhammad Arsyad Al Banjari) kata-kata yang diucapakan beliau tersebut diatas juga sama seperti yang pernah di ucapkan oleh Mawlana Abdul Khaliq Al Ghujdawani qs tentang “Hosh Dar Dam/Bernafas secara Sadar” dan Imam Tariqah Syah Naqsyaband qs “…(jalan) ini dibangun diatas jalan nafas (pondasi) nafas,jadi adalah keharusan seseorang menjaga nafasnya dikala menghirup dan membuang nafasnya….”

salah satu karya Datu Sanggul yang spektakuler ialah membuat tatalan/tatakan kayu besi(ulin) menjadi soko guru mesjid di desa tatakan,sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Sunan Kalijaga ketika membuat soko guru pada Mesjid Demak..

salam cinta dan sejahtera untuk seluruh makhluk-Nya yang penuh Cinta,jaya jaya Indonesia Jaya,Jaya Nusantara,di laut kita jaya,di udara kita jaya apalagi di darat !!!

Silsilah Kitab Barencong datu sanggul

Ulama bagi orang banjar merupakan figur orang-orang yang sangat berjasa kepada Pemerintahan berdasarkan budaya Banjar,sehingga tak mengherankan bahwasanya masyarakat Banjar gemar dengan mengkoleksi figur data kualitatif di dalam bentuk foto-foto yang terpajang di setiap ruang tamu rumahnya,disamping itu efek manfaat yang terasakan oleh jejak-jejak eksternal perjalanan sang Ulama semasa hidupnya tercemin melalui data kualitatif dalam format foto tersebut.

Sementara figur data kualitatif dalam bentuk foto yang kerap kali terlihat dan kondang yakni Datu Sanggul dan Guru Sekumpul Martapura pada jaman ini, bercerita tentang Datu sanggul dan manaqibnya. Menurut catatan sejarah Sekitar abad ke 16,di desa Tatakan dahulu bernama kampung Muning (1702-1807) nan Muara atau pintu gerbang kampung ini berada dekat wilayah Margasari atau tepatnya Muara Muning. Perkembangan Agama Islam pada waktu itu meningkat pesat,terbukti dengan adanya beberapa tokoh yang mempunyai tugas sebagai penyebar Islam pada waktu itu seperti Datu kelampayan yang dikenal dengan Syekh Muhammad Arsyad Al Banjari ,sementara di Tapin itu sendiri banyak terdapat nama-nama datuk sebagai tokoh alim ulama masa lampau ,sehingga Tapin mendapatkan predikat sebagai Kampung Datuk oleh orang banjar. Diantara para datuk yakni Datuk Sanggul yang mempunyai darah keturunan dari pulau andalas ,sejarah mencatatnya bahwasanya beliau berasal dari kota Palembang
yakni Sumatera Selatan ,yang melakukan hijrah ke Kabupaten Tapin dengan membawa missi perkembangan agama Islam,hingga menetap di desa Tatakan kabupaten Tapin sampai beliau menghabiskan nafas terakhir dan disemayamkan di desa Tatakan Kabupaten Tapin.

Semasa hidupnya, Datu Sanggul ke Tapin ( desa Muning Tatakan ) dalam rangka menuntut ilmu agama kepada Datu Suban , hal ini bukan berarti beliau belum memiliki ilmu agama, melainkan beliau sudah memiliki ilmu agama sudah cukup dan juga seorang Ulama ,Dalam suatu mimpi ( ketika masih berada di Palembang ) didalam mimpinya bertemu dengan orang tua yang menasehati �Kalau anaknda Abdussamad mau mendapatkan ilmu sejati maka tuntutlah sekarang ,dan orang itu berada didaerah Kalimantan Banjar tepatnya di kampung Muning pantai Munggu Tayuh Tiwadak Gumpa, di sana ada seorang tua (datu) yang bernama Suban (Datu Suban ) ,atas petunjuk didalam mimpi itu Abdusshamad berangkat menuju Kalimantan ,yang sebelumnya mendapatkan izin dari orang tua kandung hingga sampailah beliau mendapatkan daerah yang dicari yaitu Kampung Muning (Tatakan).

Setibanya di kampung Muning ,beliau menemui Datu Suban dan menceritakan perhal akan mimpinya tersebut,dengan lapang dada seakan mengerti akan simbol rabbaniyahtul I�lm pada hallikwal waktu itu datu suban pun menerima dan mengerti akan maksud kedatangannya serta disambut serta sangat diharapkan oleh datu suban ibarat pepatah buku bertemu dengan ruas kemudian pasak bertemu dengan tiang. Atas pengamatan dan penilaian Datu Suban terhadap Datu Sanggul bahwasanya datusanggul mempunyai sikap maupun watak yang berbeda dari murid-muridnya yang lain, sehingga Datuk Sanggul diberikan amanah untuk menjaga kitab oleh datu Suban mengenai ilmu Ma�rifattullah.

Menurut catatan sejarah ,aktifitas beliau sehari-hari yakni berburu rusa , katanya cara beliau berburu dengan cara menunggu ditempat yang sering dilalui oleh binatang buruan dan hasil dari berburunya didermakan ketetangga dan jiran sekitar rumah beliau.

Menurut mereka yang sefaham aliran dengan beliau ialah dengan ketaatan,ketawadhuan serta tingkat peribadatannya sampai mencapai martabat Abudah dan Badal. Metode pelaksanaan syariat keagamaannya di nilai sangat kuat seperti sholat Tahajjud terutama dibulan suci Ramadhan beliau selalu mengikat perut dan menguatkan ibadahnya untuk menunggu malam lailatul qadar ,menurut kepercayaan orang banjar pada malam ganjil dimulai pada 20 akhir Ramadhan beliau selalu menyanggul lailatul qadar,sehingga atas dasar etrsebut masyarakat setempat digelari dengan sebutan Datu Sanggul.

sementara keunikannya dari pola interaksi symbolic Datuk Sanggul,melalui kitab berencongnya pada manaqibnya penuh syair serta puisi dan pantun. Diceritakan oleh juri kunci pemakaman Julak Antung, dimana masyarakat sekitar memanggilnya, di temui oleh MataBanua di Pemakaman DatuSuban ,� menurutnya melalui yang tercatat dalam sejarah yakni manaqib DatuSanggul dengan riwayat kitab berencong yang diberikan datu suban kepada datu sanggul secara silsilah merupakan berasal dari Datu Nuraya yang maqamnya berada dekat pertahanan datu dulung ketika melawan belanda dan benteng tersebut adalah benteng Munggu Tayuh digelari dengan Datu Nuraya karena datu tersebut datang ke kampung muning bertepatan dengan hari raya selepas datu suban melaksanakan sholat ied. Setelah berkenalan dan memperlihatkan sebuah kitab kepada datu suban tidak lama kemudian orang tersebut ambruk dan wafat pada hari raya itu juga. Mengenai riwayat datu Nuraya tidak ada kejelasan dari mana
beliau berasal dan apa tujuan beliau berada dikampung Muning Tatakan , namun menurut kabar yang berkembang di masyarakat ada yang mengatakan bahwa datu nuraya berasal dari Hadramaut tetapi ada pula yang mengatakan bahwa datu nuraya berasal dari pulau jawa , dengan gelar garandali ,diceritakan garandali sebuah gelar yang luar biasa, namun ketawadhuan yang dimiliki datu nuraya membuat hidupnya lebih memilih merakyat ,keutamaan garandali tak lain adalah seorang ulama yang selalu merakyat,halikwal dan keinginannya sudah bulat di tujukan hanya satu yakni kepada Allah.Sw,sehingga setiap ibadah maupun di dalam memanfaatkan ilmunya,selalu merasa tak berdaya melainkan hanya dengan pertolongan allah . swt, setiap kebaikan yang di anggapnya selalu hanya hadiah dari Allah.Swt ,dengan seperti itu,menjadikan hati bahkan seluruh batang tubuhnya ,hanya sebagai persinggahan Allah.Swt,saja dan ini tingkat ikhlash yang tertinggi. �ungkapnya.

Datu Nuraya ,seorang figur garandali yang menempuh jalan gurur ,jalan gurur yang selalu di kilati akan hall dan menurut kabar jalan ini tak mudah ,dan konon beliau ini ,dengan kain kebesarannya atau tapih dapat mengatur alam ,yang tentunya atas izin Allah.Swt ,seperti menurunkan hujan , mengatur petir ,dan awan serta angin yang bertiup, sehingga setiap beliau berjalan di terik matahari awan selalu menaunginya, Sementara itu juga ada kabar yang menyebutkan bahwasanya beliau bernama Syekh Gede Jangkung,hall ini dilihat dari ukuran makam beliau yang panjangnya �35 depa ( 55 meter ). Kitab yang diberikan Datu Nuraya kepada Datu Suban berisi tuntunan hidup pada kehidupan lahir dan bathin untuk kehidupan didunia maupun dikehidupan akhirat serta rahasia alam dan rahasia rubbubiyah ,serta menyangkut Rabbaniyatul I�lm dan Rabbaniyatul hukum.

Kembali ke Datu Sanggul bertemu dan menjalin persaudaraan dengan Datu kelampayan , di ceritakan oleh masyarakat setempat ,akan hallikhwal Datu kelampayan Syekh Muhammad Arsyad Al Banjari mengaji ke mekkah,beliau sudah melakukan ikatan lahir bathin dengan Datu Sanggul,yakni ( beangkatan dangsanak) jika orang banjar mengartikan.

Ikatan saudara ini lebih di perluas dengan saling memberikan pengetahuan satu sama lainnya,, dimana keingintahuan Datu Kelampayan pada isi kitab Datu Sanggul terpenuhi, sementara pesan Datu sanggul kepada datu kelampayan yakni ,� kalau adinda bulik ke banua yang sarincung kitab ini kaina ambil di Kampung Muning Tatakan dengan syarat harus membawa kain putih,sebab bila kitab ini bersatu lagi salah satu diantara kita akan kembali kepada Allah.Swt�

Ketika datu kalampayan pulang ke kampung halaman di martapura setelah �30 tahun mengaji di Mekkah dan sempat mengajar di Masjidil Haram Mekkah pada bulan Ramadhan 1186 H atau bulan Desember 1772 M, usai datu kelampayan berkumpul dengan keluarga maka beliau teringat dengan Datu Sanggul sebagai saudara yang ada di kampung muning Tatakan dengan berencana akan melakukan silahturhami. Sesampainya di kampung Muning beliau sampai pada gubuk yang sederhana apakah benar suadara datu sanggul telah pulang kerahmatullah ,dan konon meninggalnya DatuSanggul ditandai dengan hujan lebat selama tiga hari tiga malam berturut-turut,yang menandakan bahwa langit dan bumi merasa bersedih atas kepergiannya.�ungkapnya.

Kitab Diri satu

RAHSIA MAKRIFAT

Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:-
1. Makrifat diri yang zahir.
2. Makrifat diri yang bathin.
3. Makrifat Tuhan.
APA GUNA MAKRIFAT…?

Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:“AWALUDDIN MAKRIFATULLAH”

Ertinya: Awal agama mengenal Allah.
Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Tuhan dengan hamba.
BAITULLAH KALBU MUKMININ Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq diibaratkan bunga yang sedang menguntum,tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya! apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan bunga yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!
Sesungguhnya amalan makrifat dan zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati kanak-kanak yang suci-bersih!
Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik! sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak,maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula itu makanannya!PEPERANGAN
Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah “Peperangan dalam diri sendiri (Hati)”, setiap saat denyut jantung ku ini, aku akan terus berperang.Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam !Sekiranya aku tidak ada bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!Keluar masuk nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang!
ASAL USUL MAKRIFAT

Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari.Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi. Maka Al Junidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:
1. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan
Makrifat Musyahadah.
2. Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan
Makrifat Insaniah.
3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.

Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” Syah dan, nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan, sebab nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para burung, Zikir para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).

Adapun zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi tidaklah sama logatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300 banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300 banyaknya nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.

Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99 nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang maha esa itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.

Diterangkan didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, yaitu pada halaman 523. disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam Al-Qur’an sebanyak 2.696 tempat.

Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?

Allah, Zat yang maha esa, berpesan :

“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “

Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.

Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.

Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.

Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha.Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.

• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
• Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.

Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :

Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.

Bagi sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.

Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :

Ketahui pula olehmu, jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (ل ) pertama dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).

Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.

Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silahkan bertanya kepada akhlinya)

Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, yaitu huruf ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.

Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.

Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).

Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut makhluk Ada Zat Allah.

Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.

Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan dan buahnya.

Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah datangnya Alam beserta isinya.

Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.
Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.
LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada akhlinya.

Surat dari sahabat 5

Manusia itu sesungguhnya mati kecuali yang berilmu,yang berilmu pula tertidur,kecuali yang mengamalkan ilmunya,yang mengamalkanya pula tertipu,kecuali yang Ikhlas.maka,ingatlah,janganlah tertipu,walaupun,penipuan yang tidak disedari,ingatlah,apabila nyata ketiadaan dirimu itu,maka nyatalah yang ADA,siapakah yang Ada itu..? tidak lain,KEBENARAN (Al Haq),oleh itu,“matikanlah dirimu sebelum kamu mati”,maka,siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu..? tidak lain,AKU ( Al Haq) lah yang Ada.Setelah Dia yang ada,maka selain dariNya adalah,fatamorgana,hanya bayangan,hanya kekosongan,dan sesungguhnya Dialah yang meliputi kekosongan dan ketiadaan dirimu itu,maka ingatlah,kekosongan dirimu itulah,dan ketiadaan dirimu itulah,SINGGAHSANANYA,dan disitulah Dia bersemayam,bukan pada jasadmu,bukan pada jiwamu,bukan di hatimu,dan bukan juga pada ruhmu.betapa indanya ini,bagi yang mengerti.

Saat dia telah mengenal dirinya yang sejati, makrifatullah,
maka dia bukan lagi selonggok daging, atau sekujur tubuh, Apabila saat perkenalan itu telah tiba, maka dzikirnya tidak lagi dengan suara atau dengan gerak, tetapi dzikirnya adalah melihat siapa yang dia ingat, Allah, Dia melihat wajah Allah, di manapun dia berada, dia tidak lagi melihat mati itu, suatu kematian,kerana,sesungguhnya,ketika itu,Dia menyusuri ruang waktu,milik Allah,dan bersama Allah.Ketika itu,Salik adalah Cahaya Allah di bumi ini,
dan dia tetap menjadi Cahaya milik Allah,saat di akhirat nanti, dan, sesungguhnya,kerana,dia adalah milik Allah,terserah kepada Allah,mahu dibuat apa, Salik itu Ilusi insan, ilusi alam Ilusi Tuhan, ilusi Hamba
Semuanya ilusi, semuanya sangkaan, semuanya TabirNya. Tiada salah, tiada benar Tiada imam, tiada makmum Tiada anak, tiada isteri Tiada ulama’, tiada jahil, Semuanya TabirNya. Tiada zahir, tiada batin Tiada awal, tiada akhir
Tiada kufur, tiada iman Tiada Rasul, tiada umat Semuanya TabirNya. Tiada Agama, tiada falsafah Tiada mazhab, tiada tariqat Tiada mazkur, tiada zikir
Tiada madlul, tiada dalil Tiada sembahan, tiada yang disembah Semuanya TabirNya. Yang ada hanya Dia, Zat Yang Agung Hilangkan sekalian sifat, nama dan af’al Hilangkan sekalian salah-sangka. Hidup bukan untuk beragama
Hidup bukan untuk berselindung disebalik AlQuran dan AlHadith
Hidup bukan untuk mendabik dada. Lepaskanlah sekalian ilusi minda dan hati
Baru bisa merasa hidup sejati Berilah jawaban: Siapa anta..?
Jangan takut, jangan ragu Selagi anta masih menanggung beban ilusi hidup dan mati Anta tidak bisa berani memberi jawabannya. Hidup yang sejati tidak bisa bercampur-baur dengan kenistaan insan dan dunianya, walaupun serban dan janggutnya putih lagi mulus. Yang disangkanya musibah, sebenarnya rahmat
Yang disangkanya Tuhan, sebenarnya iblis Yang disangkanya agama, sebenarnya hawa nafsu ammarah Yang disangkanya baik, sebenarnya buruk
Yang disangkanya bersih, sebenarnya nista semata Begitulah sebuah ilusi kehidupan ciptaan Zat Yang Maha Agung.Tawakal adalah perbuatan hati, sedangkan TAUHID adalah ucapan hati. Barangsiapa mengetahui HAKIKAT TAUHID pasti akan gugur darinya pertanyaan MENGAPA DAN BAGAIMANA. Hakikat kedekatan kepada Allah adalah hilangnya rasa pada sesuatu dari hati bergenti ketundukan NURANI kepada Allah, Apabila kamu telah mengenal diri tiada lagi persoalaan, kerana kita ini adalah seorang hamba yang hina, sebab itulah kita kenabuat penyerahan hamba kepada tuanNya. Di situlah permulaan bimbingan,yang DIA sendiri akan membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya. Surah Al FATIHAH Ayat 4 dan 5 adalah kuncinya, di dalam solat itu sendiri ada rahsianya di mana kita berkata-kata dengan Allah, memujiNya, bertasbih & bermunajat denganNya. segala-galanya termaktub apabila sesaorang mendirikan solat, segala rukun iman & islam dizahirkan melalui perbuatan dan hati.

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang..? Jikalau boleh bagaimanakah caranya..? Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkandan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak salik yang keliru..? Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat..? Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya,janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya. Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang..? Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal ..Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya. Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya mereka yang sebegini. Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang. MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi. Inilah yang dikatakan ilmu rasa,
Hanya yang merasa yang mengenal Dan melihatNya dengan nyata dan terang.

Salik berhasil menyaksikan Tuhan di dalam dirinya bermusyahadah
mujalasah dan kemudian  mengalami kesatuan yang melarutkan keseluruhan dirinya di dalam Dzat Allah Yang Maha Meliputi.
Sugguh menginsafkan rohani. berzikir dengan makrifat. Mengalunkan kata dari hati yang suci . Meniup keshahduan untuk tenggelam dialam rasa. Senandung zikir kutitipkan. Untuk bahagia bersama kasihnya. Biarlah diuji, asalkan cinta bersemi. Itulah tajalli , cintakan Allah. kita sepatutnya reda diuji,,
ini adalah bagi membuktikan kesetiaan dan kecintaan kita, kepadaNya bagi yang tak sanggup diuji,, itu menunjukkan cinta palsu semata.hakikat kesucian sesuatu benda mestilah benda itu sendiri,, ia tidak bercampur,,dengan benda-benda lain.hakikat kesucian gula adalah gula itu sendiri,, ia tidak boleh bercampur dengan benda lain,,umpamanya pasir,, jika gula telah bercampur dengan pasir,, maka gula itu tidak suci lagi,,jadi pasir harus dibuang agar gula menjadi suci kembali,,begitu jugalah hakikat kesucian antara kita dengan Dia.
Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal iaTuhannya.
Golongan ini adalah apa yang dikatakan golongan makrifatullah,
Bagi yang  makrifatullah,   tatakala mereka memandang ke sekeliling atau di luar dirinya, maka apa yang dilihatnya adalah dirinya jua. Kerena bagi mereka alam dan dirinya esa jua, tiada dua dan tiada tiga. Nah jikalau begitu Jikalau sekelian alam dan dirinya esa, nescaya yang dilihatnya adalah dirinya jua.
Seperti Sabda Rasullulah: Ra’aitu rabbi bi ayni rabbi… Ku lihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.Ra’aitu rabbi bi rabbi ..Ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.

Pada kali ini, ana akan membincangkan tentang keesaan wujud atau dalam bahasa Arabnya Wahdat al wujud. Bagi ahli sufi ke esaan wujud amat penting difahami kerana kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur.Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari-pencari (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini).Dan beliau dengan lebih berani menyatakan: Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA.Wah, sungguh berani pernyataanbeliau (tetapi ia ditujukan kepada khalayaknya), dapatkah semua orang menerima pendapat yang sebegitu, tetapi hakikatnya itulah makrifatullah yang sebenar, yang dipegang oleh ahli-ahli sufi besar yang lain. Baiklah sekarang cuba kita lihat tentang Hadis Qudsi, yang sangat popular di kalangan pencari-pencari (sufi) yang setia. Sesiapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya mengenal ia Tuhannya ; Berdasarkan hadis tersebut, ia cuba menyatakan bahawa Dia tidak bersama atau bersekutu dengan sesiapa atau dengan apa-apa pun, sama ada zahir dan batin, sama ada sekarang, masa lalu atau masa akan datang.Dia juga tidak di atas, di bawah, di kanan atau di kiri, dan tiada siapa pun atau apa pun yang hampir atau jauh dariNya. Tidak ada masa tidak ada ketika, tidak ada penzahiran dan tidak ada tempat yang bersangkutan dengan Dia. Bahkan Dia dahulu sama dengan Dia sekarang. Dia satu (wahid) tanpa kesatuan (wahidiyah). Dia bukan nama atau benda yang dinamakan, kerana namaNya adalah Dia dan benda yang dinamakan adalah juga Dia. Tidak ada nama selepas namaNya dan tidak ada nama selain namaNya. Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Dzahir dan Yang Bathin. Tidak ada yang lain selain Dia.
Tiada yang melihat Dia, kecuali Dia. Tidak ada nabi, wali atau malaikat yang kenal Dia. Hanya Dia yang kenal Dia. Dia mengutus diriNya kepada diriNya sendiri dengan cara diriNya sendiri, dari diriNya sendiri kepada diriNya sendiri. Tidak ada penyebab kecuali diriNya sendiri. Tidak ada perbezaan antara “yang mengutus” dengan “yang diutus” dan “yang menerima utusan”.
Kenabian dan kerasulan itupun diri Dia sendiri juga. Kerana itulah Rasullulah saw bersabda: Siapa yang mengenal dirinya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Sekarang cuba kita lihat pula satu lagi Hadis Qudsi yang popular di kalangan sufi. Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku:

Ramai orang tidak pasti dengan apakah maksud hadis ini, bahkan ada yang menolaknya. Cuba kita fikirkan kalau frasa itu tidak benar, mana mungkin tidak benar, kerana hadis adalah kata-kata Rasulullah saw, beranikah ente tidak percaya kepada sabda  Rasulullah..? Baiklah ana teruskan perbincangan, hadis tersebut mahu manyatakan bahawa: Anda  bukanlah Anda sebenarnya, tetapi Anda itu adalah Dia, dan tidak ada Anda.

Ini bukan bermakna Dia memasuki (hulul) Anda atau timbul dari pada anda atau anda memasuki Dia. Ini juga bukan bermakna anda memiliki sifat-sifat atau memiliki wujud. Tetapi sebaliknya apa yang dimaksudkan hadis tersebut adalah anda langsung tidak wujud, dan tidak akan ada wujud, sama ada oleh diri anda sendiri atau melalui Dia, atau dalam Dia, atau dengan Dia.

Dan juga tidak boleh dikatakan, anda dahulu wujud tetapi sekarang tidak berwujud lagi, ataupun sekarang Anda masih berwujud. isi penting yang hendak dinyatakan oleh hadis itu adalah:

Dia adalah anda dan anda adalah Dia.
Jikalau Anda kenal diri anda dengan cara kesufian ini, maka anda telah kenal akan Dia, jikalautidak demikian adanya, sesungguhnya anda tidak kenal akan Dia, tetapi hanya kenal diri anda yang tidak berwujud itu.

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal  daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah. Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksudcahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah. Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.
Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib. Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini. Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi. Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya. Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang MahaPencipta.Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya. Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi anda, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasi dengan pembimbing anda itu.Apabila anda telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing anda itu, sudah pasti kehidupan anda diredai Allah, kerana Allah menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah seperti mencintaiKU.
Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad,kerana ia dapat membawa anda kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Pelita banyak dan berbeda
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeda.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbea-beza
Timbulah berbagai mazhab agama
Keluarlah berbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Tauhid (ke esaan) bagi yang Sudah (basyiriah) Allah Terbagi Menjadi Dua
1                   Tauhid Dzati ( Tauhid Rububiyah)
2                   Tauhid Syuhudi (Tauhid Uluhiyah)
Cuba kita perhatikan dahulu apa dan bagaimana yang dikatakan Tauhid Dzati itu:
1                   Tauhid Dzati
Salik itu merasakanA keesaan dalam Dzat Yang Esa, ini selalu dirasakan, tidak kira di mana saja ia berada, kepada salik itu tidak mungkin Dzat Yang Esa itu,tidak ada, walaupun sesaat.Peringkat ini merupakan makamHaqqul Yakin, atau juga disebut wahdah al wujud (esa dalam wujud), bagaimnapun ini baru peringkat rasa,  iaitu salik merasakan Dzat Allah sentiasa bersamanya, atau juga boleh dikatakan salik larut dalam Dzat yang suci itu, yang tinggal hanyaAllah.

Bagaimanapun, di atas peringkatini ada lagi satu peringkat, iaitu peringkat penyaksian tajali Allah.
2                   Tauhid Syuhudi
Setelah salik menempuh fana dan sirna fana itu (baqa), maka muncullah penyaksian… tajalli Illahi.

Pada saat itu  benar-benar penglihatan dan penyaksian salik tertumpu kepada  Allah. (makam Isbatul Yakin). Salik menyaksikan kehadiran Dzat Yang Mutlak… tajalli Dzat Illahi.

Kajian (pelajaran) ini tidak banyak dibincangkan, dan tidak banyak diteorikan, tetapi hanya dipraktiskan oleh mereka, yang dibukakan rahsia ini oleh Allah. Kerana ia termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.

Allah sangat boleh dikenali, tetapi tidak dapat diperkenalkan”.

Kerana  apa?
Kerana  Allah  hanya dapat dikenali apabila Dia memperkenalkan DiriNya kepadaDiriNya.

Dalam penyaksian Tajalli Dzat Allah ini, jasad tidak bergerak  sama-sekali. Jikalau jasad masih bergerak dan fikiran masih bergerak, maka batalah apa yang disaksikan.

Atau dengan lain perkataan, kehadiran Dzat Allah, sebagai kurnia yang dimukasyafahkan (dibukakan) kepada Si Penyaksi menjadi gelap (terhijab).

Sejajar dengan makam ini, sufi terkenal Ibn Arabi, menjelaskanya dalam bentuk syair:

Jika telah fana salik menuju Tuhannya,
Kemudian menjadi sirna kefanaan,
Maka muncullah yang NYATA,
Mata hari dalam kesucian terbit di dalam guanya,
Dzat Yang Maha Wujud dimakamteratas HadiratNya,
Terlihat NYATA,
Terlihat Yang Esa tanpa bilangan tidak terbilang,
Dalam kesaksan keindahan pada peringkat darjat ketajalian
(satu per satu).

Topik yang dipaparkan ini, adalah penting, jikalau pembaca tidak  faham,  harap baca berulang kali sehingga mendapat kefahaman. Kita mulakan dengan satu soalan berkaitan ketuhanan.
Soalan:
Minta penjelasan…
1. Apakah serba Tuhan itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
2. Apakah serba hamba itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
jawapan soalan 1: tuhan itu adalah dzat semata-mata,,
itu sebabnya ada perbezaan antara tuhan dan makhluk,,
walaupun makhluk daripada dzatnya juga, tetapi makhluk
adalah selepas pentajalian,,
itulah sebabnya jika mahu kembali kepada dzat harus melepaskan segala
pembatasan (takyunat) agar dapat kembali menjadi dzat yang mutlak.
jawapan soalan 2:
hamba atau makhluk adalah adalah hasil daripada pentajaliandzat allah.Cuba fikirkan, kenapa Tuhan dinamakan Allah?

1    Kerana  ada Dzat, ertinya  diri Allah taala,  tetapi jangan Dzat mutlak semata, dia mempunyai nama Asli (nama yang Ke-100).
2    Kerana ada sifat, ertinya ada rupa
3    Kerana ada asma (nama Asli), baru nama pangkatnya iaitu Tuhan, dan nama jabatannya Allah.
4    Kerana ada afaal, ertinya kelakuan.
.Segala kesempurnaan dzat, sifat, asma dan afaal itu terhimpun dan  dinamakan  RAHASIA, (pada nama yang ke-100).
Mari kita perhatikan tentang tajali secara ringkas:

1    Tajali dzat
2    Tajali sifat
3    Tajali Asma
4     Tajali afaal
Tauhid pula secara ringkas:
Tauhidnya adalah untuk mensyahkan rukun Syahadat, yang berjumlah empat perkara:
1.Tauhidul dzat, iaitu mengesakan pada zat, iaitu yangada  pada nama Rahasia (mengesakan dzat pada Rahasia)
2.Tauhidul sifat, iaitu mengesakan sifat, iatu pada  nama Rahasia
3.Tauhidul asma, iaitu mengesakan asma, iaitu pada   nama Rahasia
4.Tauhidul afaal, iaitu mengesakan afaal, iaitu pada nama Rahasia.
Walhasil daripada makrifat adalah RASA (merasakan), iaitu dapat  merasakan rasa roh, iaitu seperti apa rasanya.  Dapat pula merasakan rasa Rabbani (ketuhanan), iaitu seperti apa rasanya.
Walaupun 1000 tahun mendefinasikan Allah, jikalau  belum merasakan, maknanya belum berhasil menemui Allah, seperti   mengkhayalkan perkahwinan, tetapi belum berkawin, pasti tidak tahu bagaimana rasanya berkawin.

Teka-teki ini kalau anda temukan, anda antara percaya dan tidak percaya, antara yakin dan tidak yakin.
JADI KEBENARAN BERADA  DI ANTARA YAKIN DAN TIDAK YAKIN, ANTARA IA DAN TIDAK IA.  TETAPIKALAU SUDAH YAKIN APABILA DI SEBUT NAMA ASLINYA (nama yangke-100)  MAKA BERGETARLAH HATINYA..
Nama Rahasia Allah nampak aksara arabnya (alif, lam, lam ha)(pada wajah kita)  cubalah (berdiri di hadapan cermin) bercermin.. di  huruf apa hidung,dua lobang hidung, huruf apa pada  kedua mata, hurup apa, mulut dan telinga,  sesudah mulut dan telinga, maka dirahsiakan (nama itu) jangan sampai didengar orang,  setelah tahu nama Rahasia maka tutuplah mulut (jangan beri tahu), tutup telinga..(agar ia menjadi Rahasia).
Mudah-mudahan faham, perkara ini tidak boleh diberitahu secara langsung, hanya dengan isyarat-isyarat jua.

KESIMPULAN AKUAN  PADA   NAMARAHASIA,  kepada  Allah kena, kepada  hamba pun kena, sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah, (nama yang ke-100),  nama Aslinya disebut ismu al adzim, iaitu sebelum mengetahui Nama Dzat Aslinya (nama yang ke-100):
Sedangkan ALLAH, adalah nama jabatan untuk puji-pujian dan TUHAN ialah nama Pangkatnya..juga untuk puji-pujian.  Nama pangkat dan nama jabatan boleh dinyaringkan.. tetapi apabila menduduki   nama RAHASIA tidak boleh dinyaringkan.. ( kerana ia adalah Rahasia).

Seorang salik harus mencari Guru yang murabi mursid untuk menyampaikan Nama Rahasia tersebut..harus dibaiat kerana sifatnya  sangat  Rahasia…. sekalipun (tidak diberitahu kepada ) anak kita sendiri..
Soalan:
Manusia itu tiada daya.. akuan semuanya kerja tuhan, adakah itu jabariyah?
Jawapan:
Untuk ubudiyahnya,  aku .. disandarkan kepada,  lahaulawalaku wata illa billah….(tiada daya dan upayaku…) bagi yang belum mentajalikan asma (belum mengenal nama ke-100)…  makanya  adab ibadah ubudiyahnya ada istigpar.. subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu akbar, 33x  berjumlah99, dan tambah  lagi satu nama yang Asli (nama yang ke-100), nama yang Rahasia,, nama yang tidak dinyaringkan.
Sedangkan, kesimpulan makrifat(yang sudah tahu nama yang ke-100) iaitu adalah perhimpunan kesempurnaan (dzat, sifat, asma dan afaal) pada  nama Rahasia itu.  Mustahil kenal pangkat (Tuhan) dan jabatan (Allah), tetapi tidak kenalnama Aslinya (Rahsianya)…..anak-anak  juga tau..

(Berkaitan pertanyaan  itu) Betul masih jabariyah..ibarat sekolah tidak ada ijazah..apa lagibelum pernah digurukan..FirmanAllah: Tuhan mengajarkan kalam dan apa yang kita tidak ketahui.
Jadi yang tidak diketahui disuruh cari (carilah nama Rahasia itu).
(Perhatian: Nama Rahasia adalah sama dengan Ismu al Adzim, nama Asli Dzat dan nama yang ke-100)

Hendaklah salik melintasi alam (dan bukan alam) untuk  menuju kepada Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Tuhan  adalah tujuan yang benar dan yang pertama.
Keadaan salik yang tidak dapat melepaskan diri dari alam atau dengan kata lain syirik kepada Allah, adalah umpama seekor unta yang berputar mengelilingi batu penggiling, walaupun jauh ia berjalan, tapi akhirnya kembali ke tempat asalnya ia bermula, bukankah ini perbuatan yang sia-sia dan membuang waktu.Oleh itu, keluarlah dari perbuatan yang sia-sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta. Bagaimanapun untuk memasuki wujud tersebutterdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui, sebelum sampai ke matlamat yang dituju (Wujud Allah).
‘Yang pertama membebaskan diridaripada penjara alam jasad:
Penjara alam jasad adalah hawa nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.

Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan salik menuju Penciptanya.

Penjara kedua adalah dunia.
Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada salik. Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis nikmat yang seronok dan menghairahkan. Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara syahwat. Jikalau salik lalai dan panjang angan-angan, maka nampaknya tidak ada kemungkinan salik itu dapat bebas daripada penjara ini.

Penjara ketiga adalah akhirat.
Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam penjara ini lebih enak daripada penjara dunia, di sini hidangannya adalah pahala, syurga dan bidadari yang cantik lagi menggoda. Rantai yang membelenggu  dalam penjara iniadalah kehendak dan keinginan diri sendiri. Menganggap diri sendirilah yang melakukan segala sesuatu sama ada baik atau buruk.

Penjara keempat adalah alam malaikat.
Inilah penjara alam maujud yangterakhir. Hidangan yang terdapatdalam penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Rantai yang membelenggu  salik dalam penjara alam malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak diri sendiri dan kesadaran tentang diri sendiri, iaitu segala yang dilakukan adalah atas daya diri sendiri bukan kurniaan Allah SWT.

Untuk keluar dari penjara ini perlulah menghapuskan segala kehendak, keinginan, cita-cita dan angan-angan dengan menyadari bahwa salik adalah kosong, yang ada hanyalah Allah semata-mata.

Penjara kelima adalah ilmu Allah SWT.
Ilmu Allah SWT bukanlah alam, sebagaiman empat penjara yang sebelumnya, yang mana penjara-penjara tersebut adalah alam ciptaan Penciptanya. Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan dengan hal-hal ketuhanan itu sendiri.

Hidangan yang terdapat dalam penjara ilmu ini adalah rahsia-sahsia yang ghaib-ghaib tentang hukum-hukum  Allah SWT. Dalamhal ilmu Allah ini, salik dapat melihat pentadbiran Tuhan yang menggerakkan alam dan semua kejadian yang berlaku di dalamnya. Ilmu Allah sangat luas dan  tidak bersempadan.

Salik yang asyik dengan ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh itu, ilmu hanya dijadikan sebagai kenderaan menuju kepada Yang Maha Pencipta, tetapi ilmu itu bukanlah sebagai tujuan terakhir.

Penjara keenam adalah makrifatullah.
Ini adalah penjara yang paling kukuh, ilmu Allah dan makrifatullah bukanlah alam maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan, hidangan yang terdapat di sini adalah hakikat-hakikat,  hal-hal dan rahsia-rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?
Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau anda telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah , bahawa anda telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapai oleh ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada makrifatullah.

Jika ditanya pula,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh makrifatullah..?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi..?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian aku yang paling tinggi adalah ke tahap  Dzat Allah,  tetapi aku tidak dapat mengenali Dzat Allah.
Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para nabi dan wali-wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dia (Dzat Allah) dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya.  Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Nah
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke makam makrifatullah,janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara makrifatullah, barulah anda boleh sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Tapi
Bagaimana anda boleh keluar dari penjara makrifatullah..?
Keluarlah anda dengan tajrid (penganggalan atau pelepasan). Pelepasan dari segala sesuatu termasuk diri anda sendiri adalah syarat utama untuk sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.
Anda perlulah melepaskan ilmu pengetahuan anda, amal ibadah anda, makrifat anda, sifat anda, nama anda, bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah anda bertemu Allah SWT seorang diri dan tanpa bekal, tanpa apa-apa pun, hanya dengan KurniaNya jua.

Rasullullah SAW Bersabda:
“INNA AURAMA YANJURU MIN AKMALIHIS SHALAT PA’IN ZAJAT LAHU NUJIRA FISA IRI AKHMALIHI WAINLAM TAJUD LAHU YANJURU FISAI IN MIN AKHMALIHI BAKDA”Artinya: Sesungguhnya yang mula-mula dilihat oleh Allah dari amal perbuatan dari anak manusia adalah shalatnya. Apabila shalatnya sempurna maka diterimalah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. Jikashalatnya tidak sempurna maka ditolaklah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. (HR,Al-Hakim).

“YAKTI ALANNAASI ZAMANU YUSALLUUNA WAYA TUSALLUUN “
Artinya : Akan datang kepada manusia suatu zaman, banyak yang shalat padahal sebenarnya mereka tidak Shalat (HR.Ahmad).
FAWAILUL LIL MUSALLIN… …..Makacelakalah bagi orang-orang yang shalat.

ALLAZINAHUM AN SHALATIHIM SAHUN
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (QS Al-Maun: 4,5)
QAD AFLAHA MAN TAJAKKA, WAJA KARAS MARABBIHI FASHALLAH
Artinya :Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang selalu mensucikan dirinya (jiwanya).
Dan ia ingat nama Tuhannya lalu ia shalat . (AL-A’LQA: 14,15).

MANUSIA
Tatkala manusia dilahirkan ke dunia.  Bayi itu menangis dan tangisan tersebut mengandung makna sebagai berikut :

1.Tangisan pertama manusia itumerasa berat bebannya karena harus menanggung Rahasia Allah(Nyawa/ Roh).

2. Tangisan kedua manusia merasa gembira karena telah dilahirkan ke dunia dan menjadi mahluk yang termulia.
Bayi yang berumur satu hari membawa kalimah pikun  dan ketika Bayi mulai ketawa Ahmadnamanya. Kemudian masa genggaman tangan mulai terbuka Muhammad Namanya, sampai akil Baliqh, namanya Muhammad. Dan pada masa akil Baliqh inilah segala perintah Allah wajib baginya.
Manusia atau Insan terdiri dari :
1. Jasmani atau Jasad Kasar
2. Rohani atau Jasad Halus
Jasmani atau Jasad kasar ini dinamakan Muhammad. Sedangkan Rohani atau Jasad Halus dinamakan diri Bhatin atau Roh atau diri Rahasia Allah. Tanpa diri batin atau Roh, manusia itu disebut mayat.
Jadi yang dinamakan manusia itu karena dia menanggung Rahasia Allah (nyawa/Roh).
Karena manusia menanggung Rahasia Allah (diri Bhatin/Nyawa/Roh) maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, iaitudiri yang sebenar-benarnya diri dan dengan mengenal dirinya manusia akan mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudahkembali menyerahkan dirinya kepada yang punya diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT, yaitu tatkala berpisah antara Roh/Nyawa dengan Jasadnya.

Manusia akan berguna di sisi Allah jika ia dapat menjaga Rahasia Allah (Nyawa/Roh), yaitu diri yang sebenar-benarnya diri. Sehingga sembahyang itu bukan berarti menyembah, tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kitaitu  hanyalah diri Allah semata.

Kita menyaksikan bahwa diri kitalah yang membawa dan menanggung Rahasia Allah SWT, dan tiada sesuatu pada diri kita hanya Rahasia Allah semata, serta tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

“INNA ‘ARADNAL AMANATA ‘ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL. FA ABAINA ANYAH MIL NAHA WA’ASFAKNA MINHA WAHAMALAHAL INSANU” (Al-Quran Surat AL-AHZAB: 72)
Artinya : “Sesungguhnya kami (Allah) lelah menawarkan suatu amanat kepada langit, Bumi, danGunung-gunung, tapi mereka enggan menerimanya (Memikulnya) karena merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”.

Dan karena Firman Allah inilah kita mengucap (syahadah).
“ASHADU ALLAA ILAA HA ILALLAH, WA ASHADU ANNA MUHAMMAD DARRASULULLAH”.
Artinya: Kita bersaksi dengan diri kita sendiri, bahwa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah SWT. Semata, dan tubuh zahir kita (Muhammad) sebagai tempat menangggung Rahasia Allah.

ALLAHUMMA SHALLI ‘ALA SYAIDINA MUHAMMAD WA’ALA ALISYIDINA MUHAMMAD. KAMA SALAITA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM,WABARIK ‘ALA SYAIDINAMUHAMMAD, WA’ALA SYAIDINA MUHAMMAD, KAMA BARAKTA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM. FIL ALAMIN INNAKA HAMIDUN MAJID. (salawat)
Dasar Hukumnya.
WA FII ANFUSIKUM AFA LAA TUBSHIRUUN.
Artinya : “Aku (Allah) ada pada dirimu (Jiwamu) mengapa kamu tidak memperhatikan.(tidak melihat). (AL-QUR’AN Surat AL-ZARIYAT: 21.)
WALIL LAHIL ASMA’UL HUSNA FAD ‘UHU BIHA.
Artinya : “Hanya milik Allah Asma’ul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’ul Husna itu (QS.AL-ARAF: 180).
INNAMA YATAZAK KARU ULUL-ALBAB
Artinya : “ Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran ini.
(QS.AR-RADU: 19).
ALLAZINA YUFUNA BI’AHDILLAHI WALA YAN QUDUNAL MISAQ
Artinya : “(yaitu) orang-orang yang memenuhi janji. (QS.AR-RADU: 20).
NAFSU
Suatu perlakuan naluri manusia yang mendorong manusia berperilaku menyimpang yang bertentangan dengan syariat danhakekat Allah SWT. Karena nafsu itu merupakan tahap hijab yang harus ditembus atau dipecahkan oleh seorang anak manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya.
Tanpa memecahkan dinding hijab ini manusia tidak mungkindapat kembali kepada Tuhannya semasa hidupnya di dunia atau mematikan dirinya sebelum mati.
Tujuh (7) martabat nafsu:
NAFSU AMARAH——–dimurkai Allah
NAFSU LAWAHMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MULHAMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MUTMAINAH—diridhai Allah
NAFSU RADIAH——–diridhai Allah
NAFSU MARDIAH—–diredhai Allah
NAFSU KAMALIAH—-disempurnakan Allah
WALAKAT HALAKNA PAUKA KUM SAB’ATARA-IKA
Artinya : Kami telah menciptakandirimu tujuh jalan (nafsu). (Q.S. Al-Mu’minun: 17)
Memancarnya suatu nur di dalamJantung itulah yang dinamakan kalbu. (Iman)
Setelah memecahkan dinding hijab yang disebut Nafsu Amarah
Innan Nadsa la-am maratun bissu-i
Artinya : Sesungguhnya nafsu amarah itu senantiasa menyuruhberbuat jahat.

Penyaksian hakiki mata hati berlaku apabila salik mengalami suasana (hal) yang menyebabkandia menafikan kewujudan dirinya dan menetapkan kewujudan Allah. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh qalbu salik tersebut.Mata hati salik hanya melihat kepada wujud Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Salik yang berada dalam keadaansebegini telah fana  daripada sifat-sifat kemanusiaan.

Penyaksian mata hati adalah jauh lebih tinggi daripada ilmu makrifat, kerana penyaksian itu adalah hasil daripada perjalanan panjang, keteguhan hati, dan pengalaman pahit getir yang dialami salik dalam menempuh perjalanan pulang ke kampung akhirat (kembali kepada Allah).

Penyaksian mata hati ini adalah setinggi-tinggi keyakinan terhadap kewujudan Allah, inilahyang dikatakan Isbatul Yakin. Salik yang telah mengalami isbatul yakin, maka syahadahnyabukan lagi  syahadah yang palsu,tetapi beliau  melihat wujud Penciptanya dengan nyata ketikabersyahadah. Hanya syahadah yang sebeginilah yang dapat menjamin keselamatan salik di dunia dan di akhirat.

Pada penyaksian ini salik tidak lagi melihat kepada ketiadaan diri atau kewujudan dirinya, tetapi salik melihat wujud Allah dalam segala sesuatu.
Penyaksian mata hati adalah melihat wujud Allah tanpa dinding, tiada lagi antara, antarasalik dan Penciptanya. Tiada lagi antara, antara  kedua-duanya.

QS Al Hadid 4: Dia bersama kamudi mana saja kamu berada.
Sejajar dengan Firman yang mulia itu,  sememangnya, salik tidak lagi terpisah daripada Allah.  Penyaksian mata hati ialah salik melihat Allah dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangan salik terhadap makhluk tidak lagi menutup pandangannya kepada Penciptanya. Di sinilah makam keteguhan yang terdapat di dalamnya ketenangan dan kedamaian yang kekal.

Pada penyaksian mata hati ini, salik tiada lagi ucapan, tiada lagibahasa, tiada lagi ibarat, tiada lagi ilmu, tiada lagi makrifat, tiada lagi pendengaran, tiada lagi kesadaran, tiada lagi hijab, bahkan segala sesuatu sudah tiada lagi, yang ada hanyalah yang Esa.

Tabir telah tersingkap, Salik memandang Dia tanpa ibarat, tanpa huruf dan tanpa kata-kata.Allah dipandang dengan mata hati (keyakinan) bukan dengan mata yang ada di kepala. Salik yakin bahawa  Allah lah  yang dipandang, walaupun tiada suatu petunjuk  pun untuk diberitahu dan tiada satu pengenalan pun untuk mengenalinya.

Salik yang mengalami suasana ini, beliau kekal bersama Allah pada setiap saat, setiap ruang dan setiap keadaan. Salik yang beginilah yang berzikir (melihat yang diingat) ketika berdiri, duduk dan berbaring, bahkan dalam segala keadaan pun.

Seorang salik  akan memasuki satu keadaan seperti keadaan orang yang sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar ‘mati sebelum mati’, ataupun dengan istilah yang mudah ‘diam’, iaitu fikiran tidak bergerak, batin dan jasad juga tidak bergerak.
Qs Az Zumar 39:42:Allah mematikan manusia (memegang rohnya) ketika mati,dan bagi yang belum mati di dalam tidurnya, lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan.

(Bagi salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki alam ruh dengan izin Allah).
Keadaan diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan ‘mati sebelum mati’ atau ‘keadaan semacam orang tidur’.

Untuk mencapai keadaan ini, diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesadaran.

Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu mati
Mati itu hakikat tiada
Tiada itu adalah kekosongan
(hanya ada Allah)

Sebelum salik mencapai makam diam ini, salik  perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu:
Fana Rasul
Fana Allah
Baqa Allah
Liqa Allah (aspek wujud Allah).
Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa:

Diam itu adalah singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
Diam itu adalah sumber Kun Fayakun
Diam itu mengangkat salik ke makam Insan Kamil Mukamil.
Tanpa proses ‘diam’ ‘kepongpong tidak akan menjadikupu-kupu’.

Jelaslah sangat penting proses  diam ini,, umpama menunaikan haji di Mekah, tanpa wukuf di Arafah,, maka tiadalah haji. (ia tidak boleh diganti dengan dam), perlu dilakukan sendiri.

KAFIR KEPADA ALLAH,  ISLAM KEPADA MANUSIA
Penyebab banyaknya Bencana Alam karena tidak kenal yang disembah (tidak  makrifatullah).Adapun bermula menyembah Allah,  adalah atas kenal mengenal, yang dikenal,
puji memuji, yang dipuji,  Ya saya!  Ya kamu!.. dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW.

Maka inilah kitab, yang sudah diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia.  Supaya mudah bagi orang yang baru belajar untuk mengenal Allah. Diceritakan daripada Abdullah Bin Umar r.a.  Beliau berkata,  ada seorang yang bertemu Rasullulah SAW,  mahu  belajar ilmu Jibril a.s, iaitu ilmu yang sempurna di  dunia dan akhirat, yang  mengamalkan  hakikat di dalam shalat lima waktu, dan yang  wajib diketahui bagi kita semua.

Hakikat Solat.
Yang harus mereka ketahui pertama kali,  hakikat shalat, supaya sempurna kita menyembah Allah, bermula hakikat  shalat itu empat perkara :
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4. DUDUK (TABDIL)
Adapun hakikatnya:

1. BERDIRI ( IHRAM) itu karena huruf ALIF asalnya dari API, bukan api pelita dan bukan pula api bara. Adapun artinya API itu bersifat JALALULLAH, yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri dua perkara:  KUAT Dan  LEMAH. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga, karena hamba itu tidakmempunyai KUAT dan LEMAH, karena hamba itu di-KUAT-kan dan di-LEMAH-kan oleh ALLAH, bukannya Kudrat dan Iradat Allah itu lemah.

Adapun kepada hakikatnya, yang sifat lemah itu pada sifat kita yang baharu ini. Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah pada segala AF’AL (perbuatan) hamba yang baharu.

2. RUKUK (MUNAJAH) itu karena huruf LAM awal, asalnya dari ANGIN, bukannya angin barat dan bukan pula angin timur. Adapun artinya ANGIN itu bersifat JAMALULLAH, yang artinya sifat KEELOKAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara:  TUA Dan  MUDA, yang merupakan Kudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak mempunyai TUA dan MUDA.Adapun yang dihilangkan tatkalaRUKUK itu adalah pada segala ASMA (nama) hamba yang baharu.

3. SUJUD (MIKRAJ) itu karena huruf LAM akhir, asalnya dari AIR,bukannya air laut dan bukan pula air sungai.  Adapun artinya AIR itu bersifat QAHAR ALLAH, yang artinya sifat KEKERASAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara :  HIDUP dan  MATI, yang merupakan Kudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak pun mempunyai HIDUP dan MATI. Adapun yang dihilangkan tatkala SUJUD itu adalah pada segala NYAWA (sifat)hamba yang baharu.

4. DUDUK (TABDIL) itu karena huruf HA, asalnya dari TANAH, bukannya pasir dan bukan pula tanah lumpur. Adapun artinya TANAH itu bersifat KAMALULLAH, yang artinya sifat KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara :  ADA dan  TIADA, yang merupakanKudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak ADA danTIADA. Adapun yang dihilangkan tatkala DUDUK itu adalah pada segala WUJUD – DZAT hamba yang baharu, karena hamba itu wujudnya ADAM, yang artinya hamba tiada mempunyai wujud apapun karena hamba itu diadakan (maujud), hidupnya hamba itu dihidupkan, matinya hamba itu dimatikan dan kuatnya hamba itu dikuatkan.
Itulah hakikatnya shalat.

Barangsiapa shalat tidak tahu akan hakikat yang empat perkara tersebut di atas, shalatnya hukumnya KAFIR JIN dan NASRANI, artinya KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA, yang berarti KAFIR BATHIN, ISLAM ZHAHIR, hidup separuh HEWAN, bukannya hewan kerbau atau sapi. Bimbingan mereka berbicara ini baik  atas kita, supaya jangan shalat kita itu menyembah berhala !!!.

Takbiratul ihram.
INI PULA tentang  menyatakan sempurnanya orang TAKBIRATUL IHRAM, yaitu hendaklah tahu akan MAQARINAHNYA. Bermula MAQARINAH shalat itu terdiri atas empat perkara:
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4.  DUDUK (TABDIL)

Adapun hakikatnya BERDIRI (IHRAM) itu:  adalah TERCENGANG,artinya: tiada tahu dirinya lagi, lupa jika sedang  menghadap Allah Ta’ala, siapa yang menyembah?  dan siapa pula yang disembah?
Adapun hakikatnya RUKUK (MUNAJAH) itu adalah BERKATA-KATA, artinya: karena di dalam TAKBIRATUL IHRAM itu tiada akan menyebut dirinya (asma – namanya), iaitu berkata hamba itu dengan Allah. Separuh bacaanyang dibaca di dalam shalat itu adalah KALAMULLAH.
Adapun hakikatnya SUJUD (MIKRAJ) itu adalah TIADA INGAT YANG lain hanya Allah.
Adapun hakikatnya DUDUK (TABDIL) tiada LAIN TATKALA SHALAT, MELAINKAN ALLAH SEMATA.
Sah dan maqarinahnya shalat adalah apabila, SUDAH BERGANTIWUJUD HAMBA DENGAN TUHANNYA.

Shalat itu terdiri atas tiga perkara :
1. QASHAD
2. TAKARADH
3. TA’ IN
Adapun QASHAD itu adalah menyegerakan akan berbuat shalat, barang yang dishalatkan itu fardhu itu sunnah.
Adapun artinya TAKARRADH itu adalah menentukan pada fardhunya empat, tiga atau dua.
Adapun TA’IN itu adalah menyatakan pada waktunya, zhuhur, ashar, maghrib, isya atausubuh.
Kesempurnaan shalat.
INILAH PULA tentang menyatakan sempurnanya shalat :

Adapun sempurnanya BERDIRI,   Nyata kepada AF’AL Allah. Hurufnya ALIF. Alamnya (IHRAM) itu hakikatnya: NASUWAT. Tempatnya TUBUH, karena tubuhitu kenyataan SYARIAT.
Adapun sempurnanya,  Nyata kepada ASMA Allah. Hurufnya LAMAwal. RUKUK (MUNAJAH) itu hakikatnya: Alamnya MALAKUT. Tempatnya HATI, karena hati itu kenyataan THARIQAT. Adapun  Nyata kepada SIFAT Allah.
Adapun  sempurnanya SUJUD (MIKRAJ) itu hakikatnya: LAM Akhir. Alamnya JABARUT. Tempatnya NYAWA, karena Nyawa itu kenyataan HAKIKAT.  Nyata kepada DZAT Allah.
Adapun sempurnanya DUDUK (TABDIL) itu hakikatnya: Hurufnya HA. Alamnya LAHUT. Tempatnya ROHANI, karena ROHANI itu kenyataan Makrifat.
Adapun BERDIRI (IHRAM) itu kepada SYARIAT Allah. Nyatanya kepada KAKI kita. Adapun RUKUK(MUNAJAH) itu kepada THARIQAT Allah. Hurufnya MIM. Nyatanya kepada PUSAT (PUSER) kita. Adapun SUJUD (MIKRAJ) itu  Hurufnya HA. Nyatanya kepada DADA kita. Adapun DUDUK kepada HAKIKAT Allah.  Hurufnya MIM Awal. Nyata kepada KEPALA (TABDIL) itu kepada MAKRIFAT Allah. (ARASY) kita.
Jadi Orang Shalat membentuk huruf AHMAD – MUHAMMAD.
Tubuh.
INILAH PULA tentang  asal TUBUHkita (jasmaniah) kita dijadikan oleh Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. API
2. ANGIN
3. AIR
4. TANAH
Adapun NYAWA kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WUJUD
2. NUR ILMU
3. NUR
4. SUHUD
Adapun MARTABAT Tuhan itu ada tiga perkara:
1. AHADIYYAH
2. WAHDAH
3. WAHIDIYYAH
Adapun TUBUH kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WADIY
2. MADIY
3. MANIY
4. MANIKEM
Jalan kepada Allah.
INILAH PULA tentang menyatakan jalan kepada Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. SYARIAT – AF’AL -  BATANG TUBUH
2. THARIQAT -  ASMA – HATI – DIRI
3. HAKIKAT -  SIFAT -  NYAWA KITA
4. MAKRIFAT – RAHASIA – SIR
Adapun hakikatnya: SYARIAT itu adalah KELAKUAN TUBUH
TARIKAT itu kelakuan hati
HAKIKAT itu adalah KELAKUAN NYAWA.
MAKRIFAT kelakuan rohani, sir.
Iaitu jalan penghulu kita Nabi MUHAMMAD.
Karena lafadz MUHAMMAD itu  ada empat huruf iaitu:
1. MIM Awal
2. HA
3. MIM Akhir
4. DAL
Adapun huruf MIM Awal itu ibarat KEPALA. Adapun huruf HA itu ibarat DADA. Adapun huruf MIM Akhir itu ibarat PUSAT (PUSER). Adapun huruf DAL itu ibarat KAKI.
Adapun huruf MIM Awal itu MAQAM-nya kepada alam LAHUT. Adapun huruf HA itu MAQAM-nya kepada alam JABARUT. Adapun huruf MIM Akhir itu MAQAM-nya kepada alam MALAKUT. Adapun huruf DAL itu MAQAM-nya kepadaalam NASUWAT (NASUT).
Sah dan lagi lafadz ALLAH terdiri dari empat huruf:
1. ALIF
2. LAM Awal
3. LAM Akhir
4. HA
Adapun huruf ALIF itu nyatanya kepada Af’AL Allah. Adapun huruf LAM Awal itu nyatanya kepada ASMA Allah. Adapun huruf LAM Akhir itu nyatanya kepada SIFAT Allah. Adapun huruf HA itu nyatanya kepada dZAT Allah.
Adapun AF’AL itu nyata kepada TUBUH kita. Adapun ASMA itu nyata kepada HATI kita. Adapun SIFAT itu nyata kepada NYAWA kita. Adapun dZAT itu nyata kepada ROHANI kita.
Alam.
INILAH PULA tentang menyatakan ALAM. Adapun ALAMitu atas dua perkara:
1. ALAM KABIR (ALAM BESAR – ALAM NYATA).
2. ALAM SYAQIR (ALAM KECIL – ALAM DIRI KITA).
Adapun ALAM KABIR itu adalah alam yang NYATA INI. Adapun ALAM SYAQIR itu adalah alam DIRI KITA INI. ALAM KABIR (ALAM BESAR) itu sudah terkandung didalam ALAM SYAQIR karena ALAM SYAQIR itu bersamaan tiada kurang dan tiada lebih, lengkap dengan segala isinya bumi dan langit, arasy dan kursy,syurga, neraka, lauhun (tinta – dakwat) dan qolam (pena), matahari, bulan dan bintang.
Adapun BUMI – JASMANI d idalamtubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis iaitu:
1. BULU
2. KULIT
3. DAGING
4. URAT
5. DARAH
6. TULANG
7. LEMAK (SUM-SUM)
Adapun LANGIT – ROHANI (OTAK –ARASY) di dalam tubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis pula:
1. DIMAK (LAPISAN BERPIKIR – RUH NABATI)
2. MANIK (LAPISAN PANDANGAN – RUH HEWANI)
3. NAFSU (RUH JASMANI)
4. BUDI (RUH NAFASANI)
5. SUKMA (RUH ROHANI)
6. RASA (RUH NURANI)
7. RAHASIA (RUH IDHAFI)
Adapun MATAHARI di dalam tubuh kita yaitu NYAWA kita. Adapun BULAN di dalam tubuh kita, iaitu AKAL kita. Adapun BINTANG didalam tubuh kita, iaitu ILMU kita (ada yang banyak dan ada pula yang sedikit). Adapun SYURGA di dalam tubuh kita, iaitu AMAL SHALEH kita. Adapun NERAKA di dalam tubuh kita, iaitu DOSA-DOSA kita.
Adapun LAUT di dalam tubuh kitaada dua iaitu:
1. LAUT ASIN (masin)
2. LAUT TAWAR
Adapun LAUT ASIN di dalam tubuh kita, iaitu AIR MATA kita. Adapun LAUT TAWAR di dalam tubuh kita, iaitu AIR LUDAH kita.
Adapun MAHLIGAI di dalam tubuh kita ada tujuh pula iaitu:
1. DADA
2. QALBUN
3. BUDI
4. JINEM
5. NYAWA
6. RASA
7. RAHASIA
Di dalam DADA itu QALBUN dan di dalam QALBUN itu BUDI dan didalam BUDI itu JINEM dan di dalam JINEM itu NYAWA dan di dalam NYAWA itu RASA dan di dalam RASA itu RAHASIA (SIR).

Tiadalah sempurna agama kita melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan Makrifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang termaktub di dalam Hadith Jibrail. Maka bermula lah satu penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berkiblat kepada DZAT yang ESA (AHAD).Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan juga Ulil Albab’, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN. (sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita. Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkanbahawasanya keinginan kita itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA. ParaArifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAMKABIR (macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR (micro-cosmos).

Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh Al Quran dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].

Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan kritikal di dalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW, perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hatianda dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya diketemukan NYA akan AL-HAQ. Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara istiqomah diatas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR.

Ilmu Makrifat ini tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI. Kerana itu, Syaitansuka menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH.

HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.

Sama ada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah atau mengurang akan DIA oleh apa pun. Jika kafir sekalian makhluq, DIA tetap AGUNG. Itulah DZAT yang ESA lagiMUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA?

Bermula dari langkah pertama didalam kesedaran mujahadah wa musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad, semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat jalan dan tidak akan bertemu tempat yang di tuju. Dan kearifan kita tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada DZAT yang menamakan DIRINYA itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.

Dan apabila kita [RUH RABBANI] diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilahkita seakan-akan pemerhati sahaja. Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA. Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI insya ALLAH.

Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.

Walhamdulillah, Wasolawatu Wassalam ‘Ala Muhammad Wa Alihi Wa ‘Ibadillahis Solihin Ajmain.

Asyahadualla ilaaha illallah ini merupakan syahadat tauhid atau hakikat ketuhanan, iaitu  diri bathin manusia (Rohani)
Wa-asyhadu anna muhammadar rasulullah ini merupakan syahadat rasul atau hakikat kerasulan, iaitu  diri zahir manusia. (Jasmani).Diri bathin (rohani) adalah sebenar-benarnya diri yang mengandungi,  Diri Rahasia Allah.
Untuk menyatakan Diri Rahasia Allah, adalah diri zahir manusia.
Sedangkan ….. perkataan Muhammad pada syahadad Rasulmengandungi erti, iaitu  diri zahir manusia,  yang di dalamya ada diri batin  yang menanggungRahasia Allah.

Kejadian manusia adalah satu-satunya kejadian yang paling sempurna dan rapi, QS Al Mukminum 23:12,13,14: Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah, kemudian kami jadikan sari tanah itu air mani yang terletak dalam tempat yang kokoh, Kemudian Kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalusegumpal darah itu kami jadikandaging, dan segumpal daging Kami jadikan tulang belulang, kemudian tulang belulang itu Kami tutup dengan daging, sesudah itu Kami jadikan makhluk yang berbentuk lain, Maha Suci Allah pencipta yang paling baik.

Setelah jasad itu siap,  maka Allah meniupkan Ruhnya, QS Al As Sajdah 32:9: Setelah selesai bentuknya Aku ciptakan, maka Aku utus Ruhku ke dalamnya, maka dengan itulah ia melihat, bergerak dan berkuasa. Qs Hijr 15:29:Maka setelah Aku sempurnakan kejadiannya, makaAku tiupkan Ruhku ke dalamnya,maka tunduklah kamu dengan bersujud.

Kemudian Allah meninggikan darajat manusia seperti firmannya   Q.S. At Tiin 95:4: Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu.
Kemuliaan manusia karena manusialah yang sanggup menanggung Rahasia Allah Q.S. Al-Ahzab 33: 72: Sesungguhnya telah Kami kemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang lalu mereka enggan memikulnya dan takut untuk menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia.

Dan kerana  firman Allah dalam surah Al-Ahzab 33:72 inilah kita mengucapkan  syahadad:
“ Asyahadualla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Rasullulah.”
Bahawa, kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahwa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata, dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung Rahasia Allah, dan kita akan menjaganya (Rahsia ini) sehingga ia kembali ke asalnya.

(Perhatian: Jangan tersalah tafsir kerana ia boleh menyebabkan syirik dan kufur, dan jangan juga menunding jari, mintalah hidayah kepada Allah semoga diberikan pemahaman dalam perkara ini.)

Makrifat tauhidul iman
Makrifat adalah nikmat yang teramat besar, bahkan kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan.Rasulullah SAW  sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya dapat melihat Allah SWT di saat fana  maupun jaga (sadar). KezahiraNya sangat nampak pada hamba. Hadis qudsi Al insanu syirri wa ana syirrohu (Adapun insan itu Rahasiaku Dan Aku pun Rahasianya).

Firman Allah: Kuciptakan Adam dan anak cucunya seperti rupaku( Khalakal insanu ala surati Rahman ). Kesimpulannya insan itu terdiri daripada tiga unsur, iaitu Jasad, Ruh/Nyawa dan Allah. Maka dengan itu hiduplah hamba.

Adapun Jasad, Nyawa, dan Allah taala, bagaikan sesuatu  yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Umpama langit, bumi, dan makhluk yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun pandangan insan terhadap Tuhannya adalah berbeza-beza, mengikut tahap pencapaian ilmu masing-masing.

Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu, dan hamba menyembahNya bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya  (hakikatnya) bukan begitu. Itu hanya sangkaan umum saja.  Dari segi makrifat  Allah SWT  itu Esa pada wujud hamba.  Dalilinya, QS  Al Qaf 50:16: Aku lebih dekat dari urat lehernya . QS Az Zariyat51 :21: Dalam diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan .

Masing-masing  hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya), satu persatu (esa) diberi sesembahan (Allah di dalam diri),kenapa berpaling mencari Tuhan yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).

Dalilnya, QS Al Hadid 57:4: Aku beserta hambaku di mana saja dia berada . Oleh itu,  janganlah risau dan takut Allah sentiasa bersama kita ke mana sahaja kita pergi.

Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana Nabi Musa melihat Tuhannya, seperti mana yang diceritakan di dalam Al Quran. Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihatNya QS Al A’raaf 7:143 :

Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya,  maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.”  Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak dapat  melihat-Ku,

(rahasianya:  tidak ada siapa yang dapat melihat Allah,  hanya Allah dapat melihat Allah.  Hamba terdinding daripada Allah,  kerana selain wujud Allah, masih ada Rasa wujud Hamba).
tetapi pandanglah ke gunung itu,

(Pada ketika Nabi Musa memandang gunung itu,  begitu juga Allah Taala berpisah sementara daripada jiwa Nabi Musa, maka Nabi Musa pengsan, bukannya mendengar akan letusan gunung tersebut)
jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.

(” Engkau adalah aku, aku adalahengkau “, apa yang disaksikan Nabi Musa adalah menyaksikan dirinya di luar dirinya untuk sementara waktu, setelah Allah bertajalli  (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka)  tajalinya itu menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan.)

Setelah Nabi Musa  sedar, dan berkata: ” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orangyang pertama beriman (pada zamanku)”
Demikian sedikit paparan tentang Nabi Musa melihat Tuhannya. Dan jelaslah Allah dapat dilihat tetapi bukannya dengan mata kasar, yang dilihat dengan mata kasar itu adalah hijab, oleh itu jangan tersalah, hati-hati, kalau tersalah boleh  menjadi syirik dan kufur.
Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan Allah.

Sebenarnya Tuhan tidaklah berdilog sebagaimana yang digambarkan  ataupun kejadian alam juga sebagaimana yang digambarkan. Bahasa Tuhan bukanlah seperti bahasa manusia, tetapi dengan wahyu, ilham, di sebalik tabir atau dengan utusan. Oleh itu janganlah terkeliru, cuma untuk pemahaman, semoga pembaca memahami maksud yang tersiratdalam tulisan ini. )Dalil berkaitan Awaluddin Ma’rifatullah ( awal beragama mengenal akan Allah).
Berlakunya sembah kepada Allah atas kenal (makrifatullah), jikalau tidak kenal cuma khayalan semata. Sejajar dengan kata-kata: Man Arafa Napsahu fakod Arafa Rabbahu (Barang siapa Mengenal diri akan kenal pada Tuhannya). Dalil berkaitan perkara ini: Innalillah ( sesungguhnya kita berasal dari  Allah) wa illaiha rojiun ( kepada Allah kami kembali.)

Pembuktian Sesungguhnya kita berasal dari Allah.
Firman  Allah dalam hadis qudsi: Aku adalah Perbendaharan Yang Tersembunyi.
Aku ingin Terkenal dan dikenal, maka kuciptakan makhluk adam dan segala alam dan isinya.
KataNYA: Aku ingin Melihat Diri di luar Diri ku.

Sebenarnya sebelum ada langit dan bumi , sebelum ada surga dan neraka
Dan juga sebelum ada makhluk. Dan Allah pun belum dikenal, sudah ada kita-kata (pertanyaan).
Sekarang ? Adanya kita di mana?

Jawapan:
Adanya kita semua, iaitu di dalam Perbendaharan Allah di dalam kunhi Dzat Allah.
Sedangkan Allah masih seorang diri.  Apakah roh kita,  apakah sama usia Allah dengan usia Roh kita, bahkan sama,  tiada Awal tiada Akhir.

Firman  Allah: Wahai segala Perbendaharaan roh manusia Aku ingin mencipta Alam, perhatikan dan sebut KUN secarabersama-sama.
Maka mereka pun berkata bersama-sama : KUN, maka jadilah tujuh lapis  bumi,  dan isinya tumbuh-tumbuhan dan binatang di darat dan di laut.
Berkata lagi KUN: jadilah tujuh  lapis langit Dan planet, tatasurya dan Gugusan bintang-bintang.
Berkata KUN:  jadilah Surga.
KUN: jadilah Neraka.
KUN: jadi Malaikat,
KUN: jadi Jin,
KUN: Jadi Iblis.
Sudah berkata tujuh kali  KUN, maka kesemuanya tersebut adalah berdiri sendiri dengan Nyawa masing-masing. Kesemuanya Aku yang mengendalikannya. Mereka semua sudah diberi tugas sesuai perjanjian dalam bahasa ilmu ruh  Nur Muhammad.

Perumpamaan ini sengaja dibuat agar mudah difahami (keadaan sebenarnya bukanlah begini, ini cerita kias untuk memudahkan pemahaman).
Sekarang Firman  Allah Aku inginMelihat Diriku di luar diriku aku Mau menciptakan
Adam. Dalil berkaitan perkara iniseperti Firman Allah: Wahalaqta adama Kasuratihi (Kuciptakan Adam Seperti rupaku.  Atau seperti Bentukku atau Seperti Aku).

Untuk tujuan pembentukan jasad manusia, Allah SWT Memerintahkan malaikat Jibrail untuk mengambil, tanah, angin, api, dan air. Di Pertengahan dunia. Di negeri Mekkah. Di mana nanti dibangunkan Kaabah (Baitullah) oleh Nabi Ibrahim.

Proses Penciptaan Adam. Firman  Allah, akan  Aku buat Adam Seperti wujudku.
Baik, kata  malaikat. Setelah Adam dibentuk  persis Allah SWT. Maka Allah meniupkan RohNya Kepada Adam, lalu Adam bersin , apa gerangan yang terjadi.

Adam cuma mampu  bernafas, nama nafasnya Idaf.  Wahai Jibrail Aku Sudah Bisa Melihat Diriku di luar diriku, Allah Taala sangat senang. Walaupun sudah hidup. Namun Adam masih belum mampu  berjalan dan bergerak , berkata, mendengar dan merasa. Masih kaku Adam.
Hai Jibrail bagaimana ini? Adam tidak mampu  berbuat apa-apa. Sekarang Firman  Allah KUN
Sempurnalah Adam. Bagaimanapun, setelah di Kun Adam tetap saja belum sempurna.
Firman  Allah, wahai  Jibrail  kamu diam-diam  saja AKU AKAN BERTAJALI di wujud Adam,  biar Adam sempurna. Biar Aku ghaib dalam  diri Adam dan Aku ingin dikenal dan terkenal. Aku akan menjadi Rahasia Diri Manusia.  Dan aku akan meneteskan perbandaharaan DzatKU melalui Sulbi Adam.

Setelah Adam sempurna Adam tinggal di dalam surga. Seorang diri.
Bagaimanapun, agar  Adam tidak kesepian di surga Allah mahu memberikannya seorang teman.
Bagaimanapun status jantina Adam Belum tahu lagi  entah lelaki entah perempuan,  Dan lagi  Adam yatim tidak punya bapa tidak punya ibu. Jadi Adam itu binnya siapa..?
Adam Malikul  jasad: Adam raja sekalian jasad.
Muhammad Malikul Arwah: Muhammad raja sekalian roh
Allah Malikul Dzat: Allah raja sekalian dzat.
Sekarang Adam ditidurkan oleh Allah. Adam tidur pulas. dengan kuasa Allah dicabutlah tulang rusuk Adam yang di sebelah kiri. Dijadikanlah SITI HAWA, Nur sia permula asal.
Sekarang Adam tidak kesunyian lagi di surga, dan Adam dimuliakan para malaikat dan kalangan jin Kenapa ? Sebab hanya bangsa malaikat yang melihat Allah Ta’ala bertajali penuh ke diri Adam.
Karena ADAM dimuliakan sangat oleh malikat, lalu iblis hiri hati dan dengki terhadap  Adam Dan Hawa.  Lalu iblis menipu daya Adam.
Apa sebabnya iblis mahu menipu Adam, sebenarnya inilahcaranya hanya Allah SWT  sahaja dapat dikenal dan terkenal, agar  Adam dan Hawa cepat turun ke bumi.  Adapun iblis diciptakan dari api. Iblis diberikan sifat  Al Mutakabbirin (takbur) oleh Allah.
Sebenarnya, Adam mahu dikirim  ke bumi sebagai khalifah  di muka bumi. Wakil Allah di muka Bumi. Jadi Alwakil dengan albathin  adalah satu. Dalilnya zahirro Rabbi pi Bathini Abdi ( zahir Allah pada bathin hambanya). Jadi Adam diberi segala nama segala sifat segala rahasia, segala rasa.
Wal hasil Iblis menggoda, setelah Adam memakan buah Khuldi   lalu terbukalah
nafsu birahi.  Sulbi Adam memanjang  dan sulbi Siti Hawa terbuka. Oleh itu mereka  tidak pantas lagi tinggal di surge.
Lalu dengan izin Allah,Adam turun ke dunia  bersama-sama tiga Unsur  dalam diri  Adam. TUBUH. NYAWA, dan ALLAH SWT. Ketiga-tiga ini tidak bisa dipisahkan. Adam dan Hawa dibekali Rasa surga Jannatun Naim agar mereka ingat pulang ke surga. Yaitu Rasanya Pada Waktu Adam Kumpul sama Hawadi dunia. Waktu kita kumpul isteri.
Sekarang diri kita ada diperbendaharaan Adam, Yaitu gaib di sulbi Adam,  sulbi Nuh, sulbi Ibrahim sampailah ke sulbi Abdullah. Dikandung rahim siti Aminah. Maka lahirlah Rasulullah SAW. Di kota mekah.
Jadi kita gaib dari sulbi ke sulbi 25 nabi menyebar sampai ke sulbi orang tua kita. Maka lahirlah kita sama-sama mengandungi tiga unsur iaitu, jasad, roh, dan Allah ta’ala. (Satu Batang Tubuh).
Mencari Allah di luar diri Syirik, mencari Allah di dalam Diri zindik. Misal Kapas  berlindung di benang, benang berlindung di kain. Seakan-akan  Kapas dan Benang tidak kelihatan.  Yang Nampak adalah Kain.
Ataupun  ghaib Allah, Yang nyata Hamba. Sebab terdinding (terhijab) kita kepada Allah. Kerana selain wujud  Allah, masih ada Rasa wujud  kita. Selain sifat  Allah, masih ada Rasa sifat kita.
Wujud ertinya Ada, dan mustahil tiada, bererti  nyata ADA. Lawan bagi wujud ialah  Adam iaitu tiada. Bererti Adam cuma hanya Nama saja yang ada Allah Taala saja.
Sekarang Allah Taala tidak boleh menyamar diri lagi. Sandiwara Allah taala sudah Ketahuan, beranilah berkata begitu .
Allah Taala sangat senang sekali kalau kita mengenali DIA. Jikalau terdinding  merupakan Najis di hadapan Allah.
Unsur Manusia: tubuh, roh/nyawa/ dan Allah Ta’ala.
Rasulullah Berkata: Tiada ada kulihat pada Hamba itu, melainkan  Allah Taala Zahir dan Bathinnya. Bagaimanapun, jikalau sudah kenal Rahasia tetap dijaga…dengan baik.

Wujud yang paling nyata adalah wujud Allah, wujud benda termasuk diri sendiri  adalah dengan cahaya Allah (Dzat Allah).Apabila anda melihat sesuatu benda di sekitar anda, yang pertama anda lihat adalah CahayaAllah, kemudian baru rupa wujud yang ditunjukkah (diterangi) Cahaya Allah tersebut.

Sebagai analogi: Apabila anda membuat sesuatu bentuk (ukiran) dengan lilin (katakanlah sebuah patung manusia),  yang pertama anda perhatikan adalah lilin, kemudian rupa bentuk patung yang anda buat itu, tetapi tahukah anda bentuk adalah sebuah khayalan (hanya berada dalam fikiran) dan tidak wujud pada zahirnya.

Bentuk patung manusia itu ada dalam khayalan anda sahaja, pada zahirnya bentuk itu adalah lilin. Jadi tidak ada bentuk pada lilin, ini terbukti apabila anda pecahkan bentuk (ukiran)  itu, semuanya bentuk itu akan hancur dan yang tinggal adalah lilin semata. Jadi bentuk dan lilin adalah esa (satu) jua.

Oleh yang demikian bentuk tidak beserta dengan lilin, dan dengan ini tidak membolehkan ia menjadi dua, ( bentuk dan lilin), tetapi hanya lilin yang ada.

Benda atau rupa adalah kosong (adum), hanya lilin yang ada, kerana benda atau bentuk tiada hakikatnya, ia hanya wujud dalam khayalan atau fikiran sahaja.

Dengan analogi ini dapatlah pemahaman bahawa hanya Dzat dan Sifat Allah sahaja yang ada, manakala makhluk hakikatnya tiada, hanya kosong.
Oleh itu, apabila anda melihat kepada diri anda atau benda-benda yang lain di sekeliling anda, pertama anda lihat adalah Dzat Allah, kerana makhluk tiada hakikatnya, ia ada kelihatan hanya kerana pancaran Cahaya Allah. Apabila makhluk Fana maka ia menjadi yang Mutlak.

Ingatlah,  pandangan (mata hati)terhadap diri anda sendiri adalah pandangan terhadap Allah (apabila anda memahami perkara ini), kerana jasad anda tiada hakikatnya, fana, maka inilah juga yang dikatakan: Siapa yang kenal dirinya maka kenal ia Tuhannya.

Dengan yang demikian, apabila ante melihat sesuatu termasuk diri anda, pandangan terhadap Dzat Allah adalah yang pertama, berbanding pandangan terhadap benda atau diri anda. Kerana jikalau anda melihat benda atau diri anda dahulu, berkemungkinan anda  terlupa melihat Dzat Allah, dan dengan itu anda terhijab daripada melihat Allah.

Al-Azzaliyyah pada hakikatnya hanyalah al-Abadiyyah (Keabadian), yang  mana antara kedua-duanya (Al-Azzaliyyah dan  al-Abadiyyah ) tidak ada pembatas apa pun (esa jua).Sebagaimana Awwaliyyah (awal) adalah juga Akhiriyyah (akhir) dan kebalikannya akhir adalah juga awal.
Demikian pula lahir dan batin dan kebalikannya batin dan zahir, hanya saja suatu saat Dia menghilangkan diri daripada anda dan suatu saat menghadirkan diri kepada anda, dengan tujuan untuk memperbaharui kelazatan (kurnia) dan melihat penghambaan (’ubudiyyah).

Sebab orang yang mengenal-Nya melalui penciptaan makhluk-Nya, mereka  tidak akan mengetahui-Nya secara langsung(Isbatul Yakin). Sebab penciptaanmakhluk-Nya berada dalam firman ‘Kun’ – NYA (wujudlah).

Sementara itu, mengenalNya secara langsung (Isbatul Yakin) adalah sebagai suatu kehormatan, dan sama sekali tidak ada kerendahan sedikit pun.

Syekh Abu Nashr as Sarrai berkata: Makna dan ucapan an-Nuri, mengetahui-Nya secara langsung (Isbatul Yakin) , ialah langsung dengan yakin dan kesaksian hati nurani (mata hati)akan hakikat Ketuhanan dan hakikat-hakikat keimanan tentang hal-hal yang gaib.

Sementara itu, Syekh Abu Nashr as-Sarraj berkata: Makna dari apayang diisyaratkan tersebut, hanya Allah Yang Maha Mengetahui,   dan  menentukan waktu dan perubahan sesuatu itu adalah urusan Allah SWT.

Bagi  Allah apa yang telah terjadi,sama seperti pada apa yang bakal terjadi. Pada apa yang telah Dia firmankan sama sepertipada apa yang bakal Dia firmankan.
Sesuatu yang dekat menurut Dia sama seperti sesuatu yang jauh menurut Dia, dan begitu juga sebaliknya, sesuatu yang  jauh menurut Dia sama seperti sesuatu yang dekat menurut Dia.

Sementara itu, makhluk mempunyai sifat-sifat yang berlawanan, seperti dekat dan jauh, benci dan rindu atau senang dan susah, manakala sifat-sifat Al Hak tidak begitu, bahkan  esa jua, seperti zahirnya adalah batinnya dan awalnya adalah akhirnya.

Jadi sebagai kesimpulan sifat-sifat Al Hak itu adalah esa jua, atau tiada yang bertentangan, manakala sifat-sifat hambalah yang   berlawanan, seperti gelisah dan tenang.

(Oleh itu, untuk mencapai ketenangan selalulah berada di makam Keesaan, kerana di situ hanya ada sifat-sifat Allah yang terpuji.   Jikalau anda merasa resah dan gelisah, segeralah bertemuNya di makam Keesaan, insyaAllah anda akan mendapat ketenangan, kerana orang yang mengingati Allah hatinya akan tenang.)
Dan sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Manusia wajib menemui Allah di dunia ini.
Bagaimana pun, ada   yang  berpendapat Allah tidak dapat ditemui di dunia ini, tetapi hanya di akhirat nanti selepas ruh meninggalkan jasad, atau dengan lain perkataan setelah meninggal dunia.Tetapi  Allah menurunkan Al Quran sebagai  panduan untuk kehidupan manusia di dunia ini, bukan untuk sesudah meninggal dunia, dan terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyatakan Allah ituboleh ditemui di dunia ini,  antaranya adalah seperti  ayat-ayat berikut:

QS Al Insyqaq 84:6: Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menemuiNya, dan kamu akan MenemuiNya (Allah).

QS Al Ankabut 29:5 : Sesiapa yangmengharapkan pertemuan dengan Allah, maka waktu pertemuan itu pasti akan tiba.

QS Al Khafi 18:110 : Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang benar…

QS Al Baqarah2:46: Orang yang menyakini akan  menemui Tuhannya, mereka akan kembali kepadaNya (Allah).

QS Al Ahzab 33:21: Telah ada pada Rasullulah tauladan yang baik untuk mu, iaitu orang yang mengharapkan pertemuan  dengan Allah, dan kemudiannya banyak mengingati Allah.

Cuba fikirkan ayat-ayat tersebut, apakah Allah dapat ditemui?
(ya..pertemuan itu bukan dengan mata kasar)…

Allah itu ada…  Wajibal Wujud
Wajib Ada … walaupun tidak kelihatan di mata kasar,
Sememangnya Dia Ada,…. Pasti Ada,…
Hanya sebuah Keyakinan yang dapat menghadirkanNya,….
Setelah hadir…..
Bersama denganNya,…
Di dalam Ruang Ketenangan,…. Kekosongan,… nan  luas nan tak terbatas,
Bening,  dan  Meliputi…
Insafilah “Pengertian” yang mendatang,….
Inilah yang amat berharga,…..
Sebuah Pengertian..
Jangan mengharapkan,…
sebuah kata-kata di dalam hati,..
Kerana itu bukan bahasa Tuhan,…
Bahkan  sebuah Pengertian,…
Sebuah Ilham,..
Cahaya Nur Allah.
Penyaksian yang Hakiki.
Penyaksian tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah,
Tanpa suara dan tanpa huruf.
Penyaksian nan  berlaku pada Mata Keyakinan yang  tiada keraguan sedikit pun,
Bagi Si Salik yang memasuki hal ini,
Beliau  berkata;
Sesungguhnya hatiku tidak syak lagi,
Engkaulah (hai Penciptaku) yang aku pandang tanpa rupa,
Bentuk,
Cahaya,
Warna,
Suara dan
Huruf.
Maka, dengan itu,  Si Salik itu memasuki  suasana kebingungan-kebingunan dan
Kejahilan-kejahilan,
Yang harus ditempuhi Pencari Kekasih nan
Hakiki  lagi
Tabah hatinya.
Hakikat takbir bukan semata-mata ucapan Allahu Akbar.
Takbir merupakan pengucapan yang lahir dari Firman Allah untuk memuji kebesaran Dzat Nya sendiri.Jadi Takbir merupakan suara Tuhan yang meminjam mulut (jasad) kekasihNya.
Takbir sejati adalah menyatakan kebesaran Allah dari perbuatan (afaal) Allah sendiri.

Dan Takbir sejati juga adalah menyebutan nama Nya yang lahir dari kehendak Nya semata-mata.
Dengan Takbir yang demikian, maka yang lain menjadi sangat kecil, dan menjadi tidak ada.
Yang ada hanya Dzat Allah.
Maka, kemanapun dihadapkan muka, yang ada hanya Wajah Allah nan Maha Meliputi.

Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati  terhadap  nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita.

Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti  degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatanmata kita.

Dengan itu:
Siapakah yang mengatur jantungkita sehingga ia berdegup  setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita  keseluruh tubuh  kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.

Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingatiAllah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan  itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.

Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah  nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti FirmanAllah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.

Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan  dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.

Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenalAllah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.

Bagi yang telah sampai kepada Allah, melihat, merasakan dan bertemu denganNya itu adalah suatu rahasia.
Dan tidak boleh diceritakan tentang pertemuan itu, cukup bagi dirinya sendiri yang mengetahui.Bagaimana mungkin pertemuan itu dapat diceritakan, kerana jikalau diceritakan dengan lisan, maka ia menjadi suatu kesalahan, kerana yang keluar dari lisan itu adalah bersifat baharu ( sedangkan Allah itu muhalafah lil hawadith – berbezadengan yang baharu).

Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allahdan meraskan kehadiran   Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat meneka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui.

Bagi mereka Allah itu  Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh  dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini.

Apabila Allah dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihatAllah dengan membayangkan sesuatu  denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah.

Bagai manapun, sesuatu bayangan (wujud)  yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja,  sekadar penghubung bagi menyampaikan kepada yang dituju  (Allah).

Kita yakin  bahawa  sebagai analogi, bayang-bayang itu tidakpernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah.
Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya.

Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebati di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebati di dalam diri Ihsan (makrifatullah).Begitulah rahasia kesebatian sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan ,  sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan  luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan.  Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’…

Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran , bahawa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeza.

Sikap yang diambil Firaun adalahberbeza dengan yang diambil oleh Sufi . Sufi terkenal, Abu YazidBistami berkata: Aku Allah . Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana.

Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah , adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya , sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanyaAllah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana.

Maka seharusnyalah  beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi ia timbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan  oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahun apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu  adalah kufur dan syirik.

Di sinilah perbezaan antara ucapan Firaun:’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan.
Berbeza dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: Aku Allah. Beliau mengungkapkan ini dalam ketidak sadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah didalam dirinya,  yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT

MAKRIFATULLAH:  Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya.
AWALUDIN MA’RIFATULLAH Artinya :
Awal agama mengenal Allah.LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT Artinya:
Tidak sah  shalat tanpa mengenalAllah.

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Artinya:
Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.

ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA  Artinya:
Bukankah aku ini Tuhanmu ? Betul engkau Tuhan kami,kami menjadi saksi.(QS.AL-ARAF 7:172)

AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU Artinya:
Manusia itu RahasiaKu dan akulah Rahasianya.

WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN Artinya:
Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.

ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ Artinya:
Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.

LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH Artinya:
Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada malam Ghaibul Ghaib iaitu dalam keadaan antah-berantah hanya Dzat semata. Belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatupun. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang punya Dzat tersebut telah mentajalikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya.
Lantas tajalilah  Nur Allah dan kemudian tajali pula  Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana, (Kamu, Aku) , (Aku,Kamu),Ana Anta. Maka yang punya Dzat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini Tuhanmu? Maka dijawablah Nur Muhammadyang mewakili seluruh Roh, Ya…Engkau Tuhanku.
Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Qur’an surat Al-Araf 7:172:

ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA.
Artinya : Bukan aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, Kami menjadi Saksi.
Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksankan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah SWT. Seperti firman Allah dalam Hadits Qudsi yang artinya:“Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan mahkluk ini dan akuperkenalkan diriku. Apa yang dimaksud dengan mahkluk ini ialah : Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan daripada Nur Muhammad tujuan yang punya Dzat mentajalikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diri-nya sendiri dengan diri Rahasianya sendiri. Maka diri Rahasianya itu adalah ditanggung dan diakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama : Insan yang bertubuh diri bathin (Roh) dan diri bathin itulah diri manusia, atau Rohani.

Firman Allah dalam hadis Qudsi:
AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU
Artinya : Manusia itu RahasiaKu dan Akulah yang menjadi Rahasianya.
Jadi yang dinamakan manusia itu ialah karena ia mengenal Rahsia.
Dengan perkataan lain manusia itu mengandung Rahasia Allah.
Karena manusia menanggung Rahasia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad. (Tambahan Hajrikhusyuk: kembali kepada Allah harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohnya dengan solat, kerana solat adalahmikraj oang mukmin atau dengan ‘mati sebelum mati’).

Firman Allah An-Nisa 4:58: INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA. Artinya: Sesunggunya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya. (Allah).

Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh Allah dalam Hadits Qudsi :
MAN ARAFA NAFSAHU,FAQAT ARAFA RABAHU.
Artinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya.
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahasia-nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuanyatidak sanggup menerimanya.

Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahasia-nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuanyatidak sanggup menerimanya.

Seperti firman Allah SWT Al Ahzab 33:72.
INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA,WAHAMA LAHAL INSANNU.
Artinya : Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanatkepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya.

Oleh karena amanat (Rahasia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menunaikan janjinya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahasia.

Setelah amanat (Rahasia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahasia dan berkembang dari satu abad  ke satu abad, diri satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT  DAN RAHASIA ITU  KEMBALI  KEPADA ALLAH.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN.
Artinya : Kita berasal dari Allah, dan  kembali kepada Allah.

Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah . Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut,  bermakna seseorang itu belum  mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.

Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub . Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walaubagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci .

Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar  kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.

Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kitasahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.

Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan . Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.

mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah  bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.

Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitumengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.

Dekatkan dirimu kepada penyaksian
Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu
Jangan kau jauhkan dirimu dariKu
Sebab Akulah yang berkata , Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu
Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba
Kalau bukan kerana adaNya Rabb
Maka tidak akan pernah ada hamba
Kau nampakkan diriKu
Seperti halnya Aku nampakkan dirimu
Jikalau bukan kerana peribadahanmu
Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu
Kau menjadikan diriKu tertajallikan
Seperti halnya Aku menjadikan dirimu
Kalau bukan kerana wujudmu
Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan
CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat
Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi
CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu
Aku pilih dirimu untuk diriKu
Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu
Jangan keluarkan Diriku dari dirimu
CintaKu umpama  manis dalam buah
CintaKu umpama  garam dalam makanan
CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu
Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu
KekasihKu kau adalah muara harapanKu
Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu
Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu
Betapa indahnya kebersamaanKudenganmu
Betapa syahdu kemesraanKu denganmu
KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa…
Pencinta
Lembah nan Keramat

Surat dari sahabat 4

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat memberikan kesan yang mendalam di jiwa mereka yang benar-benar cintakan Allah, maka dengan itu mereka akan berusaha untuk mengikuti jalan-jalan yang telah diterangkan Allah di dalam Kitab Suci Al Quran bagi merintis jalan untuk kembali ke kampung Akhirat, untuk menemui kekasihnya di sana. Amin…..QS Thaha 20: 12. Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka tinggalkanlah kedua terompahmu, sebab engkau telah berada di Lembah Suci Tuwa.

Lembah Suci Tuwa, Masjidil Aqsa,nafsu Mutmainah dan Qalbu merupakan kalimat simbolik yang bermaksud sama dan ditujukan kepada orang telah mencapai makam Fakir. Makam Fakir adalah makam orang yang berserah diri kepada Allah.

Di  Lembah Suci Tuwa itulah diamanahkan Allah satu tahap yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya. Ia hanya diamanahkan kepada manusia yang telah mencapai tahap Khalifah Allah di muka bumi ini, yang telah mampu mendengar panggilan daripada Allah, iaitu melalui ilham (bagi manusia) dan wahyu (bagi para nabi). Maka dengan itu bertekadlah di dalam hati bahawa sesiapa pun yang ikhlas sudah pasti boleh menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini.

Cuba kita teliti panggilan-panggilan Allah tersebut terhadap mereka yang telah Fakir kepada Allah, iaitu mereka yang telah berserah diri sepenuhnya kepada Allah.
DI LEMBAH SUCI TUWA.
QS Thaha 20: 12. Tanggalkan dan tinggalkan terompahmu, Aku adalah Tuhanmu.

DI MASJIDIL AQSA
QS Al Israk 17: 1. Berangkatlah dengan kenderaan Borak yang telah disediakan untuk menuju Tuhanmu.

DI NAFS MUTMAINAH
QS AL FAJR 89: 27 DAN 28. Hai jiwa-jiwa nan tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan tenang dan tenteram.

DI QALBU
Hadis: Baitullah (Rumah Allah) berada di Qalbu orang mukmin.
Ingatlah Rasullulah SAW ingin memberitahu bahawa di Baitullah itu ada yang tinggal di situ, yang harus ditemui sebelum Ruh meninggalkan jasad . Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu mendengarkan panggilan Allah, maka hendaklah berusaha untuk memasuki Lembah Suci Tuwa atau Masjidil Aqsa atau sampai ketingkatan Nafsu Mutmainah, maka di tempat inilah panggilan itu akan tiba (kedengaran).

Di manakah Lembah Suci Tuwa, di manakah beradanya Nafsu Mutmainah (jiwa-jiwa nan tenang) dan di manakah Qalbu itu?
Semua ini mesti terjawab semasa masih hidup dengan jasad ini, dan manusia mestilah berusaha untuk menemukannya dan setelah ketemu maka selalulah memasukinya.

Ayat-ayat Al Quran ada yang diturunkan kepada Rasullulah SAW di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah.
Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut ayat Makiyah, ia dibahagikan kepada dua kumpulan, yang pertama disebut Muhammad, ayat seperti ini berbicara dengan lurus, tidak ada erti lain hanya satu. Yang Kedua, disebut ayat mutasyabihat, ayat ini berbicara dalam bentuk kiasan (al Ibarah), ia berbicara batin (hakikat) dahulu baru mengarah makna luar (lahiriah).Manakala ayat yang diturunkan di Madinah disebut ayat Madaniah yang berbicara makna lahiriah dahulu lepas itu baru menjurus makna batin.
Mari kita lihat ayat Al Baqarah, ayat mutasyabihat yang diturunkan di Mekah.
QS Al Baqarah 2: 223

“Isteri-isteri kamu seperti tempat bercocok tanam bagimu, maka datanglah tempat bercocok tanam milik kamu itu sebagaimana kamu kehendaki dan buatlah kebaikan untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNYA dan sampaikanlah berita gembira ini untuk orang-orang yang beriman”.

Apabila kita perhatikan ayat ini nampaknya ia seperti untuk kerukunan hidup berkeluarga antara suami dan isteri, tetapi disebalik ayat yang nampak terangmaksudnya ini ada rahsia atau kaedah bagaimana seseorang itudapat bertemu (makrifat) dengan Allah yang dikasihinya.

Hanya seseorang yang telah mempunyai kemakrifatan yang dapat menterjemahkan maksud hakikat ayat mutasyabihat seperti ini, kerana setiap huruf AlQuran memiliki pancaran cahaya atau maksud yang berlapis-lapis.
Marilah kita sama-sama perhatikan maksud ayat ini dari segi hakikatnya.

Isteri-isteri itu adalah empat inderawai atau  empat pintu nafsu yang terdapat di kepala, iaitu dua mata, dua lubang hidung, mulut dan dua telinga. Mata digunakan untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk merasa dan hidung untuk penciuman bau.

Manakala erti bercucuk tanam itu pula ialah bermaksud menutup. Secara lumrahnya isteri hanya milik suami dan ia mempunyai hak ke atas isterinyauntuk mendatanginya.

Sementara itu, makna suami adalah satu simbul kejantanan dan itu digambarkan oleh  sepuluh jari di tangan kita.
Tatkala takbiratul ihram, iaitu semasa mengangkat tangan dalam solat,  maka ia bermaksudtertutuplah pintu-pintu nafsu yang terdapat di kepala kita, maka dengan itu tertutuplah pula hubungan manusia itu dengan dunia luar (duniawi) dan  hawa nafsu.

Maka dengan itu Ruh yang sekian lama ini tertutup oleh hawa nafsu dan duniawi dapat membebaskan diri, maka kembalilah Ruh kepada penciptanya dan mulalah ia berinteraksi dengan Penciptanya. Dari sisi lain inilah yang dimaksudkan dengan Mekraj. Inilah  satu kegembira yang amat sangat bagi Sang Ruh.
Inilah maksud batin ayat tersebut, iaitu menerangkan kaedah bagaimana seseorang itudapat bermakrifat dengan Allah.

Inilah antara ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran,  yang mana ia mempunyai sisi makna batin, yang sengaja dibuat Allah begitu,bagi mereka yang berfikir dan mendapat ilham untuk  kembali kepada Allah.
Cubalah cari maksud batin ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat di dalam Al Quran.

Di Alam Ahdat……. (KeEsaan)
Jikalau kamu adalah DIA,
Ini menunjukkan kepada Rabb.
Jikalau DIA adalah kamu,
ini menunjukkan kepada Abd.
Di Alam Wahidiyat…. (Ketunggalan)
Jikalau kamu adalah DIA,
Maka kamu bukanlah kamu,
Tetapi DIA adalah DIA.
Jikalau DIA adalah kamu,
Maka DIA bukanlah DIA,
Tetapi kamu adalah kamu.
Renung-renungkan………..
MasyaAllah.

Bermula haqiqat Takbiratul Ihram ketika solat  itu, hendaklah kita musyahadah (memandang dengan mata hati) kepada Dzat Allah terlebih dahulu, sebelum mengangkat tangan takbiratul ihram, maka hendaklah kita tetapkan  hati, Ruh, dan perasaan kita untuk tawajuh (menghadap) kepada liqa’ Allah SWT (aspek wujud Allah).Bila sudah demikian, baru kita kata usalli… (berniat) dan sudah mengembalikan (menyerahkan) amanat Allah Ta’ala yang ada pada kita, yakni wujud kita yang kasar ini (jasad) dan yang menanggung amanat,  iaitu diri kita yang bathin.

Adapun amanat itu kita serahkan kepada pemilik amanah, yakni Dzat Allah SWT. Itulah sebabnya kita disebut Ummat Muhammad SAW yang ditanyai mengenai amanat Allah Ta’ala itu seperti firmannya : Bahwasanya Allah Ta’ala memerintah kepadamu sekalian untuk mengembalikan amanat itu kepada pemiliknya.

Dengan dikembalikan (diserahkan) amanat Allah itu kepada pemiliknya, iaitu Dzat Allah SWT  itu sendiri, maka jadilah kita fana (lebur/hilang/karam) sekalian sifat tubuh (manusiawi) di dalam laut “Ruh Bahrul Qadim”, (lautan ruh yang kekal) adapun yang tinggal ketika itu hanya sifat Ruh semata-mata, dan itulah Ruh ilmu Allah, kemudian, kita Takbirdan katakan Allahhu Akbar.

Itulah yang dinamakan lebur (karam) sifat kehambaan diri kita, Fana dalam Allah, dan kemudiannya kekal (baqa) dalam Allah, di mana yang nyata hanyalah keadaan Dzat Allah semata-mata.

Inilah yang harus kita syuhudkan (pandang dengan mata hati) semasa solat mulai dari Takbiratul ihram hingga sampai kepada memberi salam. Maka janganlah kita lalai dari syuhud itu, di pandang dengan mata hati,  itulah pengetahuan Dzat dan ilmunya dan sebenar-benar ilmunya,  iman kepada kita dan sebenar-benar Sir Allah (Diri Rahsia Allah),  Cahaya KalamAllah yang tidak berhuruf, tidak bersuara (sebutan dalam hati), iaitu wujud Dzat Yang Mutlak.

Seperti yang tersebut dalam Hadits Qudsi : Tidak bersuara, tidak berhuruf dan tiada bertempat dan berbekas (sebutan dalam hati)
Firman Allah dalam Al-qur’an : Apakah mereka itu dijadikan bukan dari sesuatu atau mereka yang menjadikan mereka, dan bukanlah Aku yang menjadikan mereka.

Hendaklah Takbiratul ihram kita itu, dengan sah  lagi jazam, yakni yakin, hati kita hadir dengan Allah Ta’ala, iaitu  ingat kepada Allah, maka takbir kita serta membesarkan Allah Ta’ala (Allah maha meliputi). Pada waktu mengangkat takbir itu, (kita) menjadi tempat perhimpunan pada kalimah La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan kecuali Allah): yang kita pandang(dengan mata hati) hanya Dzat Allah semata-mata artinya kita fana sekali-kali tidak ada, yang ada hanya Wujud Allah semata.
Caranya adalah, sebelum mengangkat tangan untuk Takbiratul ihram sebelum solat, kita tarik nafas dengan Hu haqiqatnya Aku Allah Akbar yanglain semua kecil. Sesudah itu di angkat takbiratul ihram “Allahu Akbar” dengan qasat, ta’aradh, ta’ayyin (tubuh hati Ruh). Kemudian yang tinggal hanyalah Dzat Allah semata, yakinlah pada syuhud ini.
Makna Al Fatihah
Bismilah : Allah menamai akan dirinya
Arrahman : Ya Muhammad aku menciptakan engkau.
Arrahim : Ya Muhammad aku mengatakan Rahasiaku kepadamu
Alhamdulillahi : Ya Muhammad, sembahyangku itu ganti sembahyangmu untuk memuji diriku.
Robbil Alamin : Ya Muhammad, aku tau yang lahir dan yang bathin.
Arrahmannirrahim : Ya Muhammad, Yang membaca Fateha itu aku dan sembahyang itu aku memuji diriku.
Maliki Yaumiddin : Ya Muhammad, Aku Tuhan yang maha besar pada isi sekalian alam, kamu ganti kerajaanku.
Iyya kana budu : Ya Muhammad, tiada lain yang sembahyang itu melainkan aku memuji diriku.
Waiyyakanas Ta’in : Ya Muhammad, yang ghaib aku jua tiada aku engkau ganti kerajaanku.
Ihdinasshirathal Mustaqim :  Ya Muhammad, tiada yang tau…engkau jua yang mengetahui aku.
Shiratallazi Na’an Amta’Alaihim : Ya Muhammad, tiada murka aku kepadamu, tiada nyata aku jika tiada engkau.
Ghoyiril Maghdubi alayhim walad dalin : Ya Muhammad, jika tiada kasihku tidak ada engkau dan tiada Rahasiaku sekaliannya.
Amin : Ya Muhammad, adamu itu ganti Rahasiaku.

Makna Al Ikhlas
Qul Huwallahu Ahad : Aku nyata dengan dirimu.
Allahus shamad : Aku jadi penolong dunia dan akhirat
Lam Yakid Walam Yulad: Aku Esa Ghaib kepadamu.
Walam Yakul Lahu Kupuan Ahad : Aku nyata dengan dirimu

Jikalau anda ingin menyatu dengan Allah,  hanya setelah lenyapnya kejahatan dan terhapusnya dosa-dosa yang telah anda lakukan,  maka nampaknya  anda tidak akan pernah menyatu  dengan NYA. ‘ Bagaimana pun  jikalau Allah ingin menyatukan diri anda dengan diriNYA, maka  Dia akan menutupi sifat-sifat buruk anda dengan sifat-sifat muliaNYA dan menyembunyikan kekurangan anda  dengan kurnia NYA. ‘ Dan demikianlah Dia menyatukan anda dengan  diri NYA melalui kebaikan apa yang diberikan NYA kepada anda. Dan sesungguhnya bukan melalui kebaikan yang anda berikan kepada NYA. ‘ NikmatNYA sungguh tidak terkirakan, nampaknya  kita sahaja yang lupa untuk mensyukurinya.
Jikalau kita teliti dengan benar akan kita dapati bahawa Wujud Allah adalah lebih nyata daripadasegala wujud lain yang kelihatan. Wujud Allah itulah yang melihat dan yang dilihat,  wujud itulah yang mendengar dan didengar, dan sebagainya, kerana Dialah yang Awal dan yang Akhir.
Sebagai contoh, cahaya tidak boleh melihat tanpa cahaya, kerana jikalau tiada cahaya yang ada hanyalah kegelapan, seperti di malam hari, tiada ada benda yang dapat dilihat,  dan seterusnya apa yang terlihat,  jikalau ada cahaya,  ialah cahaya itu sendiri.  Benda-benda lain adalah gelap, tidak kelihatan, kerana tiada cahaya.  Oleh kerana itu orang dapat melihat kerana adanya cahaya,  dan benda  gelap dapat dilihat kerana adanya cahaya.Sebagai analogi,  semua wujud selain Allah adalah gelap. Wujud benda-benda itu dipinjam daripada Wujud Allah, dan adalah suatu amanah daripada Allah. Dialah yang melihat dan yang dilihat, dialah yang mengetahui dan yang diketahui. Anda dan yang selain daripada Nya hanyalah gelap (kosong).
Sebagaimana Firman Allah Al-Qasas 88: Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah (Dzat)Nya.

Satu lagi analogi,  apabila seseorang terjun ke dalam tasik garam, lalu ia akan larut dan akhir menjadi garam itu sendiri, dan apabila anda masuk ke dalam Cahaya anda akan larut dan menjadi satu dengan Cahaya itu.

Sebenarnya apabila anda menegaskan ke AKU an anda,  ini adalah sama dengan ke DIA an Allah . Jadi serupa sahaja sama ada anda berkata “Akulah yang benar”, atau “Dialah yang benar.”  Tetapi syaratnya anda mestilah dalam keadaan Fana.

Ia merujuk kepada identiti yang sama, hanya dipandang dari sudut yang berlainan.

Kufur adalah menutup Keesaan Allah dengan tabir yang banyak..kejamakan, segala apa yang kelihatan di dunia ini adalah sebagai tabir yang menghalang  penglihatan kepada Allah.Syirik pula adalah menganggap Wujud Allah yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, syirik sentiasa beralaku sama ada di dalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali bagi mereka  yang telah kasyaf, iaitu yang telah melihat Wajah Allah.

Menurut Syariat, kufur dan syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang dilakukan mendapat pahala daripada Allah.

Menurut Tarikat kufur dan syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membuatkan mereka terhijab daripada Allah.

Manakala menurut Hakikat pula kufur dan syirik adalah mengadakan gyair (selain Allah), dan tidak melihat Keesaan Allah di sebalik yang banyak, iaitu di sebalik apa yang kelihatan di alam maya ini.

Walaupun Allah telah menperingatkan manusia di dalam Al-Quran bahawa Tuhan itu adalah Satu,.. Esa. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan firman Allah ini, mereka tetap mensyirikkan Allah dalam setiap apa yang mereka lakukan. Dan Allah juga telah mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman kepada Allah tanpa menyekutukan nya atau mensyirikkan nya.

Firman Allah Albaqarah:ayat 163: Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu. Firman AllahSurah Yusuf ayat 106: Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyengutukan yang lain dengan NYa.

Syirik bukan senang dilihat Ia menyerap dalam semua orang, umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pula, kecuali bagi mereka yang sudah makrifah. Syirik dan kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengEsakan Allah dalam setiap yang dilakukannya.

Seruan Allah kepada seorang Arif billah, yang sudah sampai kepada pengenalan sejati. Buangkan  jauh-jauh dari dirimu segala apa yang engkau lihat, lepaskan dirimu dari daya tarik apa pun yang ada, dan dari pengaruh yang bagaimanapun,  terutamanya  dari sebarang rangsangan-rangsangan, yang membuat sampah di kepalamu.
Keluarlah engkau dari ilmumu,  amalmu, pengenalan makrifatmu, bahkan dari dirimu dan namamu sekalipun.. Keluarlah engkau dari huruf dan mahruf….Lemparkan segala ibarat ke belakangmu dan campakkan erti dan makna ke belakang ibarat, dan lemparkan pendapat ke belakang erti dan makna,..

Maka masuklan engkau seorang diri… masuklah ke rumah Allah seorang diri..
Nescaya engkau akan melihat Aku sendiri.

Itulah sebenarnya tajrid (penghapusan) yang sewajibnya dilakukan oleh seorang salik untuk dapat masuk ke Hadirat Ilahi.
Dan itu adalah suatu perjalanan rohani yang tidak dapat dicapai oleh setiap orang, melainkan orang-orang  yang tertentu sahaja, orang dikasihi Allah .

Dan bersyukurlah jikalau engkau telah diberi pengetahuan, walaupun baru sampai ke tahap ini, kerana sememangnya ia suatu anugerah yang besar..

Hati kecilku sering berkata; ikutilah,  laksanakanlah dengan ikhlas segala pesanan benar yang telah kau ketahui, kalau tidak kau laksanakannya dalam kehidupanmu seharian,  maka seakan-akan ia tidak kau ketahuidan tidak akan memberikan manfaat kepadamu.
Hai hatiku apakah  yang harus ku laksanakan ?Laksanakanlah kata-kata hatimu itu dengan benar:
Bahawa orang yang sentiasa tenggelam dalam ingatan kepada NYA adalah Diri NYA sendiri.

Barangsiapa  yang mengetahui bahawa sesungguhnya dia tiada, yang ada hanya Allah, maka sesungguhnya Dia telah mengenal Tuhannya yang Maha Esa.

Bersyahadah itu bersaksi kepada yang Disaksikan dan berzikir itu mengingat yang  Dilihat. Sesungguhnya Dia adalah bukti nyata atas Diri NYA  sendiri.

Si Fakir nan arif melihat Dia dengan Diri Nya Sendiri.
Akulah bukti akan Dia, kerana Aku dan Dia tidak pernah menyatu, kerana Aku dan Dia tidak pernah mendua. Aku dan Dia tidak perlu bersatu kerana,…Akulah…Dialah…Aku.

Betapa Tuhan dapat dilihat oleh selain Diri NYA,….tidak mungkin,…Hanya Dia melihat Diri NYA  Sendiri. Inilah dia Isbatul Yakin..

Allah jangan dikhayalkan: Jangan berkhayal tentang Tuhan
Tuhan wajib untuk dibuktikan…disaksikan Agar terarah sasaran penyembahan
Jelas tercurah dan terarah penyerahan diri Menyembah Tuhan bukan ucapan… tetapi Melihat dan dilihat dengan kepastian Tuhan bukan untuk dikhayalkan
Wujudnya hendaklah di tajalikan.. dizahirkan.
Gemuruh terompet.. genderang Insani
Menerima keselarasan putaran bumi
Melodi menghadirkan muzik Ruhani
Sedangkan di Surga hanya menikmati hasil duniawi
Kerana belum menyelam ke dalam diri
Dan belum basyar (melihat) kepada Sang Ilahi
Wahai Insan penduduk bumi
Masuklah ke Istana Rabbi di Arshy
Turunkan Cahaya Ilahi ke dalam diriInna anzalna fi Lalitul Qadri
Inilah nikmat berpuasa di bulan Ramadan..
lebih baik dari seribu bulan.

Baitullah adalah rumah Allah, rumah yang dibina oleh Allah sendiri bukan yang dibina oleh Nabi atau manusia. Rumah Allah ini berada di Qalbu nan hening. Untuk memasuki rumah Allah memerlukan beberapa tatacara, dan jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin dapat masuk. Memasuki rumah Allah tidak perlu bawa apa-apa, tidak perlu bawa ilmu, tidak perlu bawa amal, tidak perlu bawa makrifat dan sebagainya. Hanya masuklah seorang diri tanpa berbekal apa-apa pun.

Oleh kerana itu jangan berbangga dengan ilmu yang banyak, amal yang banyak dan sebagainya, kerana Allah tidak memerlukan itu, tetapi Allah melihat pada Qalbu nan hening, tanpa dicemari duniawi dan nafsu,… ketika memasuki Baitullah,… Rumah Allah.Allah SWT berfirman QS 20:12: Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, sebab itu bukalah kedua terompahmu, sebenarnya kamu telah berada di lembah suci Tuwa.

Ini adalah ayat mutasyabihat (kiasan), terompah yang dimaksudkan di sini adalah kiasan, bukan bermaksud terompah alas kaki.

Untuk memasuki Baitullah harus meninggalkan terompah di luar. Terompah adalah benda yang kotor dan sudah pastinya benda-benda yang kotor tidak boleh dibawa masuk ke dalam Rumah Allah. Setiap benda yang kotor, seperti terompah dan nafsu dan sebagainya tidak akan sampai kepada Allah. Jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging itu juga tidak akan sampai kepada Allah.

Jasad yang penuh nafsu hendaklah dizakatkan,  hakikat zakat adalah penyerahan diri kepada Allah.

Setiap wahyu yang dinyatakan oleh Rasullulah SAW selalunya merujuk kepada Al-Quran. Semaklah wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah dalam hadis dan Al-Quran dan ilham yang diturunkan kepada seseorang hendaklah juga dirujuk kepada hadis dan Al-Quran, jikalau bersesuaian dengan hadis dan Al-Quran maka pakailah, jikalau tidak jangan dipakai.

Berkaitan memasuki Rumah Allah,  Rasullulah SAW memberkan peringatan: Tambatlah untamu sebelum kamu memasuki Baitullah .

Unta tidak boleh dibawa masuk ke Baitullah, kerana ia adalah benda kotor, kerana unta terdiri dari darah dan daging , yang tidak akan sampai kepada Allah, sama seperti jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging, sebab itu ia kena ditinggakan di luar sebelum memasuki Baitullah.
Jangan unta dibawa masuk ke dalam Baitullah mengadap Allah,… tidak akan berhasil menemui Allah…

Kesimpulannya  jasad dan benda-benda kotor harus ditinggalkan semasa mahu mengadap Allah di Baitullah,…dan masuklah tanpa apa-apa bekal,… hanya  “kamu” (RuhKu)  seorang diri..

Bagi salik yang telah berjuang dengan hati yang bersemangat dan sabar akhirnya Allah bersedia menerimanya. Allah akan membukakan pintu-pintu rahsianya bagi insan yang dikasihiNya. Terbukanya rahsia-rahsia  di sebalik rahsia Ketuhanan disebut Mukasyafah. Di sinilah pengalaman Ketuhanan yang paling puncak akan dirasai. Di sinilah pula baru terbuka hijab secara kasyaf, sehingga Wujud Allah tidak diragukan lagi. Kehadiran Wujud yang tidak berawal dan tidak berakhir itu… (Wujud, Qidam dan Baqa), …..dilihatnya dengan jelas dan tanpa ragu-ragu.
Dalam kata lain,  pembukaan ini disebut juga Tajali Ilahi,  Tajali Dzat atau ‘Mati sebelum mati’ dan dengan beberapa istilah lain lagi,.. yang akah menghasilkan liqa Allah (aspek kewujudan Allah). Setelah penyaksian Wujud tersebut,  maka di sinilah bermula syahadah yang benar,…bukan syahadah yang palsu. Dikatakan syahadah yang benar kerana salik telah menyaksikan Wujud yang sebenar, dan itulah arah Kiblatnya yang tepat, dan tidak tersasar.Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah.
Syahadah yang benar, kerana salik bersaksi (melihat dengan mata hatinya Wujud yang sebenar),..melihat Hakikat Ketuhanan di dunia ini. Bagaimanapun, apabila telah bersaksi maka salik akan mengalami kematian,….”Mati syahid”…. (mati dalam penyaksian), dan yang tinggal hanyalah Wujud Yang Mutlak.

Maka dengan itu jadilah salik seorang yang Fakir, yang telah mengetahui dan menyaksikan Nur Insan (RuhKu), Nur Muhammad (RasulKu) dan Aku (Dzat Mutlak).

Dengan bersaksi atas kehadiran Allah, maka dengan selarinya pula telah menyaksikan Muhammad Rasul Allah .
Muhammad Rasul Allah yang telah mesra dengan Ahmad bin Abdullah,… (Fulan bin Fulan), menyebabkan Ahmad larut  dan juga digelar Muhamad Rasul Allah. Bahkan beliau juga diberi gelaran: Ahmad bila min (Ahmad tanpa min)…. Ahad …Esa.

Dan mereka yang telah bersaksi itulah yang mendapat kemenangan di dunia dan akhirat,.. kerana ia bersyahadah dengan penyaksian yang benar, bukan syahadah  palsu…

Permulaan perjalanan adalah menuju Allah, salik berusaha untuk mengenal Allah dan mengenal dirinya sendiri, contohnya, berdasarkan kata-kata seperti: Siapa yang mengenal diri mengenal Allah, setelah kenal maka binasalah jasadnya. Perjalanan menuju Allah berakhir setelah salik itu mengalami Fana (hilang terhadap kesadaran diri dan alam semesta).
Setelah itu maka bermula pulalah perjalanan yang baru, iaitu perjalanan dalam Allah . Perjalanan ini adalah bagi mereka  yang telah fana dan kini memasuki Baqa pula. Perjalanan ini tidak ada penghujungnya, dan ia akan berterusan selama-lamanya.Kebiasaannya penghalang bagi perjalanan menuju Allah adalah tarikan dari duniawi , seperti galian, tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia dan sebagainya.  yang sememangnya telah tertanam baik pada diri salik tersebut. Keperluan-keperluan kepada benda-benda tersebut telah bertapak dengan kuat dalam diris alik dan mereka telah berasa seronok dan selesa dengan benda-benda tersebut. Pada kebiasaannya inilah yang menarik salik menjauhi Allah , untuk menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan perjalanan menuju Allah.

Bagaimanapun bagi salik yang bersungguh-sungguh dan sabar mereka akan berjaya melintasi segala halangan tersebut, setelah semua kotoran duniawi itu dibersihakan daripada Qalbunya,maka ia pun mengalami Fana. Salik tersebut kini memakai ‘warna’ (bahasa kiasan) dan keluar dari segala pembatasan (takyunat) dan menjadi Mutlak .

Sebagai kesimpulannya setelah memfanakan diri maka salik pun menjadi Baqa (Kekal)  dalam Allah. Dalam keadaan ini salik tidak tahu zatnya sebagai dirinya, tetapi tahu tentang Dzat Mutlak Allah  sebagai Penzahir, Penzahiran dan yang Dizahirkan. Dan inilah yang dikatakan perjalanan dalam Allah yang tidak berkesudahan itu.

Benda-benda yang menghijab pandangan manusia kepada Allah adalah banyak, seperti banyaknya buih yang berkerlipan di lautan nan luas. Namun dengan usaha dan pertolongan Allah segala hijab itu akan tersingkap akhirnya dan kelihatanlah yang Empunya hijab dengan jelasnya sekali.Bagi mereka yang masih dalam perjalanan merungkai hijab itu,   teruskanlah perjalanan dengan sabar.

Segala  hijab itu dapat pula digolongkan kepada dua golongan yang besar,  iaitu hijab diri sendiri dan hijab sifat.

Hijab diri sendiri tidak akan terungkai selagi masih ada hamba dan Tuhan, zat hamba itu sendirilah yang menjadi hijab antaranya dan Tuhannya. Segala usaha untuk membuang hijab itu tidak akan berhasil, … jikalau usaha yang dilakukan hanyalah, seperti batu yang hendak dikilatkan seperti cermin, dan batu itu selama-lamanya tidak akan berkilat dan memantulkan rupa  orang yang melihatnya.

Bagaimanapun hijab ini hanya akan terhapus dengan izin Allah apabila berlaku Tajali Dzat atau dengan istilah lain ‘mati sebelum mati’.

Manakala hijab sifat akan hilang apabila salik menukar zat dan sifatnya kepada Dzat dan Sifat Tuhannya,prosesnya seperti membuang habuk-habuk yang terdapat di permukaan cermin bagi memantulkan rupa orang yang melihatnya atau menghilangkan takyunat-takyunat (pembatasan-pembatasan) kembali kepada Dzat Allah….

Solat adalah mikraj orang mukmin . Sudah benarkah kita bermikraj ketika solat. Adakah syarat-syarat mikraj telah kita penuhi semasa solat. Hanya kita sendiri yang dapat menjawabnya, orang lain tidak  tahu.
Secara dasarnya Mikraj adalah proses mengosongkan diri dari semua yang lain (ghayr) kecuali Allah. Mikraj ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Mekraj Kecil dan Mekraj Besar.
Mekraj Kecil ialah berusaha sedaya upaya keluar dari diri sendiri dengan suluk dan mujahadah untuk kembali kepada Allah, di samping itu ia juga berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk menghapuskan atau mengawal nafs, iaitu nafsu dan keinginan-keinginan duniawi. Dan ini adalah cara bagi ahli-ahli ibadah , yang kewarakannya jelas  terlihat oleh orang lain.Manakala Mikraj Besar adalah nafi dan isbat ,  iaitu menafikan ghayr (selain Allah) dan mengisbatkan Allah,  supaya seseorang itu binasa diri (mati sebelum mati) dan Kekal  dalam Allah. Dan ini adalah bagi ahli-ahlli makrifat , yang tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia adalah seorang yang warak atau hampir kepada Allah, …tetapi mereka tetap bersatu dengan Kekasihnya….. ALLAH.

Dengan pertolongan Allah jua, seseorang itu dapat menukar liqanya (aspek wujudnya) menjadi Liqa Allah .
Dan sangat beruntunglah merekayang demikian.

Terdapat manusia yang porak- peranda hidupnya kerana diganggu syaitan dan jin. Tidak kiralah sama ada terkena sihir atau saka.
Tetapi jangan lupa sebenarnya golongan tersebut juga (syaitan dan jin) mempunyai tugas yang diberikan Allah kepada mereka. Allah berfirman: Jikalau kamu lupa kepada KU  maka AKU (Allah) akan menghantarkan syaitan atau jin sebagai teman kamu.Dan jangan lupa Iblis juga pernah berkata kepada Allah: Demi Kekuasaan mu Ya Allah, aku (iblis) akan menyesatkan umat manusia.

Dengan itu jelas bahawa iblis, syaitan dan jin menyesatkan dan memporak-perandakan manusia dengan Kekuasaan Allah,maksudnya dengan izin Allah,tetapi bukan dengan Kehendak Allah.

Bagaimanakah seseorang itu boleh terlepas daripada gangguan golongan tersebut ?…. tidak ada jalan lain, … kecuali kembali kepada Allah.

Syaitan dan jin tidak dapat mengganggu manusia, apabila ‘sempadan’ antara hamba dan Tuhan sudah tiada lagi. Bagaimanakah hendak menghapuskan sempadan tersebut ? Itu sesuatu yang amat sulit pula,hanya dengan Kurnianya  juga.

Tuhan: Apa bila Dia melihat Dirinya dengan Dirinya.
Hamba: Apa bila Salik  melihat Tuhannya dengan dirinya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Ahli Makrifat, Tuhan tetap  Tuhan dan hamba tetap hamba,tidak Tuhan menjadi hamba dan tidak pula hamba menjadi Tuhan. Pembahagian itu amat jelas sekali, jangan ragu-ragu lagi,kecuali kepada mereka yang telah dibukakan ‘Mata Hati’ oleh Allah.

Bagi mereka yang telah dibukakan Mata Hati, selalulah setia dengan Keesaan dengan Allah,Inilah kenikmatan yang paling tinggi yang boleh didapati….

Surat dari sahabat 3

Tanzih dan Tasybih

Tanzih Adalah kemutlakan nya yang tidak terhad dan tidak terbatas, dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk diperkatakan.  Dalam keadaan ini  juga  Dia  adalah dalam bentuk Wujud Yang Mutlak, dan  ada dalam pengetahuan tetapi  tidak dalam manifestasi.

Tasybih Adalah Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan. Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam keadaan manifestasi zahirnya. Oleh yang demikian,  Dia berada dalam tasybih di dalamtanzihnya dan  di dalam tazihnya di dalam tasybihnya. Dan Dia sama ada berada dalam tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [ Laisa kamislihi syaiun ] .

Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya. Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had,awal dan akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam berbagai bentuk dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan Dzatnya.Penzahiran ini dapat dianalogikan begini:  (ini cuma untuk memudahkan pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu),  di malam bulan purnama yang terang, letakkan  pelbagai bekas yang mengisi air di kawasan nan lapang,   maka akan didapati bayangan bulan nan satu kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut,  dan bayangan bulan dalam bekas air itu tidak serupa antara satudengan yang lain. Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air  yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentukrupa dan saiz. Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air  yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentukrupa dan saiz. Walaupun begitu banyak bayangan   bulan,   tapi bulan nan satu  tetap tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan  tetap seperti  bulan yang asalnya (dahulunya). Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti  Dia yang sekarang. Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.

Respons 
1.Jelasnya purnama itulah yang memberi bekas, bukan bayangannya. Paradoksnya pula bayangan itu pula yang akan dihisab. Af’al Nya dan syuhud insan. –bayangan harus kembali kepada yang ampunya bayangan, dengan demikian tiada lagi bayangan, dan tiada lagi yang dihisab. selagi bayangan mengaku ada wujudnya dan selagi itulah ia akan dihisab. oleh itu masing-masing diri mempunyai pilihan. selagi bayangan mengaku ada wujudnya dan selagi itulah ia akan dihisab” -Inilah yg saya maksudkan : Dosa syirik tidak diampun. “oleh itu masing-masing diri mempunyai pilihan” Pilihan inilah yg dihisab, bukan af’al bayangan itu kerna insan itu hanyalah sebuah kesedaran [ruh] yg bersemadi didalam jasad, yang juga menunggu masa untuk dikeluarkan. Sekalian af’al adalah tunggal. Tetapi sang ammarah menafikan hakikat ini karna wujudnya sendiri adalah syirik. Wallahu a’lam.
–yang memezakan hamba dengan Nya adalah nafsu,, selagi ada nafsu,, hamba belum setara dengan Nya. itulah Rasullulah bersabda: matikan dirimu sebelum kamu mati.–Benar, nafsu ku amat tercela.Wa maa ubarri -u nafsi.2.Memang betul, hakikat allohitu adalah wujud nya, dan wujud nya itu adalah zat nya. zat yang tidak memiliki bentuk, rupa dan had. yang tidak ada awal dan akhir. tapi dimana, di alam ahdiah. laa, ta’yin. tiada tapi nyata. di alamlahut, dimana alam ketuhanan, yang ada hanya zat tuhan se mata-mata.
tetapi di alam itu, dia tidak bisa nyata kan sempurna, kerna tidak adanya sifatnya, asmanya dan af’al nya. untuk sempurna diri nya, di nyatakan tuhan (alloh). di mana, ada zat, sifat, asma dan af’al nya. di mana di satu mrtabat, zat itu telah sempurna. di mana wujud itu, ada sifat, ada asma dan af’al nya. itu lah alloh ta’ala. dalam perjalanan saya dalam menuntut ilmu, di dalam hati saya, selalu ada pertanyaan siapa alloh ta’ala sebenarny. dan hal itu akan berakhr kalausudah ada jawab nya. memang jawab nya ita tidak bisa untuk di lisan kan. kerna dia laisa. apabila di lisan kan. bisa menjadi zat. bisa menjadi,sifat. bisa’ menjadi asma dan bisa menjadi af’al. dan alloh taala itu. bukan zat. bukan juga sifat, dan juga bukan asma, dan juga bukan af,al. dan yang dinyatakan alloh taala itu, ada (zat,sifat,asma,af’al). Dan yang dapat menyatakan nya hanyalah diri batin. kerna zahiru robbi itu batini abdi.. memang untuk itu diri nya ini memang kita tidak dapat mengenal atau pun di perkenal kan. kalau yang punya dri ingin mengenal kan diri nya.Allah dalam tanzihnya (dzat) tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan, walaupun oleh nabi yang terdekat atau para wali.
kerana hanya allah yang mengenal Allah,tetapi apabila Dia berkenan memperkenalkan diriNya kepada diri-Nya, maka ketika itu barulah Dia kenal Dirinya..{Yu’til hikmati may’yashau} alloh akan memberikan hikmat kepada siapa yang dikehendaki. al baqarah 269. {wa allamnahu min ladunna ilma} dan kami (tuhan) ajarkan ilmu dari pada ku (tuhan). al kahfi 65.
jadi seorang fakir dapat mengenal atas kehendak dan redhanya juga.. Dan seorang apabila pada hakikatnya masih ada yang di percaya/imani dan ditakuti atau masih ada yang disaksikan atau menyaksikan. itu belum masih tergolong, masih ada syrik khafi jul khafi.
madlul nya, tentang kalimah{auzu bilahi minas syaitoni rojim}.aku berlindung kepada alloh dari godaan setan yang terkutuk. gimana maksud berlindung…disaat suhidul wahdah fil wahdah.pandang yang satu kepada yang satu.Auzu bilahi minas syaitoni rojim,,
adalah satu doa, agar seseorang itu berlindung daripada gangguan syaitan,,
dan bagi ana,, ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang,, jikalau ia masih percaya bahawa syeitan masih mengganggu nya,, maka berdoalah ia agar ia dilindungi allah daripada gangguan syeitan. makam [suhidul wahdah fil wahdah ]. pandang yang satu kepada yang satu, ini adalah makam keesaan, dalam makam ini tiada dualiti hanya uniti,, tiada gyair [tiada yang lain hanya allah],, jadi daripada apakah dia harus berlindung  ??Mula hamba dijalankan atas syariat, kemudian tariqat, kemudian dijalankan lagi kepada hakikat, kemudian dikembalikan kepada syariat semula. Maka sempurna perjalanan yg dijalankan keatas hamba. Namun ujian hawa nafsu berlangsung terus – jihadul akbar sepanjang hayat. Ini faham saya hasil dari perjalanan yang telah ditentukan. Ramai yang saya lihat didudukkan pada hakikat untuk tempoh yang lama, belum lagi mahu dikembalikan kepada syariat. Ada yang berpuluhan tahun lamanya. Masya Allah.
Sekalian iktiqad dituju hanya kepada Allah. Maka sekalian af’al adalah taqdirnya. Inilah maksud saya yg asal. Sekalian tindak-tanduk syariat adalah didalam takdir Allah Taala jua, samada taat ataupun lalai. Semuanya dipandang sebagai af’al Allah Taala. Insan hanya mampu syuhud terhadap hakikat dirinya. Dalilnya banyak terpapar didepan mata jika Allah ingin memberi faham. Berbeza dengan pandangan awam yang melihat ada kudrat dan iradat pada hamba.
Semua ini tertakluk kpd takdir Allah Taala dan semua kurnianya adalah rahmat, tiada azab, biarpun kelihatan tidak baik pd zahirnya. Syaitanadalah bekas yg melaksanakantaqdir Allah Taala. Begitu jua insan dan sekalian makhluk lain.
Perbezaannya hanya satu: Bagi insan yg dikurniakan ihsan, dia melihat Allah pd segalanya, dimana makhluk fana binasa. Bagi yg ditaqdirkan Allah sebaliknya pula, tiada dapat mereka melihat Allah, tetapi mereka melihat dan beriktiqad makhluk yg berbuat, samada baik ataupun buruk. seharusnya salik tidak duduk berlama-lama dalam makam fana,, makam ini masih belum sempurna, teruskanlah perjalanan menuju makam baqa pula,, kerana inilah makam keselamatan,, makam para nabi dan wali.

Benar tergantung tingkat iman masing-amsing. tapi kalau udah esa, jadi tidak ada lagi yang perlu harus berlindung. tapi terkadang kita mengucap, kalimah itu’. kan harus ada kedudukan yang jelas kemana madlul nya. ada juga orang yang enggan mengucap itu, kerna alasan sudah esa.
menurut saya. begini..analogi nya. umpama uang dan dompet. uang berlindung masuk ke dalam dompet. uang tidak kelihatan, hanya dompet yang kelihatan, tapi uang tadi tidak hilang. ujud hamba masuk ke dalam wujud Alloh. jadi hanya wujud Alloh yang ada.. Jadi kalimah itu masuk kalamullah, penyerahan total hamba masuk ke wujud Alloh. tapi sekarang kalau sudah esa setan/iblis tidak ad lagi kan..? tetapi hilang lenyap nya setan/iblis masuk ke wujud apa..?

memang terdapat salik yang tidak mahu mengucap atau bersolat dengan alasan telah esa,, tapi ini adalah perbuatan yang merugikan diri, selagi lama mereka berada di sini selagi itulah mereka akan diuji Allah, dan kedudukan mereka amat berbahaya,, seperti yang pernah berlaku kepada salik-salik di zaman yang terdahulu,, sebaliknya salik harus pula menuju makam keselamatan iaitu makam baqa. berhati-hatilah dengan hulul [dua wujud menjadi satu], contohnya [ujud hamba masuk ke dalam wujud Alloh],, Rasullulah tidak mengajarkan konsep ini, yang beliau bawa adalah [matikan (fanakan) dirimu sebelum kamu mati],, ini bersesuaian dengan firmanNya: tiap-tiap sesuatu akan binasa (fana) kecuali wajahNya,, dan lagi firmanNya: kemana saja kamu memandang di situlah wajah allah. jadi dalam islam tiada dua wujud,, yang ada hanya wujud Allah. berkaitan kewujud mana masuknya setan/iblis..?
cuba fikirkan analogi ini: setan dan tuhan itu umpama ombak dan laut semasa laut tenang kemanakah masuknya ombak..? dan semasa laut bergelora apakah yang timbul (ada)

Zikir agung…tetapi menjadi celaka jika diucapkan didalam keadaan syirik:
Lailaha illahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyi wa yumit, Wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir. Tiada tuhan/zat/wujud melainkan Allah. Wujudnya tunggal dan meliputi. Tiada sekutu bagi-Nya dalam apa perkara pun. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Kerna Dia berkuasa melakukan apa saja. Kerna itu, bukan engkau yang melontar, malah Allah yang melontar. Bukan engkau yang membunuh, malah Allah yg membunuh. Dan kerna itu jua, tiadalah kamu berkehendak melainkan Allah yg berkehendak. Dan hakikat ini mendasari syariat sebagai melengkapkan kenyataan Diri-Nya. Kerna itu jua, kita harus bersabar dan ridho akan taqdir-Nya

yg menyaksikan siapa dan disaksikan siapa ? DIA siapa ? antara ROH dengan siapa ? takkan hidup jasad tanpa nyawa! takkan bergerak jasad tanpa ALLAH
Siapa DIA?…DIA itu, dia yang maujud zat, sifat, asma dan af’al. yang menyaksikan roh dan jasad. yang merupakan sifat dan af’al nya jua. yang tidak laen dari zat nya juga. dan yang disaksi kan adalah diri yang maujud. jadi kalau yang menyaksi kan merupakan sifat dan af,al nya jua, dan yang di saksi kan adalah dirinya juga. maka jadi lah. DIA yang menyaksikan dan DIA Juga di saksikan. ini terdapat pada insan yang mukmin. karena hakikat nya. jasad/tubuh dan ruh mukmin itu, dari pada nur muhammad (sifat tuhan). dan semua tingkah laku/perbuatan pada mukmin merupakan af’allulah.

perjalanan mengenal diri ini adalah umpama perjalan sang es untuk menjadi air. kerana sungguhpun pada hakikatnya es adalah daripada air, tetapi secara fizikalnya es bukanlah air, kerana sifat fiziknya berbeza, walaupun sifat kimianya sama. es tahu dia berasal dari air, dan oleh itu ia boleh kembali menjadi air, ini adalah bagi es yang tahu caranya, kerana untuk menjadi air, ais perlu menjalani suatu proses yang dapat meleburkannya untuk menjadi air,
tapi bagi kebanyakan es, dia mengaku telah menjadi air, tanpa menjalani proses yang dikehendaki, maka jadi dia air hanya dalam anggapannya sendiri sahaja, dirinya masih es tetapi dia mengganggap dirinya telah menjadi air,
es yang sebegini, jadilah ia seumpama Firaun [moden] yang mengaku dirinya tuhan, dengan perkataan lain Firaun bertuhankan dirinya sendiri.
begitulah ibaratnya seorang salik yang ingin kembali kepada Penciptannya, ia perlu melalui suatu proses, dan proses ini sudah diketahui oleh yang telah mengenal Allah dan guru musyid. oleh itu carilah guru mursyid, yang mana dia sendiri telah sampai kepada Penciptanya bukan guru yang mengaku talah sampai, tetapi sebenarnya dia adalah Firaun moden. selagi salik belum menjalani proses yang dikehendaki itu, selagi itulah dia bertuhankan diri sendiri. kerana hamba tetap hamba, dan tuhan tetap tuhan,
tidak hamba menjadi tuhan dan tidak tuhan menjadi hamba.Jangan bertanya tentang“DIA”,..kerana “DIA” tidak bisa di perkenalkan dgn selain “DIA”, hanya “DIA” yg kenal “DIA”, untuk “DIA”, bagi “DIA”,pada “DIA”,….!!‘nak masuk kedalam masjid, tinggalkan kasut,…’nak masuk ke bilik mandi, tinggalkan baju.” kalau maseh timbul pertanya’an ; siapa “DIA”,..?!,
berarti itu masih dia, belum “DIA”. kalau masih juga timbul syak wasangka harus melalui proses ritual tertentu,…’masih juga dia belum “DIA”.,…”TUHAN” ku bukan “TUHAN”mu,..’,”TUHAN”mu bukan “TUHAN”ku, Baharu bagimu, tidak untuk ku,…,Baharu bagiku tidak untuk mu…. nak masuk ke dalam masjid, tinggalkan kasut,…’nak masuk ke bilik mandi, tinggalkan baju.”jadi…nak kembali kepada Allah tanggalkan …[dan ini tidak tidak dapat diberi tahu kerana HANYA DIA YANG KENAL DIA. jadi prosesnya amat mudah bagi yang tahu, tapi bagi yang tak tahu tetap tak tahu.memang sekarang banyak es yang mengaku air. tanpa melewati peroses terdahulu. seorang salik yang benar-benar sampai kepada tuhannya. harus melewati terdahulu perjalanan, berupa jalan nur, jalan tauhidul sifat, jalan asma dan perjalanan martabat tujuh.dan di dalam jalan itu terdapat beberapa maqom; fana, fana ul fana, baqo dan baqo ul baqo. dan ini sebaiknya. ada pembimbing guru yang mursid. di dalam perjalanan, yang menentukan salik tergantung riyadahnya. mujahadah dan murakobahnya. kalau memangsalik benar-benar mengamalkan, benar-benar bertauhid. insya Allah zat wajibul wujud. akan memperkenalkan dirinya, dan membuka semua rahasianya. yang di mana, dirinya itu, dan dia TUHAN; bukan zat. bukan pula sifat, bukan pula asma, dan bukan pula af’al. dia tetap laisya, tidak ada seumpamanya dengan yang ada di alam in. dirinya sama dengan dirinya yang dulu dan sekarang, tidak ada satu pun menyertai, hanya dia saja yang adanya (esa). dan di antara banyaknya salik sedikit sekali yang dikehendakinya benar-benar sampai mengenal kepadanya. dan yang kebayakan salik cuma dikehendakinya, hanya kenal akan sifat dan afaalnya. dan itu pun sudah termasuk mengenal kepadanya. dan ada, pula yang hampir kepada maripatullah.dan ada pula yang dikehendakinya. yang di mana kenal zat, sifat, asma dan af’al. tapi mereka tak dapat mengesakan. oleh kerna, zat, sifat asma dan af’al masih berpasal-pasal ada kedudukan dan martabatnya, masing-masing. walaupun mereka tahu hakikatnya, tidak bercerai antara zat sifat asma af’al. tapi mereka tidak dapat menyatakan sebenarnya, di zauk batin mereka, dan kalau pun dinyatakan masih ada perinciannya, belum bulat esa masih jamak. dan dalam untk di tahap ini salik dah sngat beruntung, itu pun sudah termasuk, dah sempurna maripatnya kepada tuhannya.Penanggalan diri [fana] berlaku pada La haula wala quwwata illa billah [AKU yang menghidupkan kamu, kemudian AKU kurniakan rezeki, kemudian AKU matikankamu dan kemudian AKU bangkitkan kamu semula. Dan AKU yang memberi petunjuk dan AKU jua yang menyesatkan (bila tak dapat petunjuk, maka sesatlah) .

1.Ia adalah proses evolusi jiwa [tazkiyyah]: ammarah -> lawwamah -> mutmainnah.
2. Penyaksian [syuhud] berlaku pada La ilaha illa Allah [Allah cahaya langit dan bumi]
3. Ibadah berlaku pada Lailahaillallah muhammadur rosulullah [rahmat sekalian alam]
Dalil-dalinya banyak didalam AlQuran dan AlHadith. Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan kamu dan bukan baca dengan namamu.Dialah yang awal, yang akhir, yang batin dan yang zahir. maka pada keadaan mana punDia berada, sama ada awal, akhir, batin atau zahir, maka dia adalah laisa kamislihi syaiun, tiada satu pun yang menyerupainya, dan keadaannya dahulu adalah seperti keadaannya sekarang, dan keadaannya sekarang adalah seperti keadaannya dahulu, tuhan adalah Dzat, bukan sifat, bukan asma, dan bukan afaal. Sesuai dengan firmannya: Aku ini Allah, maka sembahlah Aku, {Thaha 20:14} apabila Dia ada maka tiada satupun bersamanya, maka hanya Dia yang ada, yang lainnya binasa dan hacur lebur. atau dengan kata-kata lain, apabila salik itu berada dalam makam keesaan, maka jasad dan keakuan salik, tidak lagi terpisah dengan-Nya, bahkan kedua-duanya itu menjadi tajali-Nya. dan apabila dia bertajali maka hanya Dia yang ada. seperti kisah nabi musa yang mahu melihat Allah, gunung tursina lebur dan musa jatuh pengsan,, tetapi ironinya, setelah musa sadar dia berkata, ya Allah akulah yang pertama beriman kepadaMU,maka jelaslah musa melihat Allah setelah ketiadaan kesadarannya, kerana sebelum itu dia telah jatuh pengsan, bagi pencari Allah, kisah nabi musa di bukit tursina ini harus dikaji dengan teliti, kerana di sini ada rahsia, bagaimana salik itu dapat melihat Allah dengan terang dengan nyata dan dapat menerima tajali illahi.alhamdulillah. terima kasih tuk pa cik sekalian. mari kita kaji diri. ketika jasad adam telah dibentuk lalu KU tiupkan RUHKU ke dalamnya. yang masuk ke dalam jasad adam inikan ruh AKU bukan AKU nya. hiduplah adam tapi tak berdaya (masih tak sempurna) lalu diciptakannya DIRI BATIN adam,yang serupa tapi tak sama, sebagai pelayannya. lalu diperintahkannya para malaikat, pabila AKU telah bertajali pada diri adam maka sujudlah kalian semua. yang bertajali itu NURULLAH. bukan DIA yang sbenar-benar DIA. sempurnalah adam.di dalam perjalanan martabat tujuh. di ALAM AHADIAH; LA TAYIN/TIADA TAPI NYATA. yaitu; suatu kedudukan martabat zat tuhan tunggal semata. yang disebut ZAT-UL-BUHTI. yg merupakan AZALUL AZAL, yakni se asalnya yang asal. yakni disini belum ada lagi berbicara soal sifat, asmadan af’al. apalagi soal alam semesta ini. hanyalah zat tuhan se mata2, alam nya alam lahut, alam ketunggalan.
tapi di kedudukan martabat ini dia tidak sempurna/tidak dapat di kata TUHAN/ALLOH. sesuai dengan hadis qudsi.;KHOLAQOL ASYA LIAZLIKA WA KHOLAQTUKA LI AZLI.{ku-jadikan semesta alam karenamu (muhammad) dan ku-jadikan di kau karena-ku}.
zat tidak bisa di kata kan tuhan/Allah. karena tidak ada nya lagi sifatnya, asmanya dan af’alnya. yang dikatakan tuhan/Allah itu.,.?? (zat sifat asma af’al) jadi yang dikata kan tuhan/Allah ,tidak bisa hanya zat saja/ hanya sifat saja/hanya asma saja/hanya af’al Saja.yang sempurna di katakan tuhan/Allah ada zat ada sifat ada asma ada af’al.
tetap laisya, qadim dan muhalafah.dia sempurna dikata kan tuhan/Allah setelah martabat ahadiah, wahdah dan wahdiah. dan roh, misal, ajsam dan alam insan. ada7 martabat.dan sudah berpasal dan dia bukan zat lagi.
di antara banyak nya salik sangat sedikit sekali yang dikehendaki nya. mengetahui/benar2 mengenal tuhan/Allahsebenar nya.ahdah, wahdah dan wahdiah adalah makam dzat.
pada makam ahdah inilah yang dikatakan dzat mutlak, semata-mata dzat, ghaibul ghaib, tiada siapapun yang mengetahuinya keadaannya, walaupun nabi atau aulia terdekat. pada makam ini satupun belum ada hanya dzatmutlak, dan tuhanpun belum bernama Allah lagi. inilah yangdikatakan perbendaharaan yang tersembunyi.
dan kerana dia ingin diketahui maka ditajalinya Nur Muhamadiah ataupun nur muhammad, atau disebut juga hakikat muhammad, makam ini bernama makam wahdah, makam keesaan, dan di sini bermulanya dzat wajibal wujud (dzat Allah) dan sifat, tapi ia masih dalam ilmunya lagi. dzat dan sifat telah ada tapi belum lagi dalam perincian, masih abstrak.
kemudian ditajalikannya lagi ke suatu makam yang bernama wahdiah atau disebut juga Hakikat Insan, di sini dzat wajibal wujud, sifat dan asmak sudah ada dalam perincian tetapi belum zahir lagi, umpama sebiji benih, sudah ada dahan, batang, daun dan sebagainya, tetapi belum zahir lagi.
dan untuk menzahir kan dirinya maka ia mentajalikan dirinya seterusnya ke makam ruh, di sinilah baru tuhan bernama Allah, kemudian dia mentajalikan dirinya ke alam mithal, ijsan dan insan.
jadi Allah itu adalah dzat wajibal wujud, dan bukannya dzat mutlak.
apabila dzat wajibal wujud hadir maka sifat, asma dan afaal juga hadir, kerana ia tidak berpisah daripada dzat.

1. ZAT; (0) kosong
2. SIFAT; (.) titik; muhammad awal/ahmad
3. ASMA; (l) alif; muhammad akhir/nur muhammad
4. AF’AL; ruh.
Setelah bertajali zat hayat di 4 martabat baru lah dia sempurna di kata kan tuhan/Alloh. dan diri nya bukan zat lagi. bagi salik yang benar2 maripat kepada diri nya, ibarat 1x klik langsung ke diri nya lengkap sempurna, tanpa ada lagi kisah perjalanan/perincian, pertajalian diri nya. dia begitu nampak. oleh itu dia tidak bisa dikata kan zat lagi. tetap diri nya laisya, qadim, dan muhalafah. ibarat biji, sudah tumbuh ada dahan,ada ranting dan buah. dia tidak di katakan biji lagi, atau cuma dahan atau ranting atau buah lagi. di sni lah yang sangat di rahasiakan, barang siapa yang mengetahuinya. maka surga bagi nya. yang telah di jamin langsung oleh dirinya.
Bagi tuhan 99 asma 1 yang sangat di rahasia kan barang siapa mengetahui yang dirahasia itu, maka surga bagi nya. dan yang sangat rahasia itu bukan asma lagi, yang harus menckupi 100. sudah jelas di kata kan disitu, bagi nya 99 asma bukan nya 100.
tapi yang sangat di rahasia kan itu adalah diri nya sebenarnya. kalau itu asma, pikir apakah bisa menjamin..? jadi yang bisa menjamin tentulah diri nya pula.
jadi yang dikatakan yang sangat rahasia itu adalah diri nya sebenar nya. memang benar juga, insan itu rahasia ku, dan aku pun rahasia nya. insan itu rahasia, dan rahasia itu sifat ku, dan sifat ku tidak lain dari pada zat ku.
memang diri nya menyebut rahasia nya, tapi rahasia itu puntelah di jawab nya. dan itu pun merupakan adalah rahasia tetapi ada 1 rahasia yang sangat di rahasia kan, yaitu rahasia siapa tuhan yg bernama Alloh itu. dan nama Alloh itu adalah ismun kabir/nama kebesaran bagi nya.
maka nya ada ayat awalludin maripatullah!disuruh mengenal Alloh. dan tentu lah dapat di kenal. mengenal dengan, araptu robby birabby,aku kenal tuhan dengan pengenalan tuhan. dan dalam masalah ini, insan tidak bisa meraih atau pun menolak. apa yang sudah menjadi kehendak takdir, kudrat dan iradat nya.

Biji benih yang telah tumbuh, membesar menjadi “pokok”,
setelah benih menjadi pokok, maka ia tidak lagi dipanggil/(bernama) benih tetapi pokok. jikalau diperhatikan di sekitaran dan juga di semesta alam ini, tiada satu pokok pun yang serupa dengan pokok yang lain, maka nyata pokok ini, laisa kamislihi syaium, tiada satu pun yang menyerupainya, di samping itu ia qadim, baqa, qiamuhu binafsihi, dan mukhalafatul lil hawadith.
pokok ini kelihatan dengan terang dan nyata,, Allaaaah hu akbar…
dengan satu tarikan nafas yang gelap bertukar menjadi terang.
70,000 hijab lebur.. dan tiada lagi hijab, termasuk hijab yangterbesar iaitu diri sendiri.maka tiada ada lagi persoalan dan jawapan.. tapi keyakinan.

Tiada pandanganku, kenyataan atau pun terselindung, hidup dan mati pun tak memeliki…..jadi tiada lagi yang perlu dipasrahkan, kerna itu ujud dari pada sifatnya. tidak ada dua diri, hanya dirinya yang maujud. dan kalamulloh (tiada hurup tiada suara) memang nampak bukan hanya pada diri insan. tapi seluruh alam semesta ini. alam kabir dan alam sagir. lalu bagaimana untuk membacanya. iqro ya muhammad….!!untuk insan yang kenal akan dirinya, dan kenal akan tuhannya. pastilah bisa iqro…kalau tidak bisa…maka perlu tuntutlah ilmu dari ayunan sampai liang lahat.
jangan pernah berhenti. yang menuntut ilmu itu bukannya kuasa atau kehendak kita. tiada bergerak satu jarah pun melainkan degan izin alloh. tiada bergerak hati insan untuk berkehendak melainkan dari pada kudrat dan iradatnya juga. tapi sekarang beda kedudukan, pada pandangan ilmu. menjadi syariatullah, tarekatullah, hakikatullah dan maripatullah.

,Si salik yang telah mengenal Tuhannya, hilang musnah jasadnya, kelu lidahnya, habis sudah perbendahara’an kata-katanya, terpana takjub terpesona,sadarlah dia, bahawa tiada dia, yang ada hanya DIA yang kenal pada DIA ,yaa,….DIA juga, tiada lain selain DIA, yang menyaksikan DIA yang disaksikan DIA,… cukuplah sudah kaji diri. DIRI’ adam itulah yang datang dari ALLAH, awal adam itu ketiadaan, akhir adam itu dikekalkan, zahir adam itu menunjukan batin adam yang dirahasikan. selama-lamanya ardhy tak pernah ada, hanya perlambang dari DIA, kenal DIRI kenal TUHANnya tiada mungkin syirikkan DIA, tahu DIRI kenal hambaNYA, tiada mungkin mengaku DIA. orang nelayan pergi ke laut pukat dibawa menangkap ikan kalaulah datang malaikat maut ilmu apa kita gunakan..?

Memang jikalau di perhatikan, di sekitaran dan semesta alam ini, begitu nyata pokok, Allohu akbar, tidak hanya tersurat di kitab dan lisan, tapi nyata me ujud, semesta alam menjadi kitabul maujud/kitab yang nyata. tetapi di sini ada qadim, dan muhaddas. qadim, yaitu, seasal-asalnya yang asal, yang tak berpermulaan, dan akhiran tiada berkesudahan. yang merupakan dirinya sebenarnya.dan muhaddas itu, yaitu yang baru diadakan/dijadikan. ada permulaan, tentu ada akhiran, dan berkesudahan. yang merupakan wujud dari pada sifat, asma dan afaalnya. dan sifat, asma dan afaal itu, bukan dirinya sebenarnya, tapi tiada lain itu semua dari pada diri nya. lalu kalau itu tidak bisa dikatakan dirinya, tapi bukan lain dari pada dirinya. lalu yang mana, dapat dikatakan/dinyatakan dirinya yang sebenarnya. kalau dirinya dinyatakan dalam berpasal, atau dengan perincian tajali-tajalinya dirinya. itu masih di tahap hakikat, masih adanya hakikat. belum ke tahap maripatullah. kalau dalam tahap, sudah mencapai maripatullah sebenarnya. dan di bathin mukmin yang sudah maripatullah. begitu nyata dirinya, dan rahasia siapa tuhan/Alloh taala sebenar. dan rahasia itu bukan lagi rahasia baginya. tidak ada lagi perincian atau pun hakikat. begitu nyata dirinya. tiada terhijab/terhijad.

pahon jelatang di tepi laut gugur bunganya dimakan ikan kalaulah datang malaikat maut ilmu tauhid kita gunakan sesuai dengan firman allah
(yaumala yan pa’u malun wala banun) pada hari itu siapapun tidak bisa menolong kamu, anak bini, kaum kerabat, harta karun (illa man atallaha biqolbin salim) kecuali dia datang menghadap allah dengan hati yang suci jernih.

di tempat kami banyak yang mengaku AHLUSUNAH WAL JAMAAH, yang sebenarnya seperti apa.? AHLU SUNAH WAL JAMA’AH
demi tuhan yang memegang jiwa muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah. yang satunya masuk sorga, dan yang lainnya masuk neraka. bertanya sahabat: siapakah firqah yang tidak masuk neraka ya rasulullah.?
nabi menjawab:ahlu sunnah wal jama’ah. Dengan sabda nabi di atas ini, sehingga tiap-tiap firqah itu, dia mengaku dialah yang mengaku golongan ahlu sunnah wal jama’ah itu. dan yang lain-lainnya itu adalah semuanya sesat. begitulah pengakuannya masing-masing golongan teersebut itu tadi.
Baiklah, kiranya tidak penting kita menguraikan yang 72 golongan tersebut itu tadi. sedangkan dia sudah pasti masuk neraka. oleh itu lebih baik kita mengungkapkan yang benar-benar menduduki golongan ahlu sunnah wal jama’ah tsb itu tadi saja. sebab jika kita bertemu dengan yang benar, maka sendirinyalah maksudnya kita pasti melihat kepada yang sebenarnya ahlu sunnah wal jama’ah. Kemudian agar mudah dimengerti, maka marilah dahulu kita letakkan pada tempat yang sebenarnya satu persatunya tiap kalimat ahlu sunnahwal jama’ah ini. ketahuilah, rangkaian kalimah ahlu sunah wal jama’ah. ini dia ada mempunyai tiga perkataan. dan tiap-tiap kata itu pula dia ada mempunyai tempat kedudukannya pada masing-masingnya.
Yaitu, pertama AHLU – kedua SUNNAH dan ketiga JAMA’AH.
1. AHLI
yang menduduki ahli ini, nyatalah hanya tuhan saja. sebab tuhanlah yang ahli mencipta, ahli berkehendak, ahli hidup, tahu, mendengar, melihat, berkata dan segala-galanya. jelasnya tuhanlah yang tepat menduduki maksud AHLI tsb itu.
2. SUNNAH
artinya sunnah, ialah peraturan. olehitu hanya nabi kita S.A.W itu sajalah yang tepat menduduki sunnah ini. sebab segala perangai nabi itu, semuanya wahyu alloh. berarti disebut juga pula perangai nabi itu sunnatullah, yakni peraturam alloh. jelasnya nabi kitalah yang tepat menduduki SUNNAH ini.
3. JAMA’AH
sebelum kita meletakkan siapa orangnya yang menduduki jama’ah ini. maka marilah dahulu kita ambil suatu contoh. kedudukan cara sembahyang berjama’ah. yaitu sempurnanya sembahyang berjama’ah ini ialah wajib ada satu imamnya, dan beberapa orang ma’mumnya.
ada pun syarat-syaratnya, jadi ma’mun ialah ma’mun berdiri di belakang iman, berlaku tidak boleh mendahului si imam. dan di hati mengaku ma’mum dan lain-lainlah lagi. inilah antara lain syarat-syaratnya menjadi ma’mum dalam sembahyang berjama’ah.
kemudian andai kata pada jama’ah tsb itu tadi ada seorang yang arah hadapnya tidak mengikuti imam. yaitu berbalik belakang, maka yang seperti ini dia bukan orang jama’ah. seterusnya jika ada seorang ma’mum yang arah hadapnya dia sama dengan si imam, tetapi dia berlaku mendahului dari pada imam,maka mereka ini dia bukan orang jama’ah juga. selanjutnya jika ada pula seorang ma’mum yang hadapnya sama dengan imam dan kelakuannya mengikuti imam, tetapi hatinya dia tidak mengikuti imam, maka yang begini dia disebut mufarakah dan mereka ini pun dia bukan orang jama’ah juga pula.
melainkan yang benar-benar dimaksudkan jama’ah ini. ialah yang hadapnya, dan kelakuannya serta hatinya, mengikuti imam. maka yang inilah yang syah jadi ma’mum dalam berjama’ah.
sekarang hikmahnya berjama’ah ini. dapat kita gunakan pada soal tadi. dan sebagai tanggung jawabnya untuk menghubungkan soal ini, dengarlah sabda nabi SAW.
ANA MINALLAH WAL MU’MININA MINNI.{Aku dari pada Alloh dan mu’min dari pada aku}. berarti gerak diam mu’min ini, ialah gerak diam nabi saw, dan itulah pula suatu af’al tuhan. begitulah maksud sabda nabi tsb di atas ini. mengertinya pula hanya mu’minlah yang diakui oleh nabi dari pada beliau sendiri. dan kalau nabi sudah mengakui begitu. maka itulah yang sebenarnya umat nabi. serta disebutlah pula hamba alloh yang sebenar-benarnya hamba. ringkasnya mu’minlah yang tepat menduduki maksud jama’ah tersebut.
sebaliknya si ma’mun yang berbalik belakang dengan ini hukumnya orang-orang kafir. sebab dia balik belakang dengan nabi. dan ma’mun yang mendahului dari pada imam tadi maka hukumnya, ialah orang-orang syirik khafi yul khafi. sebab dia berani mendahului dari pada nabi. karena dia mengaku ada mempunyai daya kuat kuasa sendiri.
selanjutnya mereka yang mufarakah, dengan imam tadi, ialah hukumnya orang-orang munafik dengan nabi. sebab walau pun segala perintah Alloh dan rasul itu sudah dilaksanakannya juga. tetapi menurut perasaan imannya dia sendiri yang kuasa mengerjakannya itu. dan simpulnya munafik ialah juga musyrik.
Dengan begini caranya dapatlah kita simpulkan bahwa yang berhak menduduki ahli tsb itu tadi ialah tuhan. dan yang menduduki sunah itu ialah nabi saw. serta yang jitu menduduki jama’ah ini ialah si mu’min. mengertinya ahlu sunnah wal jama’ah ini. ialah yang terdiri dari tuhan – nabi saw – dan mu’min.
Maka itulah jika dibuka rahasia si mu’min, maka nampaklah nabi. sebab wal mu’minina minni. dan jika dibuka rahasia nabi pula, maka nampak tuhan. karena ana minallah.mengerti rahasia tuhan ada pada nabi, dan sekaligus rahasia tuhan dan rahasia nabi ada pada mu’min. sebab daging tubuhnya daripada nur nabi muhammad saw. dan gerak diam tubuhnya ini langsung af’al tuhan.Alhamdulillah,…Allahu Akbar……!!
Kelu rasanya lidah ini, sebak rasakan di dada, tak ada bahasa nak diungkapkan
terharu, bahagia, menjadi satu. hai para kekasih Allah, hai para Rasullullah, engkaulah yang dimaksud Allah,;…. Allah memilih utusan-utusan Nya, dari malaikat dan dari manusia. sesungguhnya Allah maha melihat lagi maha mendengar.( QS.Al-Hajj 75 ). Bacalah “KITAB”mu, cukuplah “DIRIMU SENDIRI” pada waktu ini sebagai penghisab terhadap mu. ( QS.Al- Isra’ 14 ).
Allah membimbing kepada “CAHAYA NYA”, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan- perumpamaan bagi manusia. dan Allah mengetahui segala sesuatu (QS. An- Nur 35 ).

1.Antara muhammad dan alloh ada siapa ?

2.antara tuhan dan alloh ada siapa ?

Ringkas nya antara ke-dua-duanya. yang ada hanya diri yang wajib maujud. hanya tuhan (zat, sifat, asma, af’al). Muhammad/insan kamil merupakan kenyataan diri nya maujud, dari pada zat, sifat, asma dan af’al nya. dan alloh nama jabatan/ismun kabir/nama kebesaran bagi tuhan.dan tuhan (zat, sifat, asma, af’al) pangkat nya. ANA ANTA BIMA AYYADTUKA WA ANTA BIMA QOLLANTUKA{aku ialah engkau,dengan ke kuatan ku yang ada pada engkau. dan engkau ialah aku dengan pertalian ku pada engkau}. MAJOHARTU PI SAY’IN KAJUHRI PIL INSAN{tiada nyata ku kepada se suatu seperti pada insan}. walau sangat terang dan nyata lengkap DIA pada insan/muhammad. dan pernyataan nya AKU adalah ENGKAU dan ENGKAU adalah AKU. serupa tapi tidak sebanding, ia tidak bisa dinyata kan DIA yang sebenar nya.tetapi tidak laen dari pada DIA tadi. karena martabat di sini, ada perkara QADIM dan MUHADAST dan di martabat ANAANTA ini.

DIA bukan ZAT lagi, setelah bertajalinya. lalu yang mana DIA sebenar nya? ini lah rahasia.???.zat bukan, kerna di martabat zat atau ahdah tuhan, di situ LA’TANYIN/TIADA’TAPI NYATA.

belum lagi ada sifat, asma dan af’al nya. tidak bisa dikata kan sempurna.dan bertajali beberapa martabat, baru dia sempurna,tapi diri nya bukan zat lagi.

ahmad/muhammad awal juga bukan DIA sebenar nya. yang merupakan tajalinya, martabat sifat bagi nya. nur muhammad/muhammad akhir juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan tajalinya, martabat asma bagi nya.

ruh juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan tajalinya, martabataf’al bagi nya, dan muhammad juga bukan DIA sebenar nya, yang merupakan maujud zat, sifat, asma dan af’al nya. tetapi semua itu tidak laen daripada DIA.

kalau dari semua martabat dan ber pasal-pasal dan perincian/proses tajalinya, di dilihat nampak diri nya,.tetapi di katakan dirinya sebenar nya bukan lah seperti proses ke adaan perincian/tajalinya. itu cuma kisah.

tetapi diri nya sekarang ibarat biji telah menjadi pokok. jadi yang dilihat nampak pada perincian/tajalinya tadi. ibarat proses biji menjadi pokok. dan sempurna dia, DIA yang menjadi pokok sekarang. dan pokok bukan biji lagi.

pokok merupakan sempurna dimanaterhimpun zat, sifat, asma dan af’al. itu lah yang dinyata kan diri nya sebenar. dan diri nya, laisya, qadim, dan muhalapah.Allah itu maha kaya, dan maha bijaksana, setiap saat dia melakukan sesuatu, dan apa yang dilakukannya tiada pernah yang sama, itulah kebesarannya, untuk sampai kepada Allah itu jalannya sangat banyak, umpama banyaknya nafas, dan perjalanan itu tidak sama bagi dua orang, walaupun mereka berada dalam kumpulan yang sama, atau perjalanan muridnya tidak sama dengan perjalanan gurunya, guru hanya sebagai penunjuk jalan, tapi jalan perlu dilalui sendiri-sendiri. oleh itu apa yang dilalui seseorang salik itu tidak sama dan tidak dapat dibandingkan dengan pejalanan orang lain. tapi yang pentingnya adalah matlamatnya, matlamatnya harus sama, harus ada satu, kerana Allah itu esa. jadi setiap ilmu yang ada pada seseorang itu tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain, dan kalau diteliti dengan lebih dalam ilmu itu adalah hijab. sedangkan rasullulah sendiri sampai kepada tuhan tanpa ilmu, beliau hanya bertafakur di gua hira sehingga Allah membukakan rahsianya kepada Rasullulah. ilmu ini ada hanya selepas Rasullulah, kerana selepas rasullulah mengenal tuhan barulah ada Al-quran, dan daripada al-quranlah Berbagai cabang ilmu timbul. tetapi bagi rasullulah dan para wali, di samping mashaf al quran, mereka juga ada al quran yang qadim, yang tanpa huruf dan suara. yang selalu membimbing mereka di jalan yang benar, dan mereka tidak perlu lagi membandingkan ilmu yang mereka ada dengan ilmu yang ada pada orang lain, dan mereka tidak perlu bimbang orang itu sama atau tidak dengan mereka, kerana mereka memiliki haqqul yakin. ilmu tidak dapat mengenal dzat (tuhan), kerana ilmu wadahnya hanya berkisar kepada apa yang dijadikan yiaitu alam semesta. untuk sampai kepada dzat seseorang itu harus meninggalkan ilmu, jikalau tidak dia hanya akan diperangkap oleh penjara ilmu. setelah meninggalkan ilmu, salik akan sampai kepada dzat, dan ini adalah wadah makrifat. dan makrifat ini adalah penjara yang paling unggul, hanya sedikit salik yang dapat melepasi penjara makrifat. untuk sampai ke hadirat Allah salik harus meninggalkan makrifat, barulah dia duduk di hadirat Allah, duduk semajlis dengan Allah, atau dengan kata lain, berdiri di atas dua tapak kaki ku (allah). dan Allah itu awal, akhir, zahir dan batin, kerana Allah berkata akulah yang awal, yang akhir, yang batin dan yang zahir. dan mengenal Allah harus awalnya, akhirnya, batinnya dan zahirnya, jikalau kenal Allah hanya pada akhirnya, dari segi pandangan ilmu makrifatnya belum lengkap, (tapi dari segi hakikatnya hanya Allah yang tahu).

umpama sebiji benih yang telah tumbuh menjadi pokok, dan jikalau salik hanya tahu tentang pokok sahaja, lengkapkah makrifatnya..? sedangkan tuhan dalam bentuk lain dia tidak mahu ambil tahu. umpama iblis yang tidak mahu menyembah adam, kerana katanya aku hanya menyembah Allah, dan adam bukan Allah, kerana iblis hanya tahu Allah dalam satu bentuk sahaja. jadi dari mana datangnya pokok jikalau bukan dari biji benih. bolehkah pokok ada dengan sendirinya tanpa benih..? maka jadilah makrifatulah yang sempurna, bukan hanya pada satu martabat sahaja.dari Satu tetap ..tidak akan berubah..cuma apabila lahir menjadiperkataan yang disusun menjadi ayat.. maka banyak yang berubah pengertian ..apabila dibaca atau dimengerti oleh orang lain kan… jangan berbalah tentang apapun..kerna kefahaman sendiri-sendiri ..apa yang dari Satu tetap kita fahami..tanpa kata..Rasa..itu bagi saya amat penting.. {Biji benih yang telah tumbuh, membesar menjadi “pokok”, setelah benih menjadi pokok, maka ia tidak lagi dipanggil/(bernama) benih tetapi pokok.} tapi dzatnya tetap sama, walaupun berapa banyak tajalinya, zatnya tidak berubah kerana dia sekarang seperti dia dahulu juga, dan dia dahulu seperti seperti dia sekarang juga,

jikalau ada perubahan dalam dzatnya semasa pentajalian maka itu bukanlah tajali. kerana dzatnya telah berubah. dari pokok dijadikan kayu, dari kayu dijadikan pelbagai barang, seperti meja, kerusi, papan rumah, dan bermacam-macam lagi, walaupun perabot (kerusi) itu disalut perak atau emas, tatapi dzatnya tidak berubah, dzatnya tetap dzat kayu dan pokok. jikalau dzat tidak ada bolehkah kerusi ujud, kerana tanpa Kayu (dzat) kerusi tidak akan wujud. kerusi hanyalah khayalan fikiran apabila kerusi binasa apakah yang tinggal.? sudah pasti dzat, kayu. jadi jangan keliru tuhan itu adalah dzat wajibal wujud yang berasal dari dzat mutlak, tanpa dzat tiada satupun yang ada di semesta alam ini. apabila dzat wajibal wujud hadir barulah sifat, asma dan afaal hadir,

tetapi sifat, asma dan afaal tidak akan ujud tanpa wujud dzat.

Yang ana maksud pokok di sini, sebenar nya diri nya, yang bernama Alloh. yang bagi nya, zat, sifat, asma, af’al. bukan nya kenyataan maujud darinya yang muhadast, seperti alam semesta, beserta isi nya. tetapi biji yang jadi pokok. sempurna diri nya di nyatakan tuhan Alloh ‘esa diri nya’pada zat, sifat, asma af’al {terhimpun}, dan juga laisya, qadim dan muhalafah Alloh ta’ala sebenar nya. yang wajib bagi mu’min maripat kepada nya. dan kenyataan sekarang yang ada dan maujud itu Alloh ta’ala. diri nya bukan zat lagi. karena ada sifat, asma dan af’al nya. memang itu semua dari pada zat nya,.
Lalu yang dinamakan Alloh ta’ala, bagi diri nya zat, sifat, asma, af’al. lalu tanyakan pada batin ente, siapa gerangan Alloh ta’ala sebernar nya siapa  ???
itu lah yang ana maksud pokok itu. yang bagi nya laisya, qadim dan muhalafah. dan diri nya bukan zat, bukan juga sifat, dan juga bukan asma, dan juga bukan af’al. dan apabila batin itu, menyatakan diri nya, msih ada perinciin/perjalanan/ ada nya hakikat. diri nya baru memperkenal kan/baru membukakan rahasia nya, tentang asal kejadian/proses tajali nya. dan untuk kenyataan sekarang ini hanyalah menjadi kisah/cerita,(kisah proses biji menjadi pokok). dan yang di nyata kan itu wal awalu (biji), bukan wal akhiru (pokok) zat, sifat, asma, af’al (sempurna nya)…dan apabila batin itu, menyatakan tanpa ada perinciin/perjalanan lagi, dan tidak ada lagi hakikat2.
alhammdulillah, diri nya telah memperkenal kan dirinya, membukakan rahasia nya, dan dia menyatakan diri nya sebenarnya. bertemu dengan dirinya (pokok). dan ke nyataan diri nya sekarang ada nya, terang dan nyata, diri nya dan ujud nya esa. inilah puncak maripat kepada Alloh. mengenal dan bertemu dengan tuhan Alloh swt sebenar nya. dan yang pasti ini. ARAPTU ROBBY BI ROBBY{aku kenal tuhan dengan pengenalan tuhan}. Dan tentang apa yang di kata dan di rasa. ALLISANU TARJUMANUL QOLBI WAL QOLBI TARJUMANUL HIDAYAH WAL HIDAYAH MIN NURIL QODIM.{lisan terjemahan dari hati, dan hati terjemahan dari hidayah, dan hidayah dari pada nur yang qodim}.
WA ZAUKU PI NAPSI BI ZAUKI.{dan rasa pada insan itu rasa aku}.

setiap yg ujud pasti bernama
asal Allah ialah zat yg maha suci yang bernama ?
usul Allah ialah sifat yg kamalat
asal manusia ialah roh
usul manusia ialah hati yg menjadi nilai disisi tuhan
awal Alloh tiada permulaan
akhir Alloh tiada kesudahan
awal manusia ada permulaan
akhir manusia tidak ada kesudahan
zahir Alloh dgn nama ?
batin Alloh dgn nama robbi

bukan DIA, tapi tidak lain daripada DIA. kita ambil analogi:
kita ini manusia, kenapa dikatakan manusia? kerna asal kita  drpd ibu-bapak yg juga manusia, taraf kita sama dgn ibu-bapak yaitu manusia juga, tapi kita bukan (diri) ibu-bapak  kita. Asal kita yg sebenar-benarnya kan dari ‘RAHIMAKUMULLAH’ ah.. coba renungkan siapa kita ? jangan mengaku pula.. nanti bisa dipancung orang. ALLAH itu tidak makan tidak tidur, sanggup tak makan tak tidur ? klo tak sanggup berarti bukan ALLAH  ?? Bukan dia tapi tidak lain daripada dia. bagi saya ini hanya benar bagi semua yang dijadikan termasuk jin dan malaikat, kerana mereka dijadikan, dan ruh mereka dijadikan daripada nur muhammad. tapi bagi insan (makrifatullah), ia tidak demikian kerana ruh insan tidak dijadikan, ruh insan adalah daripada tiupan ruh Dzat (Allah). wa nafahtu fi hi min ruhi: aku tiupkan ruhku ke dalamnya (jasad manusia – manusia secara kasarnya terdiri dari jasad dan ruh).
jadi ruh insan bukan berasal dari nur muhammad tetapi adalah ruh Allah sendiri. kerana itulah Allah berkata, aku adalah rahsia insan, dan insan adalah rahsia ku. dan rahsia ini hanya ada pada insan, ia pernah ditawarkan (mahu diberikan) kepada gunung ganang dan sebagainya, tapi tidak satu pun yang sanggup. memang manusia (jasad) itu lahir dari ibu dan bapa, tapi ruh insan yang tidak dijadikan itu adalah langsung daripada Allah. itulah sebabnya dia berkata kepada insan (bukan kepada Manusia),, insan adalah rahsia ku, dan aku adalah rahsianya. kerana ruhku itu adalah aku ( bukan nur muhammad)
ini sesuai dengan ajaran Rasullulah saw bagi siapa yang ingin mengenal Allah, matikanlah dirimu sebelum mati. apabila manusia telah mati maka tinggallah yang qadim, baga, qiamuhu binafsi, mukhalafatul lil hawadith iaitu AKU.
tapi bagi kebanyakan manusia tidak mengerti ini, maka itulah sebabnya apabila Mansur al Hallaj berkata, Ana al Haq (akulah Kebenaran). maka dia dihukum mati. tapi Shaikh Qadir Jaelani berkata, jikalau aku sezaman dengannya (al Hallaj) pasti aku selamatkan dia, kerana beliau (shaikh) tahu al Hallaj ada sufi martabat tinggi.

{AKU BAPAK SEKALIAN RUH DAN ADAM BAPAK SEKALIAN BATANG TUBUH}.{AKU DARI PADA ALLOH DAN MU’MIN DARI PADA AKU}.{AKU DARI PADA ALLOH DAN ALAM DARI PADA AKU}.
semua dalil diatas jelas mengatakan.Diri kita ini,terdiri jasad dan ruh.jasad ini berasal dari pada adam dan adam dari pada nur muhammad. dan ruh pada insan berasal dari pada nur muhammad.Kalau ada hakikat lain.ruh insan bukan dari pada nur muhammad tetapi ruh Alloh sendiri. dan dikatakan nya ruh allah itu ialah AKU. ini bukan insan maripatullah. karena ruh itu merupakan martabat af’al bagi tuhan. itu bukan AKU sebenar nya, tapi tidak lain dari pada nya. karena itu af’al bagi nya.
dan bagi AKU nya yang sebernya/alloh itu. ada zat, sifat, asma, af’al. bukan af’al saja.dan kalau af’al itu,dikata kan AKU. itu kesalahan besar. dalam orang maripat. ibarat telur di atas tanduk.salah sedikit, fatal akibat nya.
Apa maksud, ku tiup kan ruh ku dan rahasia insan itu adalah sifat ku,tidak laen dari pada zat ku.
Yang dimaksud ruh ku itu ialah sifat nya. kata dan penyampaian nya aza berbeda. makna daripada kata-kata ke dua nya. yang dimaksud itu ialah nur muhammad. dan nur muhammad itu atau ruh nabi. dan ruh insan itu dari pada ruh nabi/nur muhammad(ruh ku/sifat ku). dan jasad/tubuh dari pada adam, dan adam dari pada,tanah, angin, air, api. dan itu semua dari pada nur muhammad/sifat ku. jadi diri insan itu. jasad/tubuh kenyataan sifat tuhan. dan perbuatan insan merupakan perbuatan ruh insan, dan laku ruh insan adalah dari pada laku nya roh nabi/nur muhammad (ruh ku/sifat ku).
jelas paham.?? jangan gunakan akal pikiran. tapi gunakan akal, dan hubungkan dengan qur’an dan hadist.
dan jangan sepenggal memahami nya. sesungguh nya, qur’an dan hadis itu tidak pernah berbenturan. kalau di ambil paham dengan ajaran rasulullah. SE BAIK-BAIK PERKARA AMBIL PERTENGAHANN. walau pun nampak tersurat suatu perkara berbenturan. ambil tengah nya, maka akan menemukan madlul yang sebenar nya. Dan jikalau tidak beres perjalanan nya. dan tidak bertemu lagi dengan sebenar nya AKU/ALLOH. jangan coba ikut-ikutaan seperti al-halaj. karena fatal akibat nya. mungkin bagi al-halaj benar az padake dudukan martabat ilmu. dan kalau belum se martabat dengan nya. jangan coba-coba. ibarat perhiasan cuma polesan/imitasi. dari luar seperti emas asli, padahal sebenar nya di dalam nya tembaga.
benarlah kata-kata arif bijaksana ilmu itu adalah hijab, malahan bukan sebarang hijab, sebagaimana Ibn Arabi ketika mula-mula mengemukakan pandangannya tentang wahdatul wujud, boleh dikatakan semua membantahnya, tapi sekarang majoriti telah menerimanya, bagaimanapun masihada yang menentangnya, itulah dia ilmu, apabila maklumat baru diketahui ilmu yang lama akan menjadi obselete (ketinggalan). terfikir pula tentang firman allah: aku adalah rahsia insan dan insan rahsia ku.
jikalau rahsia itu nur muhammad, jadi apakah yang menjadi rahsianya?, sebab makhluk lain juga daripada nur muhammad. tak payahlah jawab, kerana terpulanglah kepada allah, kerana dia maha mengetahui dan kerana dia juga yang mengeluarkan seseorang itu dari kegelapan kepada cahaya dan begitu juga sebaliknya.
ruh itu berasal dari AKU, KU panggil ia ruhKU. ruh itu barasal dari keping2an nur muhammad yang berupa angin, itulah kata tuhan; KU tiupkan ruhKU, dan yang ditiupkankan itu (ruh) berupa angin ke jasad adam masuk melalui lubang hidung adam. asal nur muhammad itu dari nur ALLAH, nur ALLAH dari AKU (DIA sebenarnya). apa itu yang dikatakan manusia..? apa itu yang dikatakan insan..? pada saat ‘diri’ al-hallaj itu berkata (ana al HAQ), posisi al-hallaj itu di luar jasad, sirr AKU yang bertajali.

Insan itu rahasia ku, dan aku pun rahasia nya.
Insan itu rahasia dan rahasia itu sifatku, tidak laen dari pada zat ku. ini lah selengkap nya. dan aku bapak ruh dan adam bapak sekalian batang tubuh)
Memang dia mengatakan rahasia, dan rahasia itu telah dijiwabnya sendiri. diakui nya’ dan rahasia itu sifat ku,. kalaunya ruh insan bukan dari pada nur muhammad…itu salah besar, bukan nya ana yang menyalahkan. tetapi ini kenyataan yang tersurat, yang menyalahkan pahami betul-betul.
kalau suatu pendapat menyalahi/melemahkan akan qur’an dan hadis. itu tidak bisa di perpegangi pendapat itu. dan tidak layak dibuka kan pada orang laen. cukup untuk diri nya sendiri. ini berbahaya pada orang lain. dan kita tidak bisa ambil setiap perkara, dengan salah satu nya saja, qur’an nya saja’ atau hadist saja. kalau salah satu aza yang dipakai/diperpegangi, dimana kedudukkan iman seseorang kepada rukun iman. terhadap BERIMAN KEPADA KITAB-KITABNYA, YAITU QUR’AN DAN HADIST. kalau cuma salah satu aza yang imani atau melemahkan salah satunya. sempurna kah iman itu, dalam rukun iman aza tak beres, apa lagi untuk maripatullah. Orang yang benar-benar maripatullah. tidak akan melemahkan apa yang sudah ditentukan/ditetapkannya. baik itu yang tersurat di kitab-kitabnya.
bagi tuhan 99 asma, ada 1 yang sangat dirahasiakan, dan barang siapa yang mengetahui yang sangat dirahasia itu, surga baginya. yang sangat dirahasiakan di sini. bukannya asma/nama lagi. karena kalau itu asma juga apa bisa menjamin. tentunya yang bisa menjamin itu adalah dirinya (tuhan).jadi yang sangat dirahasiakan itu adalah diri tuhan yang baginya zat, sifat, asma, dan af’al atau alloh ta’ala sebenar nya (diri AKU sebenar nya). ini yang dirahasiakan. dan bagi dirinya tetap laisa, qadim, muhalapah. ini yang disebut rahasia.

Qur’an dan hadist, adalah petunjuk tersurat yang lurus, dan nyata. untuk dunia dan akhrat. dan di dalam islam, menjadi petunjuk selamat dunia dan akhirat. dan wajib bagi mumin beriman kepada kitab2 nya.
dan masalah ke benaran tentang kitab2 nya. dan kitab2 nya harus wajib dipercaya setiap mu’min dan di pegang teguh..tidak boleh salah satu nya. tidak boleh di antara kitab2 nya seorang mu’min melemahkan/tidak percaya, kebenaran nya. jangan berpaling kepada petunjuk nya yang lurus.
dan apabila ada satu perkara, itu bersembur/berdasar dari kitab2 nya, suatu fakta, walau itu keluar dari seorang wara/ulama. seharus nya kalau seorang yang maripatullah..tidak ada lagi memandang itu adalah hasil buah pikiran dari seorang wara/ulama.. bahwa yang berbicara itu kebenaran kitab2nya. karena kitab2nya itu merupakan ketentuan/ketetapan nya. ketentuan/ketetapan kebenaran yang bersembur dari pada yang nur yang qodim.
Di dalam perjalanan maripatullah. seorang salik, agar tidak tersesat,. maka di dalam setiap 1 perkara perjalan. harus ada dasar nya, ada pertanggung jawaban ada qur’an dan hadist nya. jangan mengambil keputusan sendiri menggunakan akal sehat, tanpa ada dasar,harus di hubungkan dengan qur’an dan hadist. dan jangan juga cuma di hubungkan hanya salah satu nya.harus ke dua nya.
memang dalam perjalanan banyak di dapati..dengan dalil2 yang berbenturan dengan perjalanannya. dan dalil2 al,quran dan hadist yang kalau dibaca arti nya saja, berbenturan antara ke2 nya. sebenar nya antara ke2 nya itu tidak ada yang berbenturan tujuan dan maksudnya sebenar nya sama, satu ada nya.
dan menurut ajaran rasulullah; SEBAIK2 PERKARA AMBIL PERTENGAHAN. harus dihubungkan antara ke 2 nya. apabila ada suatu qur’an dan hadist.tersurat pada suatu kenyataan dalam arti, atau kata2 yang disampai kan terlihat berbeda. kita tidak boleh mengambil hanya salah satu dari nya.tetapi harus ambil ke2 nya, dan ambil pertengahan nya. kalau perjalanan seorang salik berdasar qur’an dan habis. hasil nya tidak akan ber beda. tidak akan ada perpecah belahan. perjalanan boleh berbeda, mau jalan mana salik berjalan nya. tetapi kebenaran hakikat nya cuma satu. karena tuhan itu satu. esa ada nya.

Kata tuhan benda yang mula-mula AKU jadikan adalah NUR AKU, dan engkau (NUR) muhammad adalah bayangan AKU, dan AKU adalah raja bayang-bayang maka jangan kau syirik akan AKU.
qodim (awal) itu martabat nur muhammad,
qidam(terdahulu dari awal) itu martabat nur ALLAH
sedangkan AKU (DIA sebenarnya pemilik awal)
99 asma ul husna itu nama sifat AKU/samaran/panggilan AKU.
karena AKU bersifat demikian, DIA ada nama aslinya yang bukan nama sifat, yaitu nama yg menjadi rahasia pada ‘diri rahasianya’
rahasia itu zahir-NYA,….